All AbOut BlUe = C.N. Blue

Tuesday, 8 June 2010

Anneyeong… mesti korang da baca tjuk kat atas.. warghhhhh( jeritan fanatic fan C.N. Blue).. aku pun peminat TVXQ and U-kiss)
Camne bole ak sangkut ngan diorang daripada suju( yang korang minat sangat tu), snsd ( group tergedik2), laen orang laen pendapat.
• Sebab lagu diorang yang menyentap sehingga menusuk ke kalbuku ( mendalam maksud ni..hhehe)
• Sebab aku suki warna biru = blue heheheh
• Orang-orangnya agak kawaiii.. aku ska jung shin..( ohh..jung shin pandanglah..lihatlah diriku walaupun ko muda lagi dari aku..(-_-) tak leh nak ngorat)
• Lagu C.N.Blue yang jadi halwa telinga.. Love, i`m a loner,love light, sweet holiday..
Jom kita usha mamat-mamat comel ni
Jung yong Hwa – vocal utama dan guitarist, penah berlakon dalam you are beautiful as Kang Shin woo tapi watak dia cam tak berkembang sangat, smpi aku pun tak perasan kehadiran dia sebab hong ki menyerlah sangat dengan rambut blonde dia kot. Tapi suara Yong hwa bole wat aku tak tido malam.
Lee Jong Hyun _ hai …muda setaun dari aku, xleh wat pakwe btul ..( bajet dia pandang kawe ni..hahha), second vocal, guitarist,
Kang Ming hyuk _ drummer, muka suci dalam debu ni..jambu n kawaii, kalu kat sini da lama jadi anak ikan kot..wohohoh..no.no..( jangan mare naa..0
Lee Jung Shin – bassist, ala..sebab terlalu suki kat dia sampi tak tau nak tulis ape .. berdebar-debar ni..hahaha ( aku suka tengok dia senyum..tapi muda 2 taun dari aku..alahai.. sayonara ,unnie tak suka orang muda ni, tapi unnie minat sangat ngan jung shin..jung shin suka unnie tak?? Hah!! Sape nak muntah baca post aku ni kamsahamnida naa..hahaa)

History C.N.Blue( C.N.Blue stand for Code Name Blue)
• Mula ditubuhkan sejak zaman aku masuk matrik = tahun 2007 dibawah pengurusan F&C music
• Seramai 4 orang member ( yong hwa, jong hyun, ming hyuk, jung shin)
• Jung shin ni pengganti Kwang jin yang tinggalkan band ni taun 2009 . ( nasib baek ko tinggalkan band ni bole la aku tengok jung shin ni..hahhaa)
• Setakat ni da keluarkan 5 buah album ( 1st mini japanese album_ now or never, 2 nd japanese mini album_voice, 1st Full abum in Japanese _ thank you, 1st mini Korean album_bluetory, 2nd mini Korean album_bluelove)


diorang ni sangat terer english tu yang aku suka lagu diaorang masa 1st perform kt sukira whenever u will go memang giler best la.. aduyai.. Oopss sebelum terlupa I nak wish bufday kat Yong hwa pada 22/ 6 dan ming hyuk pada 28/6. . hepi besday naa.. tuk tau lebey lanjut pasai mamat-mamat ni bole layan kat codenameblue.wordpress.com



p/s sumber picture aku tak ingat aku amek daripada mna sb picture diorg berlambak dalam my lappy

Persoalan dan Jawapan



Salam, arini aku nak cakap pasal persoaln dan jawapan di kalangan manusia, jawapan da ada depan mata, tapi kita still lagi mencarinya..hahaha.. well , entry aku kali agak skema, so aku akan share soalan dan jawapannya, soalan yang korang selalu Tanya akan dijawab melalui post aku kali ni, so…let rock `n` roll…( cam nak menyayi pulak heheeh)
Mengapa kita perlu mengeluh?? Sedangkan jawapan da ada..
1. Kita bertanya : kenapa aku diuji?
Quran menjawab: “ apakah manusia tu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan, “ kami telah beriman ,sedangkan mereka tidak diuji? Dan kami telah menguji orang-orang sebelum mereka,maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar , dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta”
Surah al-ankabut ,ayat 2-3

2. Kita bertanya : kenapa aku tak dapat apa yang aku idam-idamkan?
Quran menjawab : “ bole jadi kamu menbenci sesuatu padahal ia amat bail bagimu,dan bole jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu,Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui ,”
Surah al-baqarah ,ayat 216

3. Kita bertanya : kenapa ujian seberat ini??
Quran menjawab : “ Allah tidak membebani seseorang tu melainkan sesuai dengan kesanggupannya .
Surah al- Baqarah,ayat 286.

4. Kita bertanya : kenapa kita rasa frust.??
Quran menjawab : “ janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah kamu bersedih hati ,padahal kamulah orang – orang yang paling tinggi darjatnya ,jika kamu orang-orang yang beriman .
Surah Al-imran ,ayat 139

5. Kita bertanya : bagaimana harus aku menghadapinya.
Quran menjawab: “ dan mintalah pertolongan (kepada ALLAH) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat, dan sesungguhnya solat tu amat berat kecuali orang-orang yang khusyuk”
Surah al-baqarah,ayat 45.

6. Kita bertanya : kepada siapa aku berharap??
Quran menjawab : “ cukuplah Allah bagiku ,tidak ada Tuhan daripadaNya . hanya kepadaNyaaku bertawakal “
Surah at-taubah, ayat 129.

7. Kita bertanya : apa yang dapat daripada semua ujian ini??
Quran menjawab : sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin ,diri dan harta mereka dengan memberikan syurga tuk mereka .
Surah at-taubah, ayat 111.

8. Kita berkata : aku tak tahan.
Quran menjawab : “….. dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat ALLAH. Sesungguhnya tidak berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir .
Suruh yusuf, ayat 12.

9. Kita berkata : sampi bila aku akan merana begini.
Quran menjawab : “ kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan ,
Surah insyirah,ayat5-6.


Sudah, jangan berputus asa dan mengeluh, kerana suma jawapan sudah tersedia Cuma kita yang perlu mengamalkan. Entry ni aku amek daripada sebuah novel islamik so aku share dengan korang suma, harap ia sangat berguna kerana dia juga menjadi panduan tuk hidup aku, wasalam. Sharing is caring and sometimes it will become boring.