should i close this blog??

Friday, 21 October 2011
Anneyeong!!!

ok, saya masih lagi bernafas di bumi ni, maaf la silent reader suma, bukan tak nak update, tapi busy la (propa tu) hahaha..sebenarnya banyak yang nak di kongsikan.. pengalaman p aussie 9 hari cukup bermakna.. nanti kalu ada masa ( ada masa tapi malas nak buka blog sekarang duk lepak kat tumblr) saya update eh..

Lagi, uni kan bru je masuk sem baru..ceit sem baru ke?? hahah..line tenet kat blok lembap la..kadang2 langsung tak da.. tapi jangan risau aku tak kan close blog ni.. sayang beb.. cheer.. okie doki... ja ne..

setelah berhibernasi sebulan..

Saturday, 6 August 2011
Assalamualaikum.. silent reader suma?? sihat2 belaka??
dah lama saya tak menulis, tak excersice jari jemari ni melalui blog.. banyak perkara yang berlaku dalam tempoh ni.. oppss..sebelum tu lupa pulak nak ucapkan selamat menyambut bulan ramadan al-mubarak..sam2 lah kite pergi terawih sepanjang bulan ni.

dalam masa sebulan ni, perkara yang menyedihkan berlaku dalam hidup aku, my grandma kembali ke ALLAH dua minggu lepasa, memang tak sangka.. sedih memang sedih, tapi sejak hari dia sakit lagi dia mitak nak tinggalkan dunia ni, kami sekeluarga redha. sumanya dah selamat. tapi kenangan tu akan tersimpan sampai bila2..  


aku sekarang ngah berjinak2 dengan program affiliate, masih dalam belajar.. nanti aku try update pasal menda ni..tak salah mencuba.. selamat bersahur suma.

jane..wasalam

My thought on Playful Kiss

Wednesday, 13 July 2011
Anneyeong chingu, silent reader.. u oll suma..

Pekaba suma?? dah lama rasanya aku tak buat entry kerana? busy? ani.. (tidak) sebab aku pemalas tahap dewa, okehh.. dengan bangganya aku nak cakap gue dah abis tengok playful kiss, drama ni dah lama dengan aku sejak tahun lepas lagi, disebabkan aku bias dengan Lettuce couple aku tak tengok cite ni , bukan apa aku tak sanggup nak tengok kim hyunjoong kiss orang lain..hahahah, kira amek masa jugaklah aku nak terima drama ni. maybe Heartstring yang aku tunggu2 nak donlot tu aku tak kan donlot dalam masa terdekat kerana Yonghwa cium pompuan laen, andaeeee.. aku kena amek masa jugak nak tengok HS ni.

okeh, rating Playful kiss kat korea memang teruk walaupun disediakan dengan kiss yang romantik dalam hujan, tapi rating dia tetap tidak dapat memikat hati penonton.Jika nak dibandingkan dengan versi taiwan dan jepun punya, aku lebih suka yang taiwan punya, walaupun heroin Playful kiss comel sikit je. overall daripada 10 aku bagi 3 je, sebab?? aku tak suka heroin dalam cite tu, bukan tak suka heroin tapi tak suka chracter dia, annoying giler, rasa macam nak sepak je muka tu, sebab?? rimas kot dengan watak Oh ha Ni ni, mmg la watak dia macam tu, tapi entah aku tak suka pompuan yang macam ni, macam tak da lelaki lain. bagi aku watak ni jadi beban kat hero. Dengan tergedik2, ntah kalu aku jadi laki memang tak kan suka kat pompuan macam ni, apa yang ada kat watak Oh ha Ni ialah comel je, dan dia ni bersungguh2 bila nak kan sesuatu.

Bagi watak hero lakonan Kim hyunjoong, ok la.. memang dia nsem tak bole nak dinafikan , tapi aku rasa macam kayu sikit la lakonan dia, macam tak da perasaan pun ada, ntah.. malas nak komen lebih, aku x tau kenapa kawan aku suka sangat dengan cite ni, maybe sebab aku dah tengok versi Jepun dan taiwan so bila versi korea aku dah malas nak tengok sebab dah tau jalan cerita dia, macam BOF jugak aku amek msa nak habiskan, sebab aku dah tengok Hana Yori dongo.

okehhh.. ja neee..

Harimau malaya membaham Lebenon

Thursday, 23 June 2011
TAHNIAHHHHH... DIATAS KEMENANGAN 2-1 KEPADA LUBNAN . 


Tadi tengok perlawanan secara online, sebab kat umah tak da estro arena. tengok online tak puas sebab jap2 tersekat.

overall, your did a very good job. 

sekian..

How dare they said like that!


CNBLUE Accused of Throwing Away Another Artist's Album



CNBLUE is currently under fire for allegedly disposing autographed albums of fellow artists. A netizen uploaded a photo of an album addresed to "CNBLUE Seniors" on an online portal site on the 21st under the title"CNBLUE thoughtlessly throws away fellow artists' albums." The artists, who will be referred to as A and B, are both famous enough that when given names, fans will recognize them. Artist B is being particularly noted because he/she debuted earlier than CNBLUE. 




The netizen who uploaded the post wrote,"I picked it up in front of CNBLUE's dorm last July or August. This was when CNBLUE was promoting their song LOVE." The netizen added, "I was a bit startled, but I brought it with me. I should have taken a photo when it was in the trash heap, but at the time I was disoriented and forgot to."

The majority of other netizens who came upon the post proceeded to flame CNBLUE with comments such as,"I'm very disappointed in CNBLUE" and "How could you throw away a fellow artist's album so thoughtlessly? Don't even think about saying excuses. If you think about how hurt that artist would be when he/she finds out, you shouldn't be able to."

Others defended CNBLUE and said, "I think it was fabricated" and "CNBLUE would never do that." 

To this, the fans of artists A said, "We have submitted all the evidence. Also, group A's albums aren't for sales, but for promotions." 

Still there were others who tried to hold the fort and said, "Their management has not come out with an official explanation yet. Let's wait until their company comes forward first," as well as, "When the incident is proven to be true, then let's bash them. We can't allow witch hunting anymore."

FNC Music stated, "We saw the photo in question. That definitely is not an album that CNBLUE threw away. When CNBLUE receives a fellow artist's album, they take it to their practice room and listen to it." FNC then added, "There have been several instances of robbery by stalker fans at CNBLUE's dorms. We are inferring that this was also stolen by stalker fans."  

