ku seru segala semangat!

Tuesday, 18 January 2011
salam.. wah menakutkan bila tengok tajuk, beb..siyes gua memang tak tahan, 3 minggu masuk sem baru tahun ni bole jadi sewel plus mereng sekejap otak aku ni, lemah segala urat sendi bila tengok jadual mula2 msuk, rasa sakit kepala bila tengok jam kredit masa daftar matapelajaran sem lepas dan sekarang rasa nak kahwin je duk umah jaga anak bila kteorang ada 3 field work untuk sem, bapak penat la , aku yang berlemak2 ni bole kurang segala lemak sem ni, hahaha..

1) engineering survey - dengar tajuk best je kan?? 3 jam kredit, kalu dapat C exam sure efek subjek laen jugak, field work- 6 orang per group, okehla group aku ada 4 pompuan 2 laki, tempat survey seluruh UTM ( bapak la,UTM ni U yang ke2 terbesar selepas UPM) kena jalan kaki bawak alat, alat berharga puluhan ribu, rosak ke pecah duit JPA dan PTPTN hangus kena bayar ganti rugi. dengar kabar tempat survey kiteorang di pejabat harta bina dalam berkilometer juga jlan kaki plus  stadium UTM yang akan dibuka tak lama lagi, jauh beb..jauh.. nyah pon tak larat nak jalan. uisshhh!!


2) ukur kadaster - ape menda kadester ni ntah aku pon tak tau ( sure bila aku jawap macm ni mesti kena pelangkung dengan Dr.Harun ) hummmpp (mengeluh..) kadaster berkaitan dengan semua menda, aku belajar undang2,autocad,lukis plan plus bole kena saman kalu salah ukur , menakutkan, kecut urat kentut aku bila dengar.. tempat survey , tak tau lagi kena cari sendiri..dia bagi coordinate,carilah sendiri tempat nak ukur. siyes lepas cek suma bagai group kiteorang dapat kat FKM (fakulti mekanikal) sampi ke Helipad . tu jauh berkilometer, group 5 orang suma pompuan! sebab Dr.Harun cakap laki pompuan sama je, gaji pon sama.


3) geodesy - cik din ooo cik din.. terima kasih kerana suh abang faiz bagi kteorang kabar `gembira' petang ni, haishh..geodesy pon da field work jugak, suma tempat jauh, ni 8 orang satu kumpulan , 4 laki 4 pompuan..


well.. insyaALLAH, mitak DIA bagi aku semangat nak tempuhi menda alah ni semua, 3 matapelajaran ni semua 3 jam kridit kena wat betul2, E.survey dengaN Kadaster projek tuk sepanjang sem, kalu tak da matahari tak leh wat sun observation, ish2... lepas siap semua survey kena ada report.. ada assigment lain lagi.  nak kena buat. hwaiting!!,chaiyok2, ganbatte kudaisai..good luck for me..

p/s aku kena give up la dengan semua drama jepun n korea tuk sem rasenya..

TERPAKSA?? LAMA KELAMAAN AKAN JADI RELA.

ASSALAMUALAIKUM.. min-na..

this sem is very tough sem.. huh.(mengeluh..) 19 jam kredit yang diambil sem ni rase sangat beban di bahu cheq, 19 jam kredit paling banyak la sem ni, bila rasa down sangat2 kita akan rasa something yang hilang dalam diri kita, kita akan mencari something yang ape yang hilang pada diri kita yang menyebabkan kita rasa down,stress..sedih.. bila semua ni berlaku satu tempat yang kite akan cari iaitu tempat disisi-NYA.

semalam aku telah dijemput oleh kawan2 kat UTM ni untuk join usrah, siyes kalu dolu aku masa first year memag paling berat nak p usrah, rasa macam malas giler, tapi sebab tak nak bagi orang terasa hati dengan kita, kita pon join la sama2 usrah dengan mereka  suma, jujur kalu dolu pegi sebab orang tapi lama-kelmaan perasaan terpaksa tu dah tak da dalam diri ini, tapi perasaan suka,tenang je bila dekat dengan orang-orang yang baik akhlaknya ni..  aku bukannya seorang pompuan yang bertudung labuh macam diorang suma,tapi diorang tak pernah layan aku dengan pandangan yang jelik, setiap pendapat aku dalam usrah dan taklim diorang terima dan ape yang aku tak tau diorang akan share dengan aku, walaupon akak2 or naqibah  daripada fakulti yang berlainan tapi diorang suma sangat baik siyes rasa mcam family sendiri, aku bole share masalh aku ,ape yang aku tak tau dalam agama yang syumul ni, aku mengaku aku memang seorang yang jahil.

dan aku sekarang mencari sesuatu yang tak kan dapat dicari melalui pembelajaran dalam kelas dan obsevation matahari , membuat traverse, levelling, di sinilah aku mencari ilmu yang kekal abadi yang bole dibawa mati. aku mencari dan akan terus mencari, sesuatu yang hilang akan dikembalikan , jika kita rasa ALLAH tu jauh, ya DIA memang jauh, tersangat jauh,tapi bila kita rasa ALLAH tu dekat ya,dia memang dekat umpama sedekat urat leher kita, sekarang aku dah msuk tahun 2 sem 4, walaupon busy aku cuba mendengar apa yang akak2 nak sampikan kepada aku dan kami semua.

WASSALAM.