i`m hurting once again.

Sunday, 31 October 2010
salam.. haish ( mengeluh..)

maaflah, aku janji aku tak kan sedih lagi kan haritu, tapi aku , hati aku sangat sakit sekarang, asal la sem ni banyak sangat aku leleh untuk menda yang tak seberapa, sumanya pasal kawan2, hai.. tak tau la bila aku ada pak we jap agi macam ne, mesti leleh jugak ni, hai... aku akui aku memang seseorang yang sensitif,sangat sensitif,.

bohonglah kalu tak terasa tengok kawan yang kita rapat beralih ke arah orang lain, bohonglah kalu aku kata aku tak jeles, bohonglah sape2 kata yang dia tak pernah terasa dengan kawan sendiri, tu namanya tak da hati ,jiwa raga tu. sape tak jeles kalu orang kite makan sekali, pegi kelas sekali beralih kearah orang lain, maybe aku ni bukan kawan yang baik, maaflah.  tapi menda ni memang tak boleh nak paksa, sakitnya ada, tapi masa akan sembuhkan, asal la dia terjadi depan mata aku?? sakit tau tak, biasanya bole je lepak bilik aku tapi hari beralih ke bilik depan, punyalah banyak bilik asal ko pilih bilik depan?? memang nak duga hati aku ke??bila kita dah sayang seseorang tu, perasaan jeles ,marah,sedih mesti ada, bohonglah kalu tak da.

menda macam ni pernah jadi kat masa kat matric time tu suzy rapat giler dengan akma, tapi tak pe la, sebab menda bukan depan mata, tapi aku still jugak jeles tu, aku pon akan jauhkan diri aku dari ko gak, terima kasihlah sebab jadi kawan aku sepanjang satu sem setengah, aku start rapat start sem 2 sekarang dah sem 3, kasih sayang memang boleh berubah, berkurang dan bertambah.. aku terima segalanya. terima kasih tuk segalanya dan mintak maaf for everything i did.

between u and me we have a gap.

ja ne.. last aku sedih, dah tak nak sedih dah..be positif.

STUDY WEEK!!!

Saturday, 30 October 2010
Cepat nya masa berlalu, dah nak abis satu sem di taun 2, banyak perkara yang berlaku dalm sem ni. dapat tau perangai annoying orang, sampi sekarang aku rasa annoying dengan budak tu. aku buat baek dia buat muka, lantak p la, musim study week ni, hati kena jaga, jangan bagi sakit kalu tak efek kita nak study. so ignore je keadaan sekeliling. be yourself.

minggu depan da start exam dah, cuak beb satu ape pon aku tak baca lagi, dahla test photo semalam macam ape ntah, sakit hati giler rase tak leh jawap, rasa nak hantuk kepala kat dinding. aku kena muhasabah diri ni, pikir kot2 ada dosa dengan mak ayah dengan ALLAH, dengan kawan2, tapi aku dah mintak maaf dengan diorang kalu aku ada buat salah silap. direct tau, tak da main fesbok2 ni. tapi diorang belum tentu nak mintak maaf kat aku, tak pe la ,aku maafkan. hehehheeh..
macam ni la tadi, kumpul je buku banyak2..ish... ya ALLAH bagilah hambaMU ni kekuatan dan kedamian.

okehhh..gudluck suma kawan2 yang amek exam SPM,STPM, exam kat U mana2.. do ur best, jangan mudah putus asa. ingat mak ayah, ingat ALLAH, sentiasa berdoa banyak, jaga hati orang lain ( hati kita sape nak jaga??) so all the best!!!

ja ne

hati2 dengan HERPES!!!

Friday, 29 October 2010
Herpes genital merupakan penyakit kelamin yang sangat mudah berjangkit iaitu melalui
hubungan kelamin disebabkan oleh virus herpes simplex (HSV). Dua bentuk herpes dikenal
pasti:

1. Kudis berisi air di mulut atau di muka (herpes mulut atau HSV 2)
2. Kudis berisi air di kawasan kemaluan (herpes genital or HSV 1)

Virus memasuki ialah melalui luka kecil pada kulit atau lapisan mukosa. Apabila dijangkiti,
virus akan tinggal kekal di dalam tubuh. Herpes kemaluan berjangkit melalui hubungan
kelamin tidak selamat (tanpa kondom). Ibu hamil yang menghidap herpes genital boleh
menjangkiti anak di dalam kandungan. Anak yang dijangkiti boleh mendapat komplikasi
radang otak, sawan, buta atau terencat akal.