("Stalker fans" aka sasaeng fans are fans who follow artists and breach into their personal lives.)

Also, CNBLUE fans were particularly upset about this because the debate over the photo quickly blazed to a wildfire on none other than Jung Yong Hwa's 23rd birthday. 

------------------------------------------------------------------------------------------------------

sumber daripada soompi tuk tengok album tu bole klik kat sini. 

Pendapat aku  adalah:



  1.  kenapa perkara ini kuar bila drama Yonghwa akan ditayangkan tak lama lagi? wae? kenapa je tak keluar masa dulu lagi, kenapa baru sekarang dijadikan isu, ini kerana ada pihak tak puas hati dengan kejayaan mereka, album mereka yang laris macam pisang goreng, populariti mereka mcam roket, sedangkan mereka baru je debut 2009, 
  2. CN BLUE members tak kan buat macam tu, kalu korang tengok kat reality show, atau show mereka yang lain diorang sangat menghormati sunbae mereka, diorang ni rendah diri. Ingat mc Kim Na Young cakap, bagi seorang bergelar idol diorang sangat cepat ucapan salam (greeting their sunbae), diorang down to the earth. 
  3. diorang ni memang dengki dengan kejayaan CN BLUE, ntahlah, tunggu je official announcement daripada syarikat diorang! 

Penipuan Kerja Part time di internet

Wednesday, 22 June 2011
Salam, sihat semua my silent reader??
sapa tak nak duit, klu duk depan laptop je dapat duit, kan??

Well, hari cheq nk story sikit pasal penipuan yang makin menjadi di internet ni, macam mana aku bole tahu, disebabkan sekarang musim cuti semester aku tak da kerja nak buat, nak kerja kat luar pun tak da orang nak ambil aku sebagai pekerja sebab aku ni budak U, awat pulak tak nak amek aku kalu aku budak U, ingat aku nak pi curi kedai hang ka? ishh..apa salahnya amek budak2 U ni walaupun cuti semester sekejap je, kteorang dah sengkek nak cari duit,.. tak da orang nak amek,( adeh banyak pulak aku membebel hari ni).
tapi tak semua senang macam petik jari je..

Okeh, al kisahnya, tersebut la kisah sang purbakala (pakai maen belasah je sebut ) ingin mencari kerja, semasa sedang berjalan  dalam talian ( online la tu ), terjumpa satu pekerjaan yang menarik iaitu menjadi translator BM ke BI, orait la tu kan, aku pun bole la sikit cakap mat saleh ni, setakat 'no' 'yes' tu kira jadilah kan, so apply la aku, tapi sampai sekarang lagi tak da jawapan lagi, so dalam otak dah terfikir asal aku tak guna kemudahan ni tuk cari kerja secara online kan? duk rumah je tak yah bangun pagi, tak mandi pun tak pa.

dengan menggunakan pak cik google tersayang aku pun google la dengan keyword " part time online at home" berlambak kuar, tapi nak pilih yang mana satu ni?  nasihat aku kat korang semua semua jangan cari yang gunakan modal contoh kena bayar RM 30 dulu apala, bole nak bayar ikut korang la, tapi sebelum guna ejin carian popular google dulu, contohnya

" pendapat tentang program X "
" penipuan tentang program X"
kadang2 kalu bernasib baik korang akan dapat lebih dari tu depan laptop je..

sebelum maen belasah setuju korang buat la research dulu, korang orang terpelajar tak kan nak angguk je kan, lepas dah confirm yang program ni betul, korang dah sure 100% bole korang proceed.
dalam tenet ni macam-macam jenis perniagaan, pekerjaan korang akan jumpa, next entry aku akan tulis beberapa laman web yang scam or spam ntah la, yang suka makan duit haram ni.

ja ne...

HEpy Birthday Seohyun Nampyeon

anneyeong...

sapa seohyun nampyeon?? Of course Jung Yong Hwa, Cn Blue leader, sarang chukahamnida Yonghwa yang ke 22 tahun kalu kat korea Yonghwa dah 23 tahun amboi rasa tuo pulak diri ini, walupun besday bulan 8 ni, rupanaya dah hampir setaun dah eh, jika dulu aku wish besday hari ni pun sama, cuma dulu aku wish besday as BOICE, sekarang aku wish besday as GOGUMAs fan... sedikit bias sebenarnya, actually aku dapat rasakan ak lagi suka Goguma daripada Cn Blue sendiri.. hohhoho.
 agak2 celebrate dengan seohyun tak taun ni yonghwa?


Wish you all the best, with your Cn BLUE boys, with your career, and last but not least Daebak to new drama Heartstrings, i always cheer with you and as a BOICE and GOGUMA fan.

Next week wish besday kat Minhyuk and Seohyun pulak..hohohoho  

How Come TheY forGet Each Other?

Monday, 20 June 2011
At last, aku khatam tengok WGM, YongSeo couple buat kali ketiga, aishhhh (mengeluh) .. bak kata MC WGM Kim NaYoung, macam mana diorang akan lupakan satu sama lain, terlampau banyak memori Yonghwa dan Seohyun kumpul selama setaun, lebih setahun, Start 11/2/2010 hingga 14/3/2011. aku rasa sampai sekarang barang-barang yang diorang kumpul bersama selama setahun ada ditangan diorang. macam mana diorang nak lupakan antara satu sama lain kalu banyak memori yang diorang kongsi adalah memori pertama diorang, menda yang diorang lakukan dalam kehidupan diorang, in case diorang ada partner lain pada masa akan datang, diorang still akan ingat memori tu.

Komitmen letter, surat pertama diorang masa temu janji pertama, tiket wayang avatar, tiket Taman Tema, cipta lagu sama-sama, banmal song, dan banyak lagi memori yang akan mengingatkan mereka antara satu sama lain, terutamanya bagi Yonghwa, sebab date first diorang kat Practice room yang yonghwa selalu maen gitar, Yonghwa pernah cakap tempat praktis tu ibarat rumah ke2 dia, selalu lepak kat sana, so tiap kali dia p praktis mesti teringat kat seohyun, dan Dorm Cn Blue termasuk bilik Yonghwa, Seohyun dah masuk dah duduk bilik Yonghwa, so macma mana tu? diorang berpisah tapi memory tu diorang akan ingat selamanya.

