bahana nama serupa

Tuesday, 31 May 2011
my bro name mohd fuad...
then ada budak klas aku nama mohd fuad gak jadi fesbok dia sama nama la.. haritu, aku giler2 nak webcam nga adik aku ni, aku perasan maen pakai tekan chat terus chatting. kan sekrang canggih sikit ym connect nga fesbok, so sape2 yang online kat fesbok bole chatting kat ym.

ntah macam mane, aku gopoh sangat pakai maen tekan je.

" oit, ym cepat" aku

"????" mohd fuad
" cepat la skype " aku
" skype xda" mohd fuad
" ym..ym..cpt la!!" aku

pastu si fuad ni pon antar emel, yang aku pelik asal dia bagi emel baru, dia tukar emel ke?? tu soalan dalam kepala aku, aku ingat nak tanya balik asal tukar emel baru tapi malas nak taip aku terus tekan 'add contact' copy pes je emel baru dia tu. bila aku add balik, aku tengok pic profile dia laen,
aikkk..asal gambar profile ni sama dengan budak kelas aku?? satu..dua..tiga.. teeetttttttttttt..blur..

ya masyarakat memang aku silap orang pon, bukan adik aku tapi classmate aku yang aku tak pernah langsung cakap dengan dia. dia budak direct entry aku tak pernah sembang dengan dia, malu sihhh..
tiba2 teringat chattinga aku dengan dia.. kurang ajar giler ase. mati2...

pengajaran, len kali jangan gopoh n cuai! 

LOVE LETTER TO MY MUM

Thursday, 5 May 2011

ASSALAMUALAIKUM mak ( pakai bahasa Bandar la eh, tak paka bahasa klate..)

Mak, rasanya lama dah k.nik tak balik rumah, hampir 4 bulan, last balik umah raya cina hari tu la, mak sihat?? Walaupon hampir tiap minggu kite bercakap dalam telefon tapi k.nik tak tau mak sihat ke tak, sebab k.nik tak Nampak mak depan mata, ayah sihat? Nenek sihat..adik2 lain sihat?
Mesti mak pelik, tak pernah knik hidup 21 tahun hantar surat kat mak, tiba2 hari ni mak dapat surat daripada knik kan? Knik harap mak sihat sentiasa, mak kena sihat sebab tunjang keluarga sekarang dengan ayah tak sihat,lepas tu mak dapat berita fuad pulak sakit kat Sarawak, mesti mak tak tau nak wat menda kan? Tak tau nak luah kat sapa2, mak jangan sedih, kalu mak sedih knik lagi sedih duk sini, bila fikir keadaan mak kat sana, fikir keaadaan ayah lagi,nenek lagi, fuad lagi.. lepas tu nak urus rumah tangga lagi, harap mak tabah hadapi dugaan yang menimpa family kita ni. Memang tak sangka kan tiba2 jah ALLAH nak tarik segala kesenangan kita.
Oh..sebelum terlupa, sempena Hari ibu ini, k.nik nak ucapan selamat menyambut hari ibu. Terima kasih sebab sudi membesarkan k.nik sampai masuk U, terima kasih kerana bagi pendidikan kat k.nik yang belum tentu lain orang dapat, terima kasih sebab bagi k.nik p sekolah, terima kasih sebab sudi mengandungkan dan melahirkan k.nik, terima kasih segala-galanya, everything u did for me , i don’t know how to reply it, all I can do is just say thank u.
Lagi satu nak mintak maaf tuk segalanya, mintak maaf kerana selalu degil, selalu melawan cakap, selalu buat mak marah, mitak maaf kerana menyombong dengan mak, cakap selalu busy, tapi memang k.nik busy pon, nak buat macam ne. 
mak, jangan nangis pulak baca surat ni , sebab masa surat ni ditulis tak tau betapa banyak yang meleleh macam air hujan kat pipi, tak tau kenapa sejak akhir ni sangat sensitif bila orang cakap pasal mak dia,tiba rasa nak nangis, k.nik sihat jah duk sini,sihat sentiasa, harap orang kat umah pon macam tu jugak, ingat tak masa haritu knik ada telefon tiba2, sebab hanya nak ucap terima kasih, bila mak tanya kenapa, knik kata saja je.. sebabnya inilah nak ucap terima kasih sebab sanggup tanggung sakit semasa melahirkan k.nik, sanggup tahan sakit hati bila k.nik melawan cakap..terima kasih. knik try balik umah nanti jadi seorang anak mak yang sentiasa dengar cakap, janji! i`ll try my best. 

selamat hari ibu mak!! sayang mak sangat2, rinduuu..sangat2..mcam ni upanya rasa bila tak balik umah lama, tiba2 rasa tak nak kawin sebab nanti dah tak bole balik umah mak macam biasa... ehehehehe..


p/s- korang apa lagi cakap kat mak korang yang tersayang, cakap terima kasih, kalu malu bila di tanya kenapa, cakap je saje..