Jumpa Menda PUTIH masa balik makan tadi.

Thursday, 22 July 2010
disebabkan jadual makan pada masa dan ketika ini sudah tak betul start minggu lepas, so malam ini buat pertama kali patik bersantap kat arked meranti. sudah lama tidak menjengah meranti dengar kata ada kedai baru bukak so cheq pon try la nak rasa masakan kedai baru tu. sedap.. kueh teow goreng seafood.. memang best.
lap mulut tu..da menjejeh air liur tengok kuey teow ni kan??

masa nak balik ke blok si member aku ni cakap.

member = da lama aku tak tengok kucing kat cini (dia ni peminat tegar kucing)

aku = da kena buang kot...

member = rajin la pulak orang kutip eh..

aku = heheheh..manala tau..

member = hah, tu tu.. kucing ..

aku = mana ??

member = tu yang warna PUTIH tu...

aku = (menyepetkan mata..tak nampak ) ooooo... 


tapi bukan kucing tapiiii... ARNAB. comey betul warna putih.. kiteorang pon tengok rumah felo  kot ada pelihara menatang ni.. tak da plak.. so , kawan aku ni suh aku biarkan je nak meneruskan langkah , tapi.. tiba2 si kawan menjerit.. '' hah!!! tu sangkar arnab  kat rumah Dr. Anizu " Dr Anizu ni Pengetua kolej Rahman Putra (KRP), KTF da jadi anak angkat KRP dah sebab tak da pengetua..selepas Puan K pindah.
lebey kurang macam nialh upanaya..tak bawak nset nak tangkap gambar.
so, cari dengan pak cik google la.

so kiterong pon patah balik dalam misi menyelamatkan arnab dari pemangsa laen... so selamatlah arnab tu dimasukkan ke dalam sangkar kat umah Dr.

ja ne.... 

p/s dah esok ada kuiz satu ape pon tak study lagi mampus la..

setiap hari KHamis..kena naek bas.

kolej Tun Fatimah ni kolej lingkaran dalam. kolej Pompuan yang agak femes la..hehehe.. budak laki pon tak bole masuk, tapi ad gak la yang konfius dengan jantina diorang. mai masuk selamba badak je. so nak , KTF ni dekat dengan arked meranti, Pusat kesihatan , pusat KO-Q, Library. dan yang paling penting sekali dekat dengan fakulti cheqq..so nak p kelas tiap-tiap hari jalan kaki.
rugi kalu tak naek bas.wat membazir jer bayar yuran mahal2 kalu tak naek.

tapi bila tiba sem ni, setiap hari kamis kiteorang budak pompuan la biasanya akan naek basbudak lelaki ada kenderaan sendiri  kerana kuliah kat Kolej Tunku Canselor (KTC) hohhoho..

minggu pertama naek bas.. woow... penuh lelaki, canggung gak laki, suma mata diorang kat kiteorang maklumlah budak-budak pompuan KTF kan femes..hahaha.. KTC penghuni diorang kebanyakan lelaki sebab diorang geng budak2 petroleum, engineering electric..suma couse yang tough la. bole nak cari pak we sorang kat cni..hahaha ( kena pancung terus dengan bapak ambe ) ambe pon amek engineering ape, setaraf la kan dengan diorang...ehehhe..ke tak?? biaq pi la.
berdiri la cheq dalam bas dikelilingi lelaki2
siyesly agak segan walaupon ada kawan2 pompuan.

minggu ke2, arini ambe bangun lewat..sebab penat terlampau kot, terkejar2 . alih kena tinggal dengan member2, so cheq naek la teksi dengan Siti Wan Syahidah..dia pun sama lewat dengan aku. arini  kuliah 2 jam tapi sebab tak sempat so cheq pon tak sempat nak mandi.. heheheh.. sembur je minyak wangi banyak2... tak sempat beb... balik pon dengan bas wif full dengan lelaki. seb baek sembut minyak wangi kan? hahaha.. laen kali da tak nak bangun lewat, tak selesa kot tak mandi pagi..da tak nak dah.. laen kali kena letak alarm sound paling kuat sampi bangun satu KTF..


p/s = member laki ambe penah cakap kalu nak tengok pompuan pakai cantek2 kena p fakulti pendidikan...diorang suma memang ayu pon. maklumla budak pompuan engin tak kan nak pakai baju kurung kot p site.. buang tabiat ke ape.. kiteoran masuk kuliah track suit , baju t-shirt dengan seliper toilet je kot..hahaha...

shopping??? i don`t like...

seriusly..cheq nak habaq mai, cheq tak suka shopping or window shopping. nak sebab ape.


  • tak suka beratur panjang bila nak bayar.
  • nanti suma menda nak beli..rambang mata
  • kena kuar duit sendiri..hehehe..klu orang blanje ambe suka.
so, semalam dengan bangganya cheq kuar p Jaya Jusco taman U...hohoh..kononnya kuar nak makan tengah hari kat sana.. so makan tengah hari cheq semalam ialah KFC. alang2 da kuar kan p la survey barang jap kat Taman U , barang tuk program kiteorang GJC macam entry yang lepas yang cheq serabut giler tu. minggu da nak start. dalam 1.30 p.m macam tu masuk balik JJ , sebab nak tunggu HEP ( pejabat Hal Ehwal Pelajar ) eh sekarang da tukar ke HEM ( pejabat hal ehwal Mahasiswa )buka sebab nak minta duit pendahuluan program..biasala keje bendahari.

so.. lepak la kt JJ, tiba2 teringat sabun basuh baju kain tak da.. tapi bukan setakat beli menda alah ni je tapi...
survey buah kurma untuk bukak pose..pose pon blum lagi..hehhehe..
yang ni mahal la..kureng mampu.

yang ni banyak sangat. nanti tak abis..maklumla duk bilik single.

hmmm..yang kecik cikit dan murah.
so cheq ambek yang ni RM 3.75

epel ni datang dari jepun. amek la satu.

tangan member kar bear2 ..hehehe..tunggu someone bagi tuk i.. 
tentulah future asben i kat bawah ni.



toma nii-san... ( oi..ada yang muntah kuning ke??) hahaha.


tak da banyak kan?? ada sabun,epal, sabun buku,kurma,soflan.


balik naek teksi dengan uncle cina, dia tala paham cakap melayu maaa... cheq suh berenti kat HEM dia pusing satu fakulti FAB (fakulti alam bina )dan FKSG ( fakulti kejuruteraan dan sains geoinfomasi).
agak penat la , balik dalam kul 4. nasib baek dia punye proses agak senang dan akak kat HEM pun agak baik. kul 5.30 bergegas ke padang..hoki punya pasal. penaaaaaaaaaaat... ja ne.