Macam nama Seohyun akan lupakan Yonghwa? kalu Yonghwa adalah lelaki pertama yang bagi apology book, dengan gambarnya sekali, guider book at Japan, apology book sebab hilangkan scaft ( mafela) , lelaki pertama yang dia bagi ciuman, lelaki pertama bagi bunga kat dia,lelaki pertama bagi hadiah besday 2 baris tanah untuk tanam sweet potatoes, first man give guitar to her, lelaki pertama hantar dia balik dorm, lelaki pertama dia buat scaft,last but not least first time dia menitiskan air mata untuk seorang lelaki.

Macam mana Yonghwa bole lupakan seohyun? kalu Seohyun gadis pertama dia tunjuk praktis room Cn Blue, gadis pertama datang dorm dia plus duduk dalam bilik dia, perempuna pertama bagi buku kat dia termasuk YongSeo story I and II, macam mana YongHwa akan lupakan seohyun  kalu dia gadis pertama yang dia hadiahkan macma-macam jenis hadiah, contohnya pink gitar,bunga, baju,boot, dan lain2. Bak kata Yonghwa smapai mati dia akan suka sweet potatoes, hahaha..

macam mana pun diorang akan ingat, Yonghwa adalah suami pertama seohyun, begitu juga sebaliknya. Kat soompi sekarang kecoh dengan picture diorang pakai cincin sama seperti gambr dibawah. apa hubungan diorang yang sebenar diluar WGM? bercinta atau berkawan? dua2 pun tak pe sebab hubungan diorang bernama, kawan yang akan support each other, tapi kawan ke kalu pakai cincin yang sama ni? adohhh poning cheq ..poning.. aku ni dah terlampau addicted dengan diorang ni. Kalu bercinta, seohyun akan lelaki pertama, first love to her, sebab dia tak pernah date dengan lelaki sebelum ni. Teori aku, kat sini kenapa Yonghwa susah2 nak jumpakan seohyun dengan Family dan kawan-kawan baik dia masa sekolah dulu, kenapa Yonhwa sibuk nak tunjukkan tempat dia study dulu kat seohyun, kenapa lelaki ni begitu serius dengan menda alah ini sedangkan ini adalah show semata2, variety show, lelaki tak akan memperkenalkan gadis tu dengan kawan2 dia kalu dia tak serius, ntah, nak pikir banyak pun tak leh gak.

sebagai peminat, aku sentiasa support diorang tak kira dalam apa pun, in case diorang jumpa or couple nga orang aku akan terima dengan hati terbuka..hahahahah.. dulu mana aku tak minat dengan SNSD, sekrang lagu diaorang dah ada dalam laptop aku. Support yonghwa for the coming soon drama.


nota - credit picture to soompi dan tumblr.

My thought on You `ve fallen for me (Heartstrings)

Tuesday, 14 June 2011
Anneyeong...

Pada 29/6/2011 jam 9.55 pm, siri drama korea terbaru akan disiarkan di MBC. Apa yang menarik tentang drama ni adalah pelakonnya ialah Jung Yong Hwa dan Park Shin Hye. Kalu dulu drama You`re Beautiful percintaan diorang tak kesampaian tapi dalam drama You`ve fallen for me diorang disatukan.

Sedikit sinopsis..


Lee Shin is a university student majoring in modern music. He is also the vocalist and guitarist of the band "The Stupid." Shin is known for his good looks and strong passion for music, but in reality he is cold, lacks interest in anything unrelated to music and has neither dreams nor plans for the future. He initially likes Jung Yoon Soo, a dance professor at university, but this all changes when he meets Lee Kyu Won. 
Lee Kyu Won is a bright and outgoing student who was born into a prestigious family and is majoring in traditional Korean instruments, especially the gayageum. Kyu Won's grandfather, Lee Dong Gun, is one of the top 3 traditional musicians of his age and his biggest wish is to see his granddaughter become a traditional music prodigy. Trying to live up to her grandfather's expectations, Kyu Won immerses herself in training and becomes a university student who knows nothing outside of her studies. As her friends are fans of "The Stupid", she was forced to go to the band's concert with them. There she saw Lee Shin performing live, and is immediately captivated by him. (Dramawiki)


so, aku memang tak sabar nak donlot drama 16 episod ni, kerana Jung YongHwa berlakon, ramai peminat-peminat kenenkan sebagai Shinhwa couple, aku tak suka la, aku lebih suka YongSeo couple, hope tak da kiss scene dalam drama ni. if not aku takot aku bias dan tengok separuh je, macam playful Kiss, gara-gara suka giler dengan Joongbo couple aku tak sanggup nak tengok kiss scene Kim Hyunjoong. lagipun Yonghwa still lagi pure ..hahahaha.. apa perasaan Seohyun kalu dia tengok kiss scene Yonghwa, harap tak da la. 


Lagipun seohyun pernah bercakap dengan Park Shin Hye dalam telefon masa We got Married episod 38 or 40, tak ingat la. Lagipun yonghwa memang berkawan baik dengan Park Shin Hye. lepas tengok teaser Heartstrings, nampak drama ni agak best la, tapi tak lau la. so tak sabar nak tengok drama ni.





 so bole la tengok teaser drama ni, PSH comel so pure, JYH hensem.


p/s  sekarang tengah donlot city Hunter lakonan Lee min ho. 

My thought on....

Monday, 13 June 2011

  1. We got Married, disebabkan kerinduan pada Yongseo couple, kau repeat tengok show ni kali ketiga, aku dah bengong agaknya, sebab terlampau addicted dengan diorang, bangun pagi orang buka fesbok, tapi aku bangun pagi buka soompi dulu, tengok berita terbaru diorang kalu ada fans yang update tak kira la Fanmade video, fanfiction aku bantai donlot suma, orang cakap WGM ni ikut skrip, tapi aku tak rasa macam yonghwa dan Seohyun ikut skrip,walaupun yonghwa seorang pelakon YAB, kenapa aku bole rasa yang diorang suka antara satu sama lain? kenapa aku bole rasa perasaan diorang ikhlas antara satu sama lain? masalah WGM ni, walaupun show da tamat tapi follower still bertambah tak macam drama or movie, kalu abis, abis la, tak da apa yang nak tau lagi, tapi bukan WGM, from awkwardness to fondness growing each other. stay believe same like Joongbo Couple.
  2. Laptop aku ni dah terlampau penuh dengan cerita, drama dan movie, bila masa aku nak beli hard disk ntah, kebanyakkan suma cerita yang tak sanggup aku nak delete dan bole tengok berulang kali dan ada yang tak tengok lagi, contoh yang dah tengok WGM, You are beautiful, Secret Garden, 3 idiot, boys over flower. yang belum tengok sampai abis sungkyunwal scandal, playful kiss, my princess, Iris dan banyak lagi la movie yang belum khatam, kan bagus kalu khatam Quran cuti-cuti ni ( erkkkk.....heheheeh)
  3. Bila aku nak cari keje? cuti dah nak masuk sebulan tapi keje tak cari lagi, bukan tak cari tapi tak da orang yang nak amek budak U macam aku ni, korang cari kerja macam mana? gtau ke korang budak U? aku tak gtau pun tapi diorang tanya tak kan aku nak bohong pulak kan, nak hantar resume malas. kerjanya kat umah jadi mem besar sambil membesarkan badan sambil menternak lemak, kan bagus ternak lemak ni bole jual, ishh..
  4. sekarang dah masuk bulan 6, dah hampir setengah tahun duk di tahun 2011, ape yang aku dah buat dalam masa 6 bulan 13 hari ni? ada improvement dalam diri ke? umur makin bertambah tapi perangai macam budak umur 10 tahun, bak kata ayah aku kat my mum, orang lain dah ada cucu dah. so tahun ni aku nak buat ape? 