Adakah jangkitan berlaku melalui perkongsian mengguna tandas, tuala atau barang-barang
lain yang diguna oleh orang yang mengidap herpes? Jawapannya adalah tidak mungkin atau
susah berlaku kerana virus akan mati di luar tubuh.

Tanda dan Gejala
• Herpes Simplex Jenis 1
Biasanya menyebabkan ruam, kudis berisi air pada bibir atau di dalam mulut.
Seterusnya menyebabkan rekahan kulit (ulser) yang sakit. Ia juga menjangkiti
kawasan kemaluan dan menyebabkan ruam. Mata dan sistem saraf juga boleh terlibat
sama. Gejala ini tidak akan terjadi serta merta selepas terkena jangkitan tetapi
mungkin akan muncul selepas beberapa hari, minggu atau beberapa tahun lagi.
Gejala-gejala lain termasuklah gusi bengkak serta merah, selaput putih pada lidah,
bengkak kelenjar leher, demam dan sakit-sakit otot. Ianya terjadi lewat selepas
dijangkiti, selepas beberapa hari, minggu atau bulan kemudian.

• 2. Herpes Simplex Jenis 2
Biasanya pada faraj, zakar, kerandut zakar, punggung dan dubur. Juga boleh
menjangkiti kawasan mulut semasa seks oral. Bila dijangkiti, orang akan berasa gatalgatal
atau sakit di kawasan terbabit diikuti ruam yang mula timbul menyebabkan sakit
semasa kencing (sekiranya pada zakar). Ruam menyebabkan lelehan cecair atau
berdarah kemudian sembuh dalam tempoh 2 hingga 4 minggu. Gejala lain
termasuklah demam dan pembengkakan kelenjar.

Komplikasi
• Orang dewasa yang sihat, virus herpes tidak akan menyebabkan komplikasi yang
teruk selain ruam pada kulit. Bagi mereka yang ada mempunyai sistem daya tahan
yang lemah (pengidap HIV dan AIDS) akan mengalami jangkitan herpes yang lebih
teruk dan lama.
• Risiko untuk memindah atau mendapat penyakit bawaan kelamin termasuk HIV
adalah tinggi bagi orang yang ada herpes genital
• Ibu dengan ruam pada kemaluan boleh menjangkiti anak yang baru lahir semasa
bersalin melalui salur peranakan. Bayi yang dijangkiti akan mendapat komplikasi
kerosakan otak, kebutaan atau kematian. Kadar jangkitan mudah berlaku dan lebih
tinggi pada bayi sekiranya infeksi herpes sedang aktif pada ibu semasa bersalin.

Rawatan
Tiada ubat untuk menyembuhkan penyakit ini. Walaupun begitu ubatan antivirus oral seperti
acyclovir (Zovirax), famciclovir (Famvir) dan valacyclovir (Valtrex), boleh membantu
menyembuhkan ruam kulit dan mengurangkan jangkitan ulangan. Risiko jangkitan kepada
pasangan juga boleh dikurangkan dengan pengambilan ubat antivirus

Pencegahan
• Jangan kongsi makanan dan peralatan dengan orang yang ada ruam atau rekahan kulit
(ulcer).
• Elakkan sentuhan fizikal dengan orang dijangkiti herpes. Jangan bercium dengan
seseorang yang ada ruam pada bibir!
• Amalkan seks selamat iaitu dengan pasangan sah (suami/isteri). Sekiranya dijangkiti
herpes genital, beritahu pasangan anda segera.
• Kekalkan sistem daya tahan yang kuat melalui senaman berkala, pemakanan sihat dan
rehat yang cukup.
Tunggu sehingga ruam pada kemaluan sembuh sepenuhnya sebelum memulakan hubungan
seks. Gunakan kondom getah bagi mengurangkan kemungkinan jangkitan pada pasangan
anda.

