makan besar digerai taman U

Tuesday, 31 August 2010
minggu ni , minggu last aku kat UTM, wah, tak sabar weh nak balik, nak request kerang dengan ayah aku, plus ayam golek, bukan kat bazar  tak da tapi kalu beli kat sini of cos la kena pakai duit aku..hohoho.. so, tahan je la nafsu makan sampi balik umah nanti.

petang tadi, mak cik ajak makan kat luar, mula2 berat hati jugak nak p sebab esk test, pastu kalu p dengan teksi rugi duit je, lagipon aku dengan mak cik je kan, tak berbaloi.  so, nak tolak tak sampi ati sebab dia cakap arini last buka pose dengan dia sebab esk lepas test dia terus balik umah ..jeles aku. menyesal pulak tak beli tiket awal2, ni hari rabu dengan kamis dah la tak da kelas membuta je la keje aku plus maraton cite., so aku menganggukan kepala je la. demi ko mak cik, aku tak kisah.

petang tu , sebab dah tak da orang nak ikut, kteorang amek keputasan pinjam moto classmate kteorang Keram, mekasih keram jasamu akan ambe kenang, hahaha.. kteorang ada dua pilihan tempat untuk berbuka, satu kat Cek Mek satu lagi kat tempat jual satey, aku pon tak tau bab2 tempat makan, suma pasal makan ni aku serah kat mak cik je. aku ikut je kat mana2 pon.

mak cik ambek keputusan nak berbuka kat kedai jual satey tu, kteorang ingat tak ramai orang la kn,alih2 upa2 nya diorang suma dah tempah tempat awal2 dah. oppss .. sebelum tu kteorang order ikan siakap masak 3 rasa, sayur kailan masak ikan masin, telur bungkus, tom yam seafood , asal ?? korang terkejut ke kteorang makan banyak.. biasala tu , kteorang memang selera besar pon, badan aku pon besar kecuali mak cik la, maintain je.. hahahahah..
aku yang abiskan sayur dalm telur ni sebab mak cik dia tak makan sayur sejuk beku tu.

dalam tom yam kteorang makan tu, ada ketam,kupang,sotong,udang

ikan siakap kteorang besar,makan tuk 4 orang,tapi kteorang dapt habiskan berdua je..hebat tak??
sayur kailan kteorang tak da la byk macam ni.
nasi ,siyesly mmg banyak..blurrrp..sendawa lagi,kenyang2,
aku order teh o ais... meleleh...slurppp
mak cik order tembikai laici, sori la tak letak picture kat cini, lambat loading la.

maaf la korang suma, gambar ni aku jumpa pak cik google , gambar sebenar tak dapt nak ambek cos bateri nset aku dah mati, nak je aku buang ko kat lombong nset,harap ko berjasa kat aku je..

kteorang orang makan bukan tuk dua orang ni, tapi tuk 4 orang ..memang kenyang la, kesian mak cik nak bawak moto, aku dahla berat tambah2 bila dah kenyang tu ..lagi la. heheheh.. harga suma kteorang makan adalah RM 37.50. ikan siakap tu dah harga RM 20. tapi ok la kan.

PadaMU ku bersujud!!!

Monday, 30 August 2010
ku menatap dalam kelam
tiada yang bisa ku lihat
selain hanya nama-Mu Ya Allah

* esok ataukah nanti
ampuni semua salahku
lindungi aku dari segala fitnah
reff:
kau tempatku meminta
kau beriku bahagia
jadikan aku selamanya
hamba-Mu yang slalu bertakwa
ampuniku Ya Allah
yang sering melupakan-Mu
saat Kau limpahkan karunia-Mu
dalam sunyi aku bersujud
repeat *, reff
repeat reff
pada-MU 

lagu = afgan

aku cukup suka lagu ni tak tau kenape..tapi lirik dia menyentuh perasaan aku, " ampuni aku ya Allah yang sering melupakan mu saat ko limpahkan kurnia-Mu,"  

semalan terawih pak imam tu ada bagi tazkirah " jangan pernah melupakan Allah saat kite senang, nescaya Allah tak lupakan kite saat kite susah, bila mana waktu kite susah?? saat sakratul maut dtang mnjemput kite, kenapa susah?? kerana sorang2 tak orang nak tolong, bila mana lagi waktu kite susah, saat dialam barzah, kenapa susah?? kerana kite sorang, bila mana lagi waktu kite susah?? saat kite di padang masyar, kenapa susah?? kerana kite sorang2."

