Penipuan Kerja Part time di internet

Wednesday, 22 June 2011
Salam, sihat semua my silent reader??
sapa tak nak duit, klu duk depan laptop je dapat duit, kan??

Well, hari cheq nk story sikit pasal penipuan yang makin menjadi di internet ni, macam mana aku bole tahu, disebabkan sekarang musim cuti semester aku tak da kerja nak buat, nak kerja kat luar pun tak da orang nak ambil aku sebagai pekerja sebab aku ni budak U, awat pulak tak nak amek aku kalu aku budak U, ingat aku nak pi curi kedai hang ka? ishh..apa salahnya amek budak2 U ni walaupun cuti semester sekejap je, kteorang dah sengkek nak cari duit,.. tak da orang nak amek,( adeh banyak pulak aku membebel hari ni).
tapi tak semua senang macam petik jari je..

Okeh, al kisahnya, tersebut la kisah sang purbakala (pakai maen belasah je sebut ) ingin mencari kerja, semasa sedang berjalan  dalam talian ( online la tu ), terjumpa satu pekerjaan yang menarik iaitu menjadi translator BM ke BI, orait la tu kan, aku pun bole la sikit cakap mat saleh ni, setakat 'no' 'yes' tu kira jadilah kan, so apply la aku, tapi sampai sekarang lagi tak da jawapan lagi, so dalam otak dah terfikir asal aku tak guna kemudahan ni tuk cari kerja secara online kan? duk rumah je tak yah bangun pagi, tak mandi pun tak pa.

dengan menggunakan pak cik google tersayang aku pun google la dengan keyword " part time online at home" berlambak kuar, tapi nak pilih yang mana satu ni?  nasihat aku kat korang semua semua jangan cari yang gunakan modal contoh kena bayar RM 30 dulu apala, bole nak bayar ikut korang la, tapi sebelum guna ejin carian popular google dulu, contohnya

" pendapat tentang program X "
" penipuan tentang program X"
kadang2 kalu bernasib baik korang akan dapat lebih dari tu depan laptop je..

sebelum maen belasah setuju korang buat la research dulu, korang orang terpelajar tak kan nak angguk je kan, lepas dah confirm yang program ni betul, korang dah sure 100% bole korang proceed.
dalam tenet ni macam-macam jenis perniagaan, pekerjaan korang akan jumpa, next entry aku akan tulis beberapa laman web yang scam or spam ntah la, yang suka makan duit haram ni.

ja ne...

HEpy Birthday Seohyun Nampyeon

anneyeong...

sapa seohyun nampyeon?? Of course Jung Yong Hwa, Cn Blue leader, sarang chukahamnida Yonghwa yang ke 22 tahun kalu kat korea Yonghwa dah 23 tahun amboi rasa tuo pulak diri ini, walupun besday bulan 8 ni, rupanaya dah hampir setaun dah eh, jika dulu aku wish besday hari ni pun sama, cuma dulu aku wish besday as BOICE, sekarang aku wish besday as GOGUMAs fan... sedikit bias sebenarnya, actually aku dapat rasakan ak lagi suka Goguma daripada Cn Blue sendiri.. hohhoho.
 agak2 celebrate dengan seohyun tak taun ni yonghwa?


Wish you all the best, with your Cn BLUE boys, with your career, and last but not least Daebak to new drama Heartstrings, i always cheer with you and as a BOICE and GOGUMA fan.

Next week wish besday kat Minhyuk and Seohyun pulak..hohohoho