Faktor-faktor yang menyebabkan jangkitan berulang:
• Tekanan (stress)
• Datang haid atau mengandung (perubahan hormon)
• Pemakanan tidak sihat
• Tidak sihat
• Pembedahan
• Geseran alat kelamin melalui aktiviti seks ganas


perkara ni sebagai peringatan kepada semua, tolong jaga kebersihan, dan 80% wanita boleh menhidapi penyakit ni, dia bukan hanya berjangkit melalui hubungan intim saje tapi juga melalui sentuhan dan perkongsian barang, macam kakak senior kat sini, sape2 yang menhidapi penyakit ini akan lebih sensitif dan tolang jangan pulaukan diorang, layan je macam biasa., hikpokrit la kata aku tak takot , aku sangat takot dengan penyakit ini, dia virus bukan bacteria macam biasa, aku tak sanggup nak upload picture, ngeri sangat kot,

jaga diri, kalu tak , tak leh kawin, hheeheheh....sebab dia akan mnjangkiti pasangan dan kalu mengandung efek anak dalam kandungan dan virus ni ada dalam tubuh kite sampi mati. ..sedih sangat pada akak tu, pakwe dia dah tak amek kisah pasal dia, sedih kan.. kite perlu someone tuk support kite dari down, dengar kate diorang rancang nak kawen taun depan tapi bila dah jadi macam ni?? ntahlah.. sedih.. akak, saya doakan akak cepat sembuh, kawan2 suma tolong doakan kakak ni, diorang seorang yang sangat baik.

ja ne.. jadi diri anda.

wake up, wake up from suffering!

Tuesday, 26 October 2010
hello semua..aku hepi hari ni!! hahaha.. gomen minna!! sejak dua mejak ni entry aku sedih2 je kan?? sori kepada  pembaca semua. korang masuk blog aku nak hepi2 kan, tiba2 tengok entry aku yang sedih2 terus mood jadi sedih kan?? hahahaha... sori2.  so aku pon dah tak nak sedih2, nak hepi je, nak sentiasa pikir positif , nak sentiasa be optimis.



pasal kes 4 orang kawan.

aku dah tak isah dah pasal diorang, diorang nak ignore aku ignore lah, nak kutuk pon kutuk lah ,sebab aku tak tau apa salah aku akt diorang. haritu aku dengar daripada rumet budak pelik ( aku gelar dia budak pelik sebab kawan dia cakap dia masa dolu kat matric memang dia pelik dan hari ni aku mengakui kepelikkan dia) dia dah tak boleh masuk nga aku sebab aku ni batu api, whatdahell!! blah la wei... aku sendiri pon tak tau aku ni macam tu,sebab aku akt matric dikelilingi ramai kawan, kat sini je jadi macam ni. okeylah aku tak bole paksa dia nak terima aku, tapi budak pelik weh, datang bilik aku selesaikan salah faham ni, aku sayangkan pershabatan kite , tapi kalu ko dah macam ni, aku pon dah tak nak amek kisah dah, lantak ko la tunggang terbalik hidup ko. jangan jadi bacul weh mitak maaf kat fesbok, aku tak terima, mai la mitak maaf kat depan2. aku doakan semoga korang bahagia dunia akhirat , we are different world right now, kalu ko nak orang jujur nga ko, ko kena jujur nga orang dolu, aku amek problem sebagai ujian yang  DIA nak aku jadi lebih kuat dan matang. Ya Allah, aku terima dugaan Mu ni, maybe sebab aku pon banyak dosa2 dgn-Mu . bagi aku sebulum aku menuduh jari kat orang laen yang melakukan kesalahan baek aku muhasabah diri aku, dimana silapnya sampi orang buat kite macam tu. stay still.

pasal mak cik

mak cik, aku akan layan dia baek2, aku dah tak nak sakitkan hati dia da, sori2 sangat weh, kalu ko ada terasa nga aku. orang buat baek, kite buat baek balik nga orang tu. sometimes aku ni ada perasaan jeles nga dia, tapi aku pikir, perasaan jeles ni akan makan diri aku sendiri dan persahabatan kami, aku akan buang perasaan ni jauh2. suzy , ko pernah cakap kan mak cik akan jadi kawan aku yang paling baik kan?? maybe, sebab aku akan jujur dengan dia, no hard feeling. okeh!! banzai!!!


p/s= ada negroo ni nak guna laptop aku la pulak, ish.. heheeh.. sentiasalah pikir positif... ja ne.

Being alone is awesome.

Saturday, 23 October 2010
konichiwa ..( hah! nak p mana tu?? ni bukan blog orang jepun, silalah masuk jangan segan2 dan jangan lupa tinggalkan tapak kasut, at least bole la aku menjejaki korang.)
  post ni ak tulis minggu lepas lagi, tapi blogger buat hal, tu yang tangguh2 tu..eiii..tak sukanya.!!!