dolu masa kat KMK saat aku rase aku hilang something kat dalam hidup aku, tempat tujuan aku adalah masjid, kat sana aku rasa tenang, sebab masa tu aku tau DIA ada untuk aku, saat aku sedey, frust, kecewa.  aku bole je menitis air mata saat imam membacakan ayat2 suci, masa tu jugak aku rasa lega, sebab tu la aku jadi kuat kat sana, tapi kat sini mana tempat yang aku akan tuju saat aku rase sunyi walaupon ada kawan2 saat aku rase lost, aku tak da tempat nak tuju kat sini, masjid jauh.

kan bagos kalu DSA tu tiap2 malam ada solat berjemaah macam bulan pose ni, sebab aku akan rasa lega bila macam ni.  astagfirullahalazim....

saya sayang `MAK CIK` saya!!!

Sunday, 29 August 2010
post ni sambungan dari catatan untuk awak

serba sedikit tentang mak cik.

nama sebenar : ... (rahsia, nanti ramai orang cari dia kat fesbuk)
nama panggilan : mak cik ( panggilan mnja saya kat dia, dia tak kisah pon)
umo : 21 tahun 7 bulan
besday : 21 february 1989
tempat tinggal sekarang : KTF,H11
alamat umah : gombak,selangor.
hobi : suka makan tapi badan maintain je..(jeles aku )
pesanan aku kat mak cik : mak cik, in case ko dapat cari blog aku, ko jangan perasan tau, diam suda..hahahaha..ko jangan nak ejek aku pulak.
ayat dia paling aku ingat : kite tak perlu menjadi tua untuk orang hormat kite..

hmmm..macam mana aku nak cari ayat nak mulakan tentang makcik  ni, ok, first ,aku sendiri tak tau bila aku start rapat dengan mak cik ni, siyesly tak sedar pon menda ni berlaku, dolu aku cukup ..(mencari perkataan yang sesuai) cukup...segan kot dengan dia ni, dan masa mula-mula aku tak perasan pon kehadiran dia dalam kelas kiteorang,nak buat macam mana ,mentang2 rumah dekat asyik balik je hujung minggu dan masa mula sem pertama dia selalu sakit macam orang tua.  aku sedar kiteorang start rapat bila kawan mula tanye, dimana ada aku disitu ada mak cik, bila salah sorang tak da kawan2 mula bertanya antara salah sorang mana pegi. tapi mak cik, mula2 masuk utm ni aku dah berazam tak nak rapat dengan sape2. tapi ko ada bagi ayat kat aku, "kite bole tahan ke tak nak rapat nga orang, menda ni datang dengan spontan" yup, memang betul kata ko tu, tapi bole elak kan?? kalu ko perasan ada je time2 aku mengelak dari ko, contoh aku bagi ,
aku tak nak ko teman aku , kalu aku nak p mana2, sebab aku tak nak jadi macam post tu la. banyak la time aku mengelak dari ko. sori weh..

ok, sambungan dari catatan untuk awak ...

bila mak cik ketuk bilik aku maghrib tu,aku tak buka pon pintu, sebab aku tak nak dia nampak mata aku merah,hidung berair. malu la dan aku tak  nak kecoh, biar aku je yang rase, 'dia' rumet ko, tak kan aku nak jaja pasal dia kat ko kan.

masa ko ketuk bilik aku tu ,aku dengar ko cakap " selipar tak da pon" masa aku rase lega gile sebab ko tak tau aku ada kat bilik, aku dengar ko cakap kat jiran depan bilik aku tu, tapi aku buat derk jelah kan . masa tu mata still lagi menitik.. dalam hati aku cakap " tolongla , biar aku ghaib kejap dari pandangan korang suma, jap je..aku nak cool down diri aku balik"

bila waktu magrib aku dapat mesej dan call, tapi aku buat derk je, malas aku nak layan, silap terbesar aku haritu berbuka pose menghadap tingkap..memang silap besar. lepas aku abis buka pose suma bagai dengan mata yang merah macam kena sakit mata, aku continue cite 3 Idiot, nak buat macam mana nak kuar bilik takot orang tanye p mana kan.. so duk la dalam bilik sambil baca mesej mak cik..