waaa..banyaknya pulak aku nak tulis kat sini, stress aku orang cuti nak hepi tapi aku pikir banyak, next sem nak praktikal kat mana? bila nak kuruskan badan, bila nak dapat pakwe macam ikuta toma, okeh ignore, ni masalah negara aku, hoohohhohoh...

nota- sekarang ngah suka dengar lagu MUH yg terbaru.

Blog ini bertukar wajah sekali lagi.

Sunday, 12 June 2011
ASSALAMUALAIKUM... BISMILLAHIRAHMANIRAHIM (Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi Maha Mengasihani )

Dalam masa setahun blog ni berubah wajah lagi sekali, kali aku lagi selesa dengan template baru ni, aku rasa aku akan guna lama template ni, bukan senang nak cari template yang sesuai dengan jiwa ambe ni. Banyak perubahan yang berlaku banyak widget-widget aku terdelete tanpa disengajakan, agak frust gak sebenarnya, sesetengah dapat cari balik, another hilang, tak dapat nak cari lagi, kan senang kalu ada butang save tuk widget ni, tak pun bole undo. ahahahah

Antara widget yang hilang ialah salji dan bintang yang berkelipan, biarlah malas nak cari balik. tapi patah tumbuh ,hilang berganti, aku ganti dengan widget YongHwa and Seohyun ( hi, welcome to my blog, be my follower if u like me, do leave a comment, thank you ) aku tak perlukan pun kata2 ni, cuma yang aku nak adalah Yongseo couple tu, tu je,

Widget Cn Blue jugak hilang tapi diganti dengan widget BOICES, tapi aku lebih suka widget lama lagi, tak pe la. Chatbox ditukar kepada kotak menjerit, freejit juga da bertukar color, sesetengah blog yang aku link kat blog aku hilang,tapi akan dicari dalam masa terdekat. overall aku suka template ni, sebabnya ada 3 column, color dia agak menenangkan plus sesuai dengan jiwo aku la.

p/s asal google nak delete blog yang guna akuan yahoo, aku sayang la email ni, tapi nasib baek dah buat akuan gmail lain. virdawarina@gmail.com , mana-mana silent reader yang pakai akaun yahoo tuk sign in, sila tukar sebelum 26/6/2011.. jaa neee...

picture from tumblr.

kenapa orang suka sangat dengan Kpop.

Saturday, 11 June 2011
anneyeong!!

well. kebelakangan ni, (ayat skema) kebanyakkan kpop suka bebenor datang mesia, korang rasa kenapa menda ni berlaku?? jawapannya ialah sebab sokongan kpop kat sini memang membuak-buak umpama gunung berapi mengeluarkan lahar, korang bagi sokongan of cos diorang suka datang. diorang suma (kpop) ni dah takluk asia tenggara ni, asenya suma negara asia tenggara diorang buat show.

kenapa rakyat malaysia minat sangat dengan kpop ni?? bahasa diorang dah la tidak sama dengan kita apatah lagi gaya hidup diorang yang suka makan kimchi kita suka makan budu, belacan ni. wae?


  • first of oll, of course diorang bagus, sebelum masuk industri hiburan di korea, diorang dilatih, training sampai bole jadi penyayi, mana-mana yang tak da bakat OUT, dibuang terus. ada sesetengah daripada diorang ni tak da zaman remaja, tak da zaman kanak-kanak, tak da masa dengan kawan, nak tau sebab apa, sebab diorang lepas sekolah terus pergi ke syarikat untuk berlatih tak kira la menyayi ataupun menari. no life at all, kesian, contohnya macam Jo kWon leader group 2AM yang datang Malaysia baru-baru ni. Dia start diambil oleh syarikat dia sekarang (nama apa ntah ) ketika umur 11 tahun, dia tak tau apa-apa kecuali menyayi dan menari, tapi dia debut lewat giler ketika umo 18 tahun rasanya, dia pernah nak give up pernah rasa stress bila rakan - rakan laen debut dulu dari dia, putus asa bila tengok kawan-kawan kena eliminate depan mata. diorang ada kehidupan susah sebelum berjaya, tak macam artis kita, fikir la sendiri, artis mee segera, naek mendadak turun pun mendadak. bravo-bravo ( sambil tepuk tangan )tapi bukan semua la.


  • Artis-artis korea ni atau idol-idol ni, pandai hargai peminat diorang. diorang sebelum nak buat apa sesuatu, masalah ke, yang penting ayat diorang adalah fan comes first. aku pun tak ingat group korea mana eh, Beast kot, tak ingat la, dia ada mak we kat luar, diorang dah kenal sejak dari kecil lagi, dan kapel sebelum dia debut, bila peminat dia tau , semua tak setuju dia kapel dengan pompuan tu, nak tau sebab ape, fans dia cakap he deserve the best girl other that his girlfriend right now, so peminat ni kutuk la diorang, setiap kali naek atas pentas nak nyayi tiba part dia, semua peminat booo... dia pun sedih, hinggalah pada akhir konsert dia buat luahan perasaan, dia cakap peminat adalah paling berharga, tapi mak we pun sama, kalu peminat tak setuju dia kapel, dia tak bole nak buat apa, dia tetap teruskan relationship dengan mak we dia sekarang.. walaweeiii.. gentlemen giler, sampai dapat mengubah preference peminat dia 360 darjah, akhirnya, fans dia ni setuju dan terima dia seadaanya.. see, kalu artis kita siap kata awak busuk lagi, pastu tak nak mintak maaf, wei..kteorang la yang bagi korang sesuap nasi tu. 