being alone sometimes is awesome, siyes aku cakap, sejak kat matrik lagi aku tak pernah sorang2, kalu nak makan berteman, nak kuar joging, maen berteman, outing pon sama, tapi bila masuk U ni, terutama sem ni, kebanykkan masa aku sorang2. tu memang plan aku pon masa mintak bilik single aritu.  makan sorang, nak p mana2 sorang, mula2 memang rasa something tau ,lama2 dah ok da, kesian pulak kat mak cik, aku tau dia banyak terasa nga aku, mintak maaf sangat. time nak pegi kelas bila aku siap lambat, aku suh dia p dolu, tapi dia tak endah pon cakap aku, konon nak maen nga lembu la( lembu adalah nama kucing kat blok H11, asal?? tak caya??), nak timbang berat la (bilik aku ada penimbang konon nak jaga berat badan, alih2 makin macam tong drum pulak..hahaah) , mesti dia terasa gila nga aku..apa masalah aku pon tak tau, orang buat baek nga kita, buat baek nga orang balik, tapi aku ni banyak putus urat or fius kat otak aku ni.

tapi sebenarnya, aku buat macam tu supaya aku tak bergantung sangat dengan mak cik, sampi bila dia nak ada nga aku, dan aku sebenarnya tak suka orang tak berdikari ni. in case kalu mak cik sakitkan hati aku, tak da aku terasa sangat kot. aku dah serik nak rapat nga orang sebenarnya,susah nak percaya dengan orang sekeliling, tak tau ape yang diorang cakap betul ke tak, memang stress giler2 aku duk kat U ni, nasib baek aku tak sama aras nga orang yang menyakiti hati aku, kalu tak lagi la tensen sangat.

senior aku satu blok tak sama cos pernah cakap kat aku, kalu lapar , p makan, kalu rase nak kuar, kuar, tak yah nak tunggu orang, thanks kak ma, saya memang dah start buat macam tu dah, kalu dolu aku tunggu diorang, tunggu mak cik bila nak makan nak kuar, kali ni ,aku ikut hati pedal aku, bila nak print assingment aku print dan aku dah tak tunggu mak cik dah sekarang, bila aku nak makan aku makan je, kalu mak cik antar mesej nak ajak makan aku suh dia makan dulu. bila aku nak p mana2 aku tak mitak tolong mak cik teman, aku suh dia balik dolu. aku tau mak cik sangat terasa dengan aku, ayat dia kat aku bila aku tolak ajakan dia nak p mana2 " ko eksyen nga aku eh" nampak sangat dia terasa nga aku.kadang2 aku rindu time aku matrik dolu, dikeliling ramai kawan2. hepi sangat. dolu kalu aku nampak orang sorang2 aku rasa kesian dalam otak aku pikir, dia ni tak da kawan ke?? asyik sorang2 tapi sebenarnya dia sangat selesa sorang. aku nak diri aku yang dolu hidup dikeliling kawan yang jujur, bila tak puas hati cakap, bukan hikpokrit tahap gila babeng.

ok la. ja ne..

mesyuarat PEMETA + Dinner AGM(Anual Grand Meeting)

Monday, 18 October 2010
anneyeong.... bila hati dah tak senang, hanya blog tempat tuk meluahkan segalanya,

semalam, selepas abis Geomatic Family day, majlis diteruskan dengan pemilihan ahlijawatankuasa dan majlis tertinggi Pemeta yang baru, tampuk pemerintahan kali ini diserahkan kepada second year ( taun kamilah ) kalu taun lepas dibuat di Hotel, tapi kali dibuat di Dewan Senat kat Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim. Makanan pon biase2 tapi bole la tahan dia punya rasa. Calon yang menang bagi kerusi taun 2 adalah

Presiden = Johan Iskandar ( calon pertama tak datang , jadi kemenangan milik dia)
Setiaushasa = Izzati Karim ( tahniah , mak cik pon ada betanding gak tuk jawatan ni, tapi nasib tidak menyebelahi dia)
Bendahari  = Koh Wen Ying
Exco Taun dua = ikram , norhidayah , siti norzulifa (sorang lagi tak ingat )

tahniah semua, aku tak kisah sape2 janji bole buat keja. Ganbatte kudasai

hmmm... semalam aku p dewan senat jalan kaki, sebab KTF dekat je dengan HEP (Bangunan Canseleri SI) tapi orang yang menyakiti hati aku p naek keta, sewa ketalah kiranya, mula2 agak terasa sebab diorang tak ajak pon, kalu dolu nak p mana2 kalu tak da aku pujuk bagai nak rak, mulut manusia memang tak boleh dipercayai! pastu lama2 aku dah tak kisah, kan aku pernah cakap nak jadi orang yang hati kering paling berjaya. Yang aku tak tahan diorang pegi 6 orang salah sorang dolu,orang yang diorang kutuk dan maki lah, dan aku ni tak termasuk dalam senarai diorang tuk naek keta, so jalan kakilah, ada aku kisah, hidup ni ibarat roda beb... aku nak tengok time korang pulak macam mane. kalu korang tak nak kawan suda. aku hidup bukan untuk dipuji dan mati tuk dikeji (betul tak ni?? layan je la) .. aku doakan kebahagian korang semua. semoga bahagia. Ape2 hal korang nangis la sorang2 sebab aku dah tak nak amek kisah. Credit to best friend, thanks for being at my side...

hati yang kau sakiti..