'syue, awat na?? aku ingat ko dah p bazar dengan diorang, diorang tak ajak ko p skali ke?? ko kt ne ni?? buka pose dengan sape??'

wah..tersentuh wei ayat dia bagi kat aku, tapi hati aku cakap macam ni, tolang la jangan baek dengan aku sangat.

so, sampi je kul 7.50, aku kuar dengan berhati2 terus masuk toilet p mandi, sebelum tu aku reply mesej mak cik kat aku ' sori, aku kat bilik member aku kt KRP, nset tak bawak,aal iz well, risau gk ko kt aku eh ' aku dah tipu mak cik, padahal aku kat bilik, sori sangat2. pastu ada la plak jiran bilik depan aku ni menjerit masa aku tengah mandi, tanya kat aku , aku buka pose nga saper..dalam hati aku eh..baek pulak la minah ni dengan aku, biasanya tak penah tanye,hari ni angin timur mana datang..so aku bohong lagi skali aku cakap ,aku buka pose kat bilik member aku.

malam tu ,aku tak p terawih, kepala dah sakit sebab nangis banyak sangat, masa aku misunderstanding nga suzy aritu tak la macam ni, sebab.. malam tu aku nangis malam tu jugak aku setel dengan dia.. sebab aku sayang kat dia,so terus terang je la dengan dia ,tanya kenapa?? senang, tapi dengan dia ni..aku rasa tak berbaloi nak menangis bagai n then p tanye kenapa.. sangat tak berbaloi, sebab  tu, aku amek langkah yang  saya yang awak kenal dulu dah tak sama macam sekarang.

dalam kul 10 mak cik ketuk bilik aku, konon nak bagi paper kat aku, yang aku tak paham sekarang, nape dia lepak kat bilik depan bukan bilik aku?? biasanya mak cik selalu lepak kat bilik aku, tapi malam tu tak.. ok, dalam pikiran aku..lantak la, malas aku nak menyerabutkan otak aku.

so aku tak moa cite panjang2 korang bukanye rajin pon nak baca kan..

kul 11.30 aku dah tutup lampu utama tinggal lampu meja aku, nak tau sebab ape?? aku takot ad makhluk2 yang datang bilik wish besday aku..yup 27/8 adalah besday aku. tapi kat fesbuk ada ada tag nama2 member baek aku saat aku susah senang, cakap aku siyesly perlukan diorang sekarang nak comfort kan aku balik.

first yang kol aku ,adalah nur baizura, ex rumet aku masa PDT kat KMK dulu, dia cal kul 11.45 mlm wish besday aku, meleleh air mata aku dengar suara dia,sebab memang aku rindu dia sangat2, dah lama tak bergayut dengan dia, pastu dia cakap akan kol aku kul 12 mlm ni sebab kredit ada 50 sen je.

second yang kol, adalah nur hasifah,dia memang ada nga aku, saat aku sedey..suka.. duka.. sejak kat matrik lagi, aku nga dia pon tak tau macam mana bole rapat, dia ni agak lawa sma macam zura, padahal dah bagi amaran kite tak leh rapat..hahaha.. pelik la. so, orang first aku story cite sedey aku ni adalh sipah, in case ko jupa blog aku ni sipah, aku nak ucap terima kasih.

pastu dalam kul 12 lebey zura kol aku lagi sekali, sedang aku cakap2 nga dia, tiba2 mak cik ketuk bilik, so aku pura2 la nak tido sebenarnya..tapi mak cik ketuk bilik aku macam nak pecah, ayat first aku kat dia bila buka bilik..' ko kenape' dan yang paling aku tak sangka mak cik dengan jiran depan bilik aku  bawak kek..siyesly aku tak tau nak cakap ape, dalam hati aku, kenape korang buat baek dengan aku?? sebab aku dah tak nak buat baek dengan korang dah, pastu si zura cakap kat aku, p la sambut besday nga diorang , kite bole sembang laen kali, kol free seminggu kan. aku lupa pulak dia guna no fon tu guna tarikh besday aku, so tiap2 tahun mesti la dia ingat kan. heehhe..

ok, aku bawak kek tu ke bilik depan aku, aku tanye asal ni ??menda ape suma ni..
diorang upanya tak puas hati lagi pasal kes maghrib tadi, lagi sekali diorang tanye aku ,ko buka pose dengan sape tadi? so macam biasa aku bohong aku cakap aku buka pose dengan member aku kat KRP.

tiba2 mak cik menyampuk " weh, ko tak yah nak bohong nga kiteorang la, aku nampak ko buka pose sorang2 dalam bilik, nangis pulak tu, ko tak leh nak bohong ketua blok ko yang cun lagi comel ni la" lebey kurang macam tu la ayat mak cik kat aku.

aku siyesly terkejut,"weh, macam mana korang tau??"