  • i make it three, last but not least, diorang stylo beb, comel-comel, kuit miut plus badan six peck..hahhahaha, sapa tak nak buat pak we weh, diorang kerja keras nak dapatkan badan yang cantik, tak kisah la dengan plastik surgery ke, janji cantik, kerja kuat tuk dapatkan badan berketak-ketak, diet ketat giler2. aku pun tak sanggup dengan rutin diet diorang, lapar weh, asyik makan salad hari-hari, alasan idol-idol ni ialah diorang tak sanggup peminat kutuk kalu badan tak lawa. ishhh.. dasyat betul peminat korea ni. 





so... tu pendapat aku, ada lagi nak tambah silakan..dialu -alukan, 

ja neeee...

Zaman berubah, minat pon bertukar

Monday, 6 June 2011
anneyeong!!

dalam sebulan sahaja, 3 event berlangsung tuk artis korea saje, bulan ni start dengan kedatangan Jang Geun Suk ,after that Ukiss yang akan promote album terbaru mereka dan seterusnya Beast akan menyusul tuk buat showcase kalu tak silap, tiket pulak bukan puluh2 tapi ratus2.. memang lubuk kpop cari duit la kat mesia ni. plus makin ramai la artis2 mesia yang panas dengan kedatangan diorang ni. 
aigoooo....

dah industri di mesia ni kecik pastu kena share dengan artis luar pulak tu, kalu dulu share dengan artis barat dan indonesia sekarang kena share pulak dengan artis korea yang dipanggil Hallayu kat tempat mereka. well, artis mesia kena terima hakikat ni, zaman dah semakin berubah, kalu masa sekolah rendah dolu orang duk tergila-gilakan cite hindustan sampai tengah malam pon duk tayang cite hindustan ( aku tumpang sekaki bangun tengok midnight hindustan ni ) sampaikan kerajaan hadkan tayangan cite hindustan kat tv, kalu tak silap aku, masa tu aku kecik lagi dalam darjah 4 darjah 3 macam tu, so ingat-ingat lupa la. 
dulu,cite hindustan memang best, tapi sekarang tak lagi, aku pun dah tak tengok lagi kecauli ada cite lama2 yang best. lagu diorang best ..tu dulu tak, my name is khan movie hindustan terakhir aku p tengok... 

sekarang zaman aku, orang duk giler dengan cite korea, kpop..bukan setakat diorang termasuk cite indonesia yang belambak-lambak sekarang. neyway memang cite korea best pon, nak buat macam ne, hero plak tough, nsem,cute dan heroin plak tok soh cakap la memang cantek, chomell je.. memng la tak dinafikan kecantikan mereka bukan asli, surgery. disebabkan pengaruh kpop ni kuat sangat mulalah muncul kumpulan yang nak tiru kpop, tu memang aku annoy sangat, ape kes tiru diorang, kite ada identiti sendiri why not kite go on dengan identiti kita, tak laku ke? kalu tak laku macam siti nur haliza bole bertahan kat indonesia,singapore sampai sekarang, dia bagus, dia bole pegi jauh lagi kalu dia nak. industri seni ni bole pegi jauh kot tanpa pengaruh unsur2 luar, try la takluk asia tenggara kalu bole..macam artis korea, diorang guna tak sama bahasa dengan kite..macam mana kite bole terima lagu diorang dan drama diorang. fikirlah.


V.I.P lagu Sedih dan unsur-unsur kPop

Salam..

wah, tercatat dalam sejarah blog aku ni, pada hari ni aku wat entry pasal artis M`sia, biasanya aku tulis pasal pasal KPOP, artis korea , Japan ..

ni disebabkan aku terpikat dengan lagu sedih nyayian diorang V.I.P, dah sebulan aku cari sapa nyayi lagu ni, lagu dia agak best la, dah lama sebenarnya nak tulis entry, tapi tenet lembap gile. terpaksa tangguh-tangguh. hmmm.. memperkenal kan members VIP.. jeng..jeng...
Adam AF2, dan beberapa orang lagi. plus yang menyebabkan aku terpikat dengan diorang ialah, try tengok pakaian diorang, stylo beb, macm artis korea, diorang bawah KRU, so of cos diorang pandai menari, lagu single diorang ngah meletup2 kat radio sekarang, so harap diorang tak tiru 100% kpop, macam MAX247 at least ada unsur m`sia. sila kembalikan kegemilangan muzik pop tanah air kita.. all the best.

JANG OPPA!! OPPA.. WELCOME TO MALAYSIA

Friday, 3 June 2011
Anneyeong haseyo! minna ogenki desuka??
he..not handsome but cute..... 
bak kata org mesia jambu eh??
ntah

esok, Jang Geun Suk akan datang M`sia.. Arghhhhhhhhhhh opppaaaaaaaa... sarange..oppa sarange.. ( peminat giler ngah histeria..hahhaa) malangnya aku tak dapat pergi, sebab sekarang ngah cuti sem, mana-mana yang p jumpa Jang oppa, kirim salam kat dia eh, kirim salam peluk cium (euwwwww..hehehe)

first time tengok dia masa dia berlakon dalam baby and me, pastu doremifasolatido pastu drama yang paling best You Are Beautiful last Mary me marry... hope, dia hepi kat sini dan datang lagi bila aku dah keje, barulah aku ada duit masa tu. sekarang mana cheq ada duit nak kumpul duit p Australis lagi.. dengar kata, tiket tuk VVIP... suma dah abis, panas macam pisang goreng, makin berbulu la artis Mesia dengan kedatangan artis2 Korea, dalam tahun ni saje dah berapa ramai yang datang, 2AM, SUPER JUNIOR M, nanti dengar kata SNSD nak datang.. tak tau la, diorang nsem2, lawa2,comel2.. mana tak terpikat beb..

aigooooooo....


overall.. aku suka sangat, dapat suami orang korea, tak kuar bilik agaknya.. hhahahahahaa....

picture from pak cik google kesayangan...

Lelaki lebih ramai daripada perempuan laa..

Thursday, 2 June 2011
Zaman sekrang pompuan lagi ramai dari lelaki ? betulkah? kita memang selalu dengar, sebab tu ramai pompuan yang andalusia dan kawin dengan suami orang, betul ke? betul ke pompuan lagi ramai dari lelaki?
well... tu suma tak betul, lelaki lagi ramai la dari pompuan, nak tau kemananya lelaki ini menhilang menyebabkan we oll nampak pompuan lagi ramai dari lelaki.