Sunday, 17 October 2010
part 2

salam... adeh, sakitnya badan, sakit semua, kan semalam cakap lepas maen bola tampar terus nk post entry baru kan??tapi malangnya, tenet lembap, bola tampar straight kalah, tapi tak kisah pon kiteorn maen tuk bergembira, ada  sesetengah batch bergadoh, siot betul. taun akhir gado ngan first year, ase macam bodoh tak?? korang dah la da besa gado pulak dengan budak berhingus, macam orang bangang, umumnya aku tak kisah pon, dan futsal semalam pon kalah. 1 seri,1 menang,1 kalah. plus referee macam taik, masuk gol cakap tak masuk gol, hampeh betul.

hati tak da sakit mana sekarang, sebab sedang melatih diri tuk menjadi 'HEARTLESS' ko buat la aku ape2 ak dah tak kisah daa.. layan je semua. hati kering kadang2 ada juga baeknya. semalam masa kuar makan dengan senior bukan sama course (senior dari sport sains dengan fakulti pengurusan) plus mak cik pon ada sekali, mak cik bole cakap, aku paling senang tuk dibaca fikirannya, iye je, aku tak percaya, tapi dia cakap , aku memang tak boleh nak tipu dia, hahaha aku tak caya la mak cik, ko belum kenal sape lg aku yang sebenarnay, sebab aku sendiri tengah train diri aku tuk membina benteng sekeliling aku, supaya aku dah tak disakiti lagi. jangan sebab ko pernah nampak aku nangis haritu, ko cakap macam tu,even  banyak yang ak simpan dari ko dari luahkan. sori la. kawan aku pernah cakap maybe mak cik akan jadi kawan paling baek aku masa aku duk kat u. so.. ?? hahahaha..nanti aku sambung lagi, siyesly badan aku sangat sakit sekarang.


p/s=tunggulah kisah ku selanjutnya (ceit macam iklan drama pon ada gak..hahahahah)

hati yang engkau sakiti.

Saturday, 16 October 2010
salam.. dah 6 hari tak update blog, gara tenet lembap mcm siput..sakit hati dowh..

first, nak ucapakn takziah kepada semua keluarga mangsa yang terlibat dalam kemalangan ngeri pada tarikh 10/10/10. al fatihah.

second, hati aku ngah sakit dengan ragam manusia, sakit sangat2. korang bayangkanlah kena ignore dengan kawan sendiri, macam mana rase?? dada ni sangat sesak rase, mencucuk. yang aku tak pahamnya, kalu tak puas hati asal tak cakap depan2?? kenapa??wae???

third, nanti aku sambung entry ni, lepas aku abis tournament bola tampar kul 8.15 pg jap lagi. ja ne...

10 OKTOBER 2010 =10/10/10 = Tragedi Oktober

Sunday, 10 October 2010
Salam..............pembuka bicara ( ceit bermadah puisi la pulak..heheheh)

Bila buka fesbook arini ,ramai yang post pasal tarikh harini, unik sangat ke?? ape yang unik tu?? habaq mai sat. maybe sebab nombor dia lawa kot, bagi aku sama je takda yang berbeza, ramai yang post nak lakukan sesuatu yang bermakna sempena tarikh ni, contohnya kawan aku ni salah satu post kat fesbok nak terjun bagunan kat kolej 11, merempit, klu laki aku bole tahan lagi ni pompuan, ape punya kenangan bahadol la, aku baca pon rase nak bagi penampar je kat kawan aku ni. Kalu ada masalah bukan tu cara penyelesaian dia, ish2 tak tau la ak nak kata ape, susah bercakap nga orang yang tak reti bahasa ni.