" aku intai melalui tingkap ko, bila jiran depan bilik ko cakap nampak bayang2 kat bilik ko, tak kan ada hantu kot bulan2 pose ni kan, ko kenape, tak nak story kat kteorng ke?? "

" tak da ape la" malu weh, pasal tipu buka pose kat bilik tu ok lagi, malu bila si mak cik ni tengok aku nangis,ko tau mak cik mak aku sendiri pon tak penah tengok aku nangis kecuali masa kecik dolu.. orang yang bole tengok aku nangis adalh 3 orang yang aku sebut tadi ,sipah,suzy,zura..bukan ape mak cik, aku nga ko..aku tak biasa la.. malu wei aku nga mak cik malam tu.

"asal shu?? kiteorng ni tak cukup bagos ke untuk jadi kawan ko??" masa tu memang aku senyap je, tak tau nak cakap ape.. mak cik tambah lagi .. " daripada ko membazir kredit call kawan2 ko yang jauh tu baek ko cite kat kteorang, diorang bukannya bole paham sebab diorang tak da di tempat kejadian,paling kurang diorang akan cakap sabar je.."

" mak cik, diorang paham, sebab kteorang masalah sama je, diorang akan paham sebab diorang sentiasa ada
saat aku susah senang"

siyesly malam tu aku memang malu dengan diorang berdua, mak cik dengan jiran depan bilik aku. sorilah bukan niat aku nak tipu korang , aku tak nak korang nampak aku nangis. malu la..dah besa pon nak nangis2 lagi, aku dah masuk 21 taun bukan 12 taun. kawan aku cakap aku  dolu seorang yang kuat dan cool ..kenapa aku bole jadi macam ni skarang..

maybe lepas ni ko akan rase makin banyak aku akn buat ko terasa nga aku,sebab aku tak nak rapat nga ko, ko cakap ko tak kisah kan ,kalu orang tak nak kawan nga ko sebab ramai lagi nak kawan nga ko, sebab ko bagos,ok, biarlah kite seperti ape yang ada, seperti dolu, one thing aku sayang kat ko, tapi aku tak nak ko nga aku terluka..hahaha..(jiwang punye ayat)

mak cik, just one word.. thank you.

fadilat solat sunat terawih!

Sunday, 15 August 2010




salam.. selamat menyambut bulan pose, bulan ramadan kepada umat Islam. post kali ni nak cerita pasal fadilat solat sunat terawih bagi yang tak tau tentangnya.. bila baca tentang fadilat ni, rase nak nangis pon ada sebab ALLAH sangat maha pemurah lagi maha kaya, maha mengampum. Alhamdulillah Dia panjangkan umo kita lagi pada tahun ni, kontrak antara kite dengan Dia masih lagi dipanjangkan, Alhamdulillah, syukur kepada-MU. Dapat lagi kami suma menyambut bulan mulia ni ni disamping ibadat2 sunat laen. terutama soalt sunat terawih.



Fadhilat Menunaikan Solat Terawikh Sepanjang Ramadhan diriwayatkan oleh saiyidina Ali (r.a) daripada Rasulullah s.a.w., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat nabi s.a.w. tentang fadhilat (kelebihan) sembahyang sunat terawikh pada bulan ramadhan:
malam 1:
keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.
malam 2:
diampunkan dosa dosa orang mukmin yang solat terawikh serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).
malam 3:
berseru malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan solat terawikh terus menerus. `semoga Allah mengampunkan dosa engkau.’
malam 4:
memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang orang yang membaca kitab kitab taurat, zabur, injil dan al Quran.
malam 5:
Allah kurniakan baginya pahala orang-orang yang bersembahyang di masjidilharam, masjid madinah dan masjid aqsa.
malam 6:
Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini
malam 7:
seolah-olah ia mendapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong nNabi ‘Alaihissalam menentang musuh ketatnya fir’aun dan hamman.
malam 8:
Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawikh sepertimana yang telah dikurniakan kepada nabi Allah Ibrahim “Alaihissalam.
malam 9:
Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti nabi Muhammad s.a.w.
malam 10:
Allah subhanahuwata’ala mengurniakan kepadanya kebaikan didunia dan di akhirat.
malam 11:
keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baru dilahirkan.
malam 12:
datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).
malam 13:
datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.
malam 14:
datang malaikat menyaksikan ia bersembayang terawikh, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.