  1. kebanyakkan mereka ni study kat PUSPEN ( Pusat serenti nama dulu )
  2. mati awal sebab banyak yang merempit n merokok. 
  3. kat sekolah Henry. 
  4. banyak jadi doktor sendiri dan menyebabkan mereka melanjutkan pelajaran di PUSPEN. (mati awal gak ni)
  5. sebab korang pompuan,wanita,ladies suma ni banyak amek course yang pompuan ramai, contoh doctor,cikgu, nurse..dan yang sama waktu denganya. so sebab tu korang asyik nampak pompuan je. 
so, kalu nak tengok ramai lelaki p yang course lelaki suka amek, contoh mekanikal. kawan aku cakap dalam kelas dia hanya 3 orang pompuan termasuk dia, so bila sorang tak p kelas yang laen ponteng sebab segan nak masuk kelas...hahhahahaha..

kos aku pon sama gak, majoriti lelaki, dalam satu group aku 2 pompuan 4 lelaki, so bila suma laki diaorang tak kan terima pendapat kite, tu buruknya, tu sesetengah je la, ada sesetengah lagi kalu pompuan cakap A dia pon buat A, macam ni tak ok gak, macam lembu cucuk hidung so fair dan square , give and take. that is the best.

ada mana2 tak puas hati dengan pendapat aku?? well, it up to u, it is my opinion.

daaa, ja ne.




bahana nama serupa

Tuesday, 31 May 2011
my bro name mohd fuad...
then ada budak klas aku nama mohd fuad gak jadi fesbok dia sama nama la.. haritu, aku giler2 nak webcam nga adik aku ni, aku perasan maen pakai tekan chat terus chatting. kan sekrang canggih sikit ym connect nga fesbok, so sape2 yang online kat fesbok bole chatting kat ym.

ntah macam mane, aku gopoh sangat pakai maen tekan je.

" oit, ym cepat" aku

"????" mohd fuad
" cepat la skype " aku
" skype xda" mohd fuad
" ym..ym..cpt la!!" aku

pastu si fuad ni pon antar emel, yang aku pelik asal dia bagi emel baru, dia tukar emel ke?? tu soalan dalam kepala aku, aku ingat nak tanya balik asal tukar emel baru tapi malas nak taip aku terus tekan 'add contact' copy pes je emel baru dia tu. bila aku add balik, aku tengok pic profile dia laen,
aikkk..asal gambar profile ni sama dengan budak kelas aku?? satu..dua..tiga.. teeetttttttttttt..blur..

ya masyarakat memang aku silap orang pon, bukan adik aku tapi classmate aku yang aku tak pernah langsung cakap dengan dia. dia budak direct entry aku tak pernah sembang dengan dia, malu sihhh..
tiba2 teringat chattinga aku dengan dia.. kurang ajar giler ase. mati2...

pengajaran, len kali jangan gopoh n cuai! 

LOVE LETTER TO MY MUM

Thursday, 5 May 2011

ASSALAMUALAIKUM mak ( pakai bahasa Bandar la eh, tak paka bahasa klate..)

Mak, rasanya lama dah k.nik tak balik rumah, hampir 4 bulan, last balik umah raya cina hari tu la, mak sihat?? Walaupon hampir tiap minggu kite bercakap dalam telefon tapi k.nik tak tau mak sihat ke tak, sebab k.nik tak Nampak mak depan mata, ayah sihat? Nenek sihat..adik2 lain sihat?
Mesti mak pelik, tak pernah knik hidup 21 tahun hantar surat kat mak, tiba2 hari ni mak dapat surat daripada knik kan? Knik harap mak sihat sentiasa, mak kena sihat sebab tunjang keluarga sekarang dengan ayah tak sihat,lepas tu mak dapat berita fuad pulak sakit kat Sarawak, mesti mak tak tau nak wat menda kan? Tak tau nak luah kat sapa2, mak jangan sedih, kalu mak sedih knik lagi sedih duk sini, bila fikir keadaan mak kat sana, fikir keaadaan ayah lagi,nenek lagi, fuad lagi.. lepas tu nak urus rumah tangga lagi, harap mak tabah hadapi dugaan yang menimpa family kita ni. Memang tak sangka kan tiba2 jah ALLAH nak tarik segala kesenangan kita.
Oh..sebelum terlupa, sempena Hari ibu ini, k.nik nak ucapan selamat menyambut hari ibu. Terima kasih sebab sudi membesarkan k.nik sampai masuk U, terima kasih kerana bagi pendidikan kat k.nik yang belum tentu lain orang dapat, terima kasih sebab bagi k.nik p sekolah, terima kasih sebab sudi mengandungkan dan melahirkan k.nik, terima kasih segala-galanya, everything u did for me , i don’t know how to reply it, all I can do is just say thank u.
Lagi satu nak mintak maaf tuk segalanya, mintak maaf kerana selalu degil, selalu melawan cakap, selalu buat mak marah, mitak maaf kerana menyombong dengan mak, cakap selalu busy, tapi memang k.nik busy pon, nak buat macam ne. 
mak, jangan nangis pulak baca surat ni , sebab masa surat ni ditulis tak tau betapa banyak yang meleleh macam air hujan kat pipi, tak tau kenapa sejak akhir ni sangat sensitif bila orang cakap pasal mak dia,tiba rasa nak nangis, k.nik sihat jah duk sini,sihat sentiasa, harap orang kat umah pon macam tu jugak, ingat tak masa haritu knik ada telefon tiba2, sebab hanya nak ucap terima kasih, bila mak tanya kenapa, knik kata saja je.. sebabnya inilah nak ucap terima kasih sebab sanggup tanggung sakit semasa melahirkan k.nik, sanggup tahan sakit hati bila k.nik melawan cakap..terima kasih. knik try balik umah nanti jadi seorang anak mak yang sentiasa dengar cakap, janji! i`ll try my best. 

selamat hari ibu mak!! sayang mak sangat2, rinduuu..sangat2..mcam ni upanya rasa bila tak balik umah lama, tiba2 rasa tak nak kawin sebab nanti dah tak bole balik umah mak macam biasa... ehehehehe..


p/s- korang apa lagi cakap kat mak korang yang tersayang, cakap terima kasih, kalu malu bila di tanya kenapa, cakap je saje.. 

