Masalah Etika Dalam Product Berjenama Halal di Malaysia.
Kebelakangan ini, kita sering dikejutkan dengan masalah etika produk berjenama halal di Malaysia. Hal ini merangkumi dari segi makanan, pakaian, ubat-ubatan dan sebagainya. Dari segi makanan kita kita mesti mengambil cakna perkara ini kerana makanan merupakan satu keperluan manusia dan setiap makanan mestilah berdasarkan kelulusan syarak. Halal boleh didefinisikan sebagai sesuatu yang dibolehkan dan tidak ditegah syarak manakala etika bererti kelakuan dan tata tertib. Baru-baru ini, JAKIM mengambil keputusan untuk menggantung sijil pengesahan halal Malaysia kepada Syarikat QBI Packaging Sdn.Bhd sehingga JAKIM berpuas hati status kehalalan produk berkenaan berkuatkuasa 19 Ogos 2010. Perkara ini, menyebabkan QBI Packaging Sdn.Bhd dilarang menggunakan logo halal Malaysia pada semua produk berjenama QBB Pure Ghee dan tentang isu Mc Donald pula, JAKIM tidak menarik balik sijil pengesahan halal yang telah diberikan kepada McDonald. Produk – produk berjenama pada hari ini tidak menitikberat tentang halal haram sesuatu bahan yang ingin dipasarkan kerana dikaburi oleh keuntungan tanpa mengetahui ia memudaratkan pembeli dan pengedar. Sebagai contoh, makanan dan ubat-ubatan ,kita perlu memastikan bahan yang masuk ke dalam badan kita bersih dan suci kerana ia menjadi darah daging kita, oleh itu kita perlu memastikan setiap bahan yang masuk adalah halal kerana makanan yang halal lagi baik akan melahirkan insan yang berkualiti dari segi aspek rohani dan jasmani. Jadi produk-produk berjenama Malaysia mestilah menitikberatkan etika dalam memasarkan sesuatu produk demi kepentingan bersama. Masalahnya sekarang adakah masyarakat mempunyai kesedaran tentang halal haram sesuatu produk? Di samping penipuan logo halal yang mengelirukan masyarakat kita di pasaran ketika ini.