malam 15:
semua malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
malam 16:
Allah Subhanahuwata’ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.
malam 17:
Allah kurniakan orang yang berterawikh pahalanya pada malam ini sebanyak pahala para nabi.
malam 18:
seru malaikat: hai hamba Allah! sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati).
malam 19:
Allah Subhanahuwata’ala tinggikan darjatnya didalam syurga firdaus.
malam 20:
Allah kurniakan kepadanya pahala sekian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.
malam 21:
Allah binakan sebuah istana dalam syurga daripada nur.
malam 22:datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di padang mahsyar).
malam 23:
Allah Subhanahuwata’ala binakan kepadanya sebuah bandar didlam syurga daripada nur.
malam 24:
Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawikh malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).
malam 25:
Allah Taala angkatkan daripadanya siksa kubur.
malam 26:
Allah kurniakan kepada orang berterawikh pahala pada malam ini seumpama 40 tahun beribadat.
malam 27:
Allah kurniakan orang berterawikh pada malam ini ketangkasan melintas atas titian sirotulmustaqim seperti kilat menyambar
malam 28:
Allah Subhanahuwata’ala kurniakan kepadanya 1000 darjat diakhirat
malam 29:
Allah Subhanahuwata’ala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.
malam 30:
Allah Subhanahuwata’ala beri penghormatan kepada orang berterawikh pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman: “wahai hambaku: makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan didalam syurga, dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama ‘al-Kauthar’”



malam yang chek paling nak tunggu ialah malam ke 24, amim..amim.. makbulkanlah doa hamba -Mu ni.
selamat solat sunat terawih.. sayangilah diri anda dan keluarga. peringatan tuk diri sendiri gak. ja en..

salam RAmadhan sekelian umat ISLAM



salam..salam.. harini dah masuk 5 Ramadhan, dah lama tak update blog ni, bukan sebab  'busy' ke ape tapi sibuk buat menda yang menlarakan diri dan mendatangkan dosa pulak tu, ye ke?? entah. harini pose tak korang suma, harap2 pose la ye, cheq setakat alhamdullillah penuh lagi..harap penuh la satu bulan ni.heheheh..

sebelum terlambat, cheq nak ucapkan selamat menyambut Ramadhan al mubarak, better late than never right?? tahun ni macam tahun yang lepas berpuasa kat UTM, 2 tahun lepas pose kt matrik. wah..rindunya zaman matrik. tak tau la kenapa..best sangat2. tapi kalu di beri peluang satu bulan ni cheq nak pose kat umah, nak buka pose nak sahur sumalah  buat kat umah. tak sabarnya nak balik. hah!! sape yang belum beli tiket bas tu, baek beli cepat2, kang habis kang menangis tak berlagu la korang suma.

berbalik pada buka pose kat umah ni..siyesky , nak pose kat umah.kesian kat oka-san dan oto-san, tak ramai  yang ada kat umah, maklumlah adik beradik seciput je..hahaha.. tak pe tunggu lah kteorang balik ye. kalu masa dolu buka pose 6 orang ada kat umah 6 jenis air terhidang atas meja, biasenyalah.. mak air tea, ayah air nescafe, adik pulak air jenis2 laen..penuh meja..meriah beb. wah..tak sabarnya nak balik. kalu malam 10 terakhir tu lepas buka pose terus p pasang pelita, maen bunga api..rindunya zaman kecik2 dulu, nak jadi kecik balik bole tak??hehehe...

taun ni  buka pose still lagi ramai2..tapi tak semeriah masa kat KMK dulu, hari first buka pose nga kawan athirah, cheq nga dia je..pastu p terawih. ni dia balik umah buka pose nga una, zati, fatin..terima kasih sudi menjemput saya buak pose dengan kamoo suma. dah la..penat menulis.. ja ne..

masa. keizinan, keaadaan, kepenatan...bla..bla..