After 2 years WGM ending.

Tuesday, 26 April 2011
Sangchu couple again, aish.. chonmal..really addicted with them after yongseo.. tengok ape yang berlaku selepas 2 tahun diorang tamatkan WGM.





 unni, u make ur fans in ?? but i dont care,,, 

Hyunjoong, aku tunggu sampai next year..to olimpik London.


to much coincident, but coincident? maybe..maybe not... 
jannah..sila tengok..my u da tengok kot.


credit picture to soompi again...

i`m really miss this couple so much!

almost a month now, but i`m still missing them.. otookajo??

 picture ni selepas sebulan diorang kuar WGM bukan masa WGM, tengok necklace kat Yong n Hyun, sama tak?? yong pakai masa Mubank Hyun pkai masa promo Mr.Taxi kat jepun, couple necklace?? aishhh... aku tak mengharapkan diorang kapel sebenarnya sebab diorang muda lagi kot, tapi kalu betul diorang kapel belakang peminat, well all the best, sebagai BOICE aku hepi. 

ni masa Ingikayo kat JEJU, tengok baju diorang, coincident?  dan spek masa diorang masa ni Hyun spotted at her university. 


p/s well, dont know la, my thought is selama setahun bohong kalu tak da perasaan sama antara satu sama lain, distance make u grow fonder right? diorang dah terbiasa dengan berjumpa tiba2 da tak jumpa, so kalu korang ape perasaan korang? mestilah rindu kan? Yonghwa n Seohyun if u want to couple behind the scene just go head we as a fan dont care, me as a BOICE really dont care about it because Seohyun is perfect to u , what else u want it? she have good intelligent,beauty.. n others. but please no divorce, once u couple please be forever, if u break up it will hurt ur fans heart. to seohyun, i once become ur antis, at first antis for SNSD, this before u join WGM, after unnie saw ur pure and innocent side,that i will never imagine their maknae have this side, so after i look at u, i grow fonder for u, slowly i follow ur activity, SNSD activity, never judge the book by it covers

to antis- why  u dont satisfy with this couple?? i know u are also from BOICE right? just please be happy to Yonghwa, just support them. dont bashing her. please know her first before u do it, put urselft on their shoes. 

to gogumas or go-chun - hope never ending. 


credit picture to soompi 

YONGSEO EP 51 - THE last memory

Tuesday, 19 April 2011
part 2

anneyeong haseyo.. well, masa tulis aku still lagi sedih dengan diorang departure from WGM, walaupon da hampir 2 minggu, aku still lagi tengok balik yong seo sampai episod last dari episod first...sebab da janji dengan korang suma, so hari ni aku tunaikan, review yongseo part 2 bemula.


Give ur husband and wife with happy present.

masa part 1 haritu diorang abis dengan seohyun ajak p shingdandong makan ddukboki, sama masa diorang jumpa first ,
masa first haritu, nak pegang tangan pon kekok, for the last time.. tengok diorang crossing tangan with each other, masa ni yongseo on da way nak p kedai ddukboki...for the last time.


diorang p kedai yang sama, duduk makan tempat yang sama, sama mcam first time diorang jumpa. 
kat sini, bole tengok seohyun da makin selesa dengan yonghwa, sebb lepas balik je jumpa dengan mak mertua dia (mak yonghwa) seohyun dah tak segan2 nak makan. dia makan dengan baik,penuh berselera tanpa segan dengan yonghwa.

then, sambil makan, diorang kutip satu demi satu memori diorang bersama, sampilah yonghwa bagi cadangan tuk tanya soalan sepanjang setahun diorang bersama, seohyun ingat lagi tak, sapa yang tak ingat kena jentik kat kepala ( orang korea ni suka main kepala2..aku memang pantang orang main kepala, nak je terajang terus..) first question ditanya oleh seohyun.. soalannya...

1. masa aniverseri ke 200 yong ada buat something tapi hyun tak perasan, apakah tu? (hyun)
ans- yong cakap tak tau, dia give up ...( ish..senang je give up, pk la dulu ) jawapan badge, yong letak kat gitar tapi hyun tak perasan . 

2. ape yang hyun terima hadiah masa dia buat derma darah (yong counterback qquestion )
ans - book give certificate ( straight je hyun jawap tanya pikir ) 

3. ape tingkahlaku yang hyun tak suka? 
ans - yong jawap mildang ( ingat masa push and pull episod?? ni la hyun tak suka. )

4. hadiah ape yang yong terima dia sangat terharu?
ans- masa hyun nyayi lagu sarangbit masa double besday, yong cakap betul tapi dia ase nak tukar jawapan.. ( mai aku teka jawapan yang dia nak tukar.. jawapannya ialah Seohyun, hadiah yang paling bernilai yang dia terima ) aku ase sebenarnya banyak hadiah yang menyebabkan yong terharu termasuk penonton sekali antarannya lagu sarangbit, buku fantasi buatan hyun, scaff buatan hyun, lagu banmal song yang dinyayikan hyun..

ni masa hyun nak jentik yong sebaba tak leh jawap soalan first..hehehehe.. sweet kan.

aku paling terharu hadiah scaf yong bagi kat hyun, beb mana ada lelaki sanggup buat macam tu, kalu aku pon tak lupa laki2 sebaik yong.
 ni masa reaksi nak jawap soalan...

hah, ni la yong cakap dia macam nak tukar soalan...

lepasa abis makan suma, diorang p kedai serbaguna yang first time beli couple ring, masa diorang beli cawan sama, stokin sama, cincin sama, tapi kali ni sebab last, diorang da tak tau nak beli ape, last yong beli patung anjing nga patung beruang yang besar bagi kat hyun. tuk abiskan duit simpanan diorang.

last place before diorang berpisah.. rumah diorang ( part ni agak sedih la..)

sampai je kat umah diorang, yong suh hyun buat Ma.. (minuman berkhasiat la ,tuk last skali )

 kalu dolu hyun suh yong duduk, masa hyun tak cakap ape2 pon, mb dia rasa sebab last time, dia nak abiskan masa dengan yong.

what u thinking about yonghwa?? if u love her just confress, i know it hard for idol, i just feel sorry to both of u.

 masa dalam bilik gelap yong cakap tak proper maybe sedey, dia cakap ni kali terakhir dia tengok belakang hyun , bila dia tengok hyun macam tu, dia rasa hyun adalah wanita paling cantek..ceewah.

