Persoalan dan Jawapan

Tuesday, 8 June 2010


Salam, arini aku nak cakap pasal persoaln dan jawapan di kalangan manusia, jawapan da ada depan mata, tapi kita still lagi mencarinya..hahaha.. well , entry aku kali agak skema, so aku akan share soalan dan jawapannya, soalan yang korang selalu Tanya akan dijawab melalui post aku kali ni, so…let rock `n` roll…( cam nak menyayi pulak heheeh)
Mengapa kita perlu mengeluh?? Sedangkan jawapan da ada..
1. Kita bertanya : kenapa aku diuji?
Quran menjawab: “ apakah manusia tu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan, “ kami telah beriman ,sedangkan mereka tidak diuji? Dan kami telah menguji orang-orang sebelum mereka,maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar , dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta”
Surah al-ankabut ,ayat 2-3

2. Kita bertanya : kenapa aku tak dapat apa yang aku idam-idamkan?
Quran menjawab : “ bole jadi kamu menbenci sesuatu padahal ia amat bail bagimu,dan bole jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu,Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui ,”
Surah al-baqarah ,ayat 216

3. Kita bertanya : kenapa ujian seberat ini??
Quran menjawab : “ Allah tidak membebani seseorang tu melainkan sesuai dengan kesanggupannya .
Surah al- Baqarah,ayat 286.

4. Kita bertanya : kenapa kita rasa frust.??
Quran menjawab : “ janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah kamu bersedih hati ,padahal kamulah orang – orang yang paling tinggi darjatnya ,jika kamu orang-orang yang beriman .
Surah Al-imran ,ayat 139

5. Kita bertanya : bagaimana harus aku menghadapinya.
Quran menjawab: “ dan mintalah pertolongan (kepada ALLAH) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat, dan sesungguhnya solat tu amat berat kecuali orang-orang yang khusyuk”
Surah al-baqarah,ayat 45.

6. Kita bertanya : kepada siapa aku berharap??
Quran menjawab : “ cukuplah Allah bagiku ,tidak ada Tuhan daripadaNya . hanya kepadaNyaaku bertawakal “
Surah at-taubah, ayat 129.

7. Kita bertanya : apa yang dapat daripada semua ujian ini??
Quran menjawab : sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin ,diri dan harta mereka dengan memberikan syurga tuk mereka .
Surah at-taubah, ayat 111.

8. Kita berkata : aku tak tahan.
Quran menjawab : “….. dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat ALLAH. Sesungguhnya tidak berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir .
Suruh yusuf, ayat 12.

9. Kita berkata : sampi bila aku akan merana begini.
Quran menjawab : “ kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan ,
Surah insyirah,ayat5-6.


Sudah, jangan berputus asa dan mengeluh, kerana suma jawapan sudah tersedia Cuma kita yang perlu mengamalkan. Entry ni aku amek daripada sebuah novel islamik so aku share dengan korang suma, harap ia sangat berguna kerana dia juga menjadi panduan tuk hidup aku, wasalam. Sharing is caring and sometimes it will become boring.

0 ikuta toma suka saya:

Post a Comment

satu ikutatoma dah komen