Monday, 9 August 2010
salam.. ISNIN , 9/8/10 bersamaan 28 syaaban.7.23 pagi

lamanya aku tak update blog aku..amacam sihat tak?? hari ni pagi-pagi dah hujan kat UTM..hujan rahmat. kan lagi 2 hari nak sambut Ramadhan.. tak sabarnya nak tunggu bulan mulia ni. kali ni  kalu bole tak nak tinggal solat sunat terawih.. INSYAALLAH..

haaaaahhhhhh!!!!!!!!!!!!!! aku dengan leganya telah abis dua program besar dalam minggu ni, sebab tu dah tara masa nak update blog, sempat jenguk je..terima kasih pada yang sudi menjejakkan diri di blog cheq yang tak seberapa ni..hohohoh..

GEOMATIC JUNIOR CAMP.

da setel..totally..dalam 99% da aku bole katakan da setel,kalu duit claim dalam 2 minggu lagi, setellah suma, aku ingat nak tulis journel pasal GJC kat blog ni, tapi tu la ..sibuk je. ni semalam ada dinner SUKAM. hhohoho..





picture..masa camp..overall seronok.. ada la perkara perkara yang tak diinginkan berlaku..tapi tak menjejaskan kem kiteorang. banzaiii..


SUKAM KE 18


semalam 8 ogos adalah tarikh penutup bagi SUKAM ke 18, juara keseluruhan adalah KOLEJ RAHMAN PUTRA. second adalah KOLEJ TUN FATIMAH..Dr Anizu senyum je sebab dua-dua kolej dia pegang..
tapi ak nak cakap dengan banggnya kali pasukan hoki KTF dah jadi juara menewaskan KRP, aku sebagai pengurus pasukan hoki sangat la seronok..bangga. terima kasih kepada Kak Dayah n the Gang, termasuk la pemain2 laen.. terima kasih banyak2. nanti check upload picture kat sini.


keseluruhan memang penat tapi berbaloi, terima kasih jugak kepada kawan-kawan aku yang support aku saat aku down giler..down bukan sebab menda ni tapi keadaan sekeliling. masa mula-mula jadi pengurus hoki aritu  nak je letak jawatan (ceh..ayat tak bole blah) sebab keadaan sekeliling la. tapi kata- kata seorang teman buat aku jadi semangat..nagi aku kata2 dia sebagai cabaran buat diri ni, dia meng'down'kan aku, tapi aku amek kata-kata dia sebagai cabaran dan semangat buat diri ni.

bila kawan buat kite terase kite mesti..

Tuesday, 3 August 2010
of course sedey bangat macam ak ni..hahahaha..sedey der. biasenya kalu sahabat aku buat aku terase aku akan diam dengan orang buat aku terasew tu, paling lama tak sampi sehari.pastu dah ok dah. memang sakit hati tapi bila pikir balik ape yang dia  buat kecil daripada kebaikan yang dia tumpahkan pada aku, paling kurang la aku akan menjauhkan diri aku dari dia, bukan ape takot dia pulak yang terase dengan perangai aku ni. tak pe la biar aku yang sedey jangan dia yang sedey, tak kisah pon. menda yang paling aku pantang sekali bila aku tanya orangdan  akan cakap "tak da ape2 lah" padahal menda tu ada ape2.. cukup tiga kali aku dah tak kan tanye dah, buat berlubang hati aku je, perabih air liur aku. tak nak bagi tau suda.. aku pon banyak menda lagi nak pikir dari menda yang menyesakkan otak ni. dan paling penting aku tak suka menyusahkan kawan2 aku, kecuali orang2 yang paling rapat dengan aku je akan aku susahkan dirinya, sori to ex roomate aku dan ex classmate aku kat KMK. aku memang suka menyusahkan diorang. nak pegi makan pon ajak diorag walau jarak tak sampi sepuluh langkah, merengek2 pulak tu aku dengan diorang. dan juga kepada sahabat aku kat UTM ni, syeera, sori aku selalu suh ko teman aku bila aku ada something, ni aku nak suh ko teman ak lagi, aku dah tak da sape2 lagi selain ko kat UTM ni.. sori tau. dan terima kasih banyak!