 perasaan ni, rasa ni bole ditunjukkan kat air muka masing2.. tak payah lafazkan riak muka sudah tunjukkan semua..

yong cakap hyun datang kat dorm diorang buat Ma setiap pagi, tapi hyun cakap jauh dia suruh yong pindah.. memang jauh pon dorm SNSD dengan Cn blue.

 ni lepas siap minum MA, yong cakap couple kena buat macam ni ( tido atas riba hyun ) sweetkan scene ni.. tapi hati aku sakit.. ( ceit aku plak lebey2..hahaha)
 lovely doply... yong dengan hyun,
 tengok cara hyun pandang yong.. penuh dengan kasih sayang.. kalu yong bole terpikat dengan mata hyun yang jernih, pure..tengok mata hyun..pure..innocent.

masa ni diorang baca balik surat yong bagi kat hyun, surat komitment, masa jadi preparation kapel sebelum jadi kapel betul dalm WGm.

time yong nak nak hantar hyun balik, hyun cakap dia tak nak balik, hyun bole lagi p masuk balik umah tengok..aku rasa perasaan dia, rumah first dia.. 

part ni yong surprisekan hyun dengan belon dan bunga.. hyun sangat hepi ..time ni yong da nak hantar hyun balik , yong suruh hyun p amek gitar dia kat bonet.. tiba2 bila hyun buka belon kuar dari bonet...

masa tu, belon tu tak kuar suma, yong agak geram la, dia punya event tak jadi.. tapi bila dia tengok rekasi hyun sangat hepi.. dia terus hepi gak..hahaha..tengok renungan yong.

yong bagi bunga kat hyun, masa dalam kereta yong cakap first time dia bagi bunga kat pompuan, hyun pon cakap first time dia terima bunga.

mc kat studio cakap diorang banyak berkongsi first bersama, bagi hyun yang tak pernah bercinta, first time pegang tangan laki,first time bg ciuman, first time terima tanah sweet potato, first time nyayi kat laki , first time buat scaf kat laki..semua nya first time, bagi yong pulak.. first time buat buku perjalanan ke Jepon tuk pompuan, first time bagi tanah kat pompuan..diorang banyak pertama kali bersama

macam mana kedua2 pihak nak lupakan kebaikan antara satu sama lain? sedangkan kasih dan sayang suda ada dalam hati masing2..


last, hadiah terakhir yong pada hyun adalah gitar!! pink gitar, masa mula2 haritu yong tak da duit nak beli gitar pink hyun, sekarang dia dah beli, yong cakap pink memang sesuai dengan hyun.. waaaa..jeles..jeles..

first time to be in love..

masa hyun tengok kad yang yong bagi ni, kat screen tak tulis ape yang yong tulis kat hyun last sekali..nak jugak tau kan..kot2 ada lamaran ke..

yong cakap dia tak sanggup nak hantar hyun balik, sebb dia da rasa sedey kot, dia cakap lagi dia patut guna kerete dia sekarang p jumpa mak ayah hyun dan hantar hyun ke kuliah.. hyun cakap mak bapak dia dah anggap yong macam anak sendiri dah.

otooke hyun??
waee??
after this ur life will boring without me
i know...
oppa also will boring without listening my nagging..
u can call me sometimes and nagging to me..
always keep holding ur phone..
( bicara antara yong dan hyun , diorang sangat jujur dengan perasaan masing2..tak macam idol lain )
at the same time yong tanye bilangan goguma ..berapa yang dia ada sekrang dalam 5 goguma,
hyun bole cakap stupid goguma masa yong tnya, gadis yang tinggalkan goguma demi yong..
hyun cakap 10 goguma, goguma dah terlebih.. akhirnya daripada 3 goguma kepada 6 goguma last sekali 10 goguma, full.. adakah taraf yong sekrang melebihi goguma kesukaan hyun??

ni..diorang dah sampai kat dorm SNSD, tapi hyun cakap kat yong, jom kita jalan2 dolu..diorang berjalan sambil berpegangan tangan.. pastu hyun kuarkan hadiah terakhir..jeng..

tadaaa.. yongseo story part 2,

hyun cakap ni cover semua , kesinambungan dari yongseo story part 1
cerita diorang memang fantasi bukan realiti..

yong cakap dia sangat terharu dengan buku buatan hyun.. sangat2.. bole tengok air muka yong.

they kept all of their time together with them gratefully and with care, and they lived happily ever after.. end.

time last diorang bersam dimuka pintu SNSD dorm, masing tak nak berpisah tapi keadaan ..

yong cakap masuklah hyun.. masuk.. he act tough on purpose... belakang mesti dia nangis..

tengok muka yong... sedihkan..sapa tak sedih memang tak da hati la.

last, diorang embrace each other.. hyun banyak kali kuar dari dorm lepas masuk sebenarnya..almost 2 times.. kalu korang perasan ada satu patah ayat kat hyun
"again" masa hyun kuar..
 uwaa.. ape perasaan diorang bila berpeluk macm ni?

last.. last.. walaupon diorang bole jumpa kat luar..music bank what so ever tapi keadaan dah tak sama.

it was cold..and it was like our first meeting, and i felt that  we could keep our beautiful memories safe like painting... aigooo.. air mata bercucuran menuruni pipi hyun.. ur tears give us something hyun, it said that u are in love with yong or u will miss him someday..

masa hyun msuk dorm yang dia tinggal kalu korang perasan bole dengar macam hyun menangis, sniffing.. bole dengar.. walaupon tak menangis depan yong.. yong sama jugak. sedey... end.


pandangan aku: sebenarnya ni kapel paling muda pernah masuk WGM masa tu kalu ikut kalendar orang putih Hyun 18 tahun Yong 20 tahun..kapel paling muda, dan aku tak harapakan diorang end up sebagai pasangan kekasih or suami isteri in realiti sebab diorang msaih muda, perjalanan diorang masih jauh, Yong as a leader CN BLUE dan Hyun maknae SNSD.. diorang mesti banyak lagi yang nak buat dalam hidup,

so, maybe dalam masa akan datang ada sape singgah kat blog aku dan baca entry aku sangat hepi kerana masa tu ada lagi fan-fan yong seo in case lagi 2,3 tahun.. aku sentiasa akan mengikuti perkembangan diorang because i`m BOICE.. Seohyun menyebabkan aku jadi peminat SNSD sekali.. tapi BOICE is the first place, aku kenal diorang pon melalui BOICE bukan YONGSEO or SONE.. sayonara.