okeh,just ignore pasal tu, hari ni ramai yang melangsungkan majlis perkahwinan, kat masjid UTM ni semalam dan harini ada orang nikah, siap pakai pembesar suara lagi , satu UTM dengar aku yang ngah buat Field work bole dengar, heheheeh.. kiteorang pulak yang excited bila dengar "aku terima nikahnya..."  pertama kali kot dengar dalam tempoh 10 tahun ni.. suma orang akan mengalami perkara ni, tapi aku rasa takot nak mengalaminya, ntah..tak tau kenapa ..takot dengan tanggungjawab ,amanah..walaupon bukan masanya lagi yang pasti suma orang akan tempuhi pengalaman ni. ignore! aku ngah berangan2 nak kawin ni. hahaah..

oh ya, malam ni akan berlangsungnya majlis perkahwinan Dr.SMS angkasawan negara kita dengan juga seorang doktor, semoga berbahagia sehingg ke akhir hayat. Jangan lupa tengok pada jam 10 mlm di TV3 ye. aku pon teringin nak tengok malam ni, Wedding of the decade.
bagai cincin dan permata,bagai pinang dibelah dua

memang grand la majlis diorang ni
aku suka sangat gmbr ni..sweet je kan. ahahaha
kalu nak mjlis kawin macm ni kena kawin nga millionair 


p/s = picture aku amek kat blog kukubesi tu.

mencari sahabat umpama memcari sebutir berlian dalam timbunan pasir.

jam 1.35 pagi. hari selasa nak test tapi ak..tapi tak study pon lagi,asyik nga tenet je.. terutama fesbook, td baru je ak update status aku kat fb 'off for a while from fb, spe2 nk berhubung nga sya sila guna skype,ym dan blog'
24 jam aku buka fesbook, maybe satu hari aku patut wat entry pasal fesbook, kebaikan dan keburukan. okeh, bukan nk pasal fesbok ye tuan puan sekalian, cuba baca tajuk kat atas, panjang tak?? panjang kan. dah lama dah tulis tajuk ni, pastu hari ini baru nak tulis isi2 nya, (tolang la ketuk ak yang pemalas ni ni!!)

macam mana eh nak mulakan
nya.. hmmm... suma antara kita ni ada sahabat baek masing2, sahabat yang korang akan share segala jenis menda ngan diorang, contoh bagi kami yang pompuan ni, masalah cinta cintun.. maybe la. tapi nak mencari seseorang yang ad 'kimia' nga kita tu susah, sebab tu kite ada ramai kawan tapi sahabat hanya beberapa ketul je. yang beberapa ketul nilah yang berguna pada kite, saat kita suka,hepi,sedih,duka..kita akan cari diorang kan?? ke korang cari sape klu korang frust?? mak ayah? kalu aku nangis pon mak bapak aku tak kan tau sebab aku tak nak diorang risau pasal aku.

tapi untuk mencari orang serasi nga kite ni susah. SUSAH. macam mencari berlian dalam timbunan pasir yang banyak. kalu tak cari betul2 kita tak kan jumpa menda berharga dalam diri kite. Macam kat U ni aku rasa banyak sangat orang hikpokrik,bermuka2..depan tunjuk baek tapi belakang mengumpat kite bagai nak rak. bagi aku agak susah nak cari seorang sahabat kat U ni, aku bagi contoh la, dia memang baik nga kite tapi baek demi kepentingan diorang, saat kite susah ..langsung tak amek kisah. tapi bukan semua la macam tu kan. kalu dapat spot soalan tuk exam tu, kalu boleh nak sembunyi tak nak bagi orang laen tau, ya, dia memang kawan tapi bukan sahabat kite. so nak dekat2 exam ni banyak la orang bermuka2.

aku dah jumpa sahabat aku, sahabat saat aku susah senang seorang kat UKM amek oleokimia,seorang kat USM bakal audiologi seorang lagi kat UTEM amek engineering. aku sayang korang suma. tapi , tuk menambahkan seorang sahabat kat U ni aku akan amek masa yang lama. sebab aku susah nak percaya kat orang. dah cukup la masa kat matrik dolu aku makan hati nga 3 orang ni, terasa hati,merajuk,jeles.. tu tandanya kite sayang kat diorang. penat aku aku makan hati beulam jantung nga diorang tuk sampi tahap yang betul2 rapat mcm sekarang. ak percaya kat korang yang korang tak kan khianati aku. so thanks for being my sahabat .

tolang la bagi aku kerajinan..

Saturday, 9 October 2010
sekarang 9/10/10 masa 4.40 ptg di skudai.. last post bila?? bulan 9 kan?? tengok betapa jauhnya jarak ..punyalah pemalas tahap petal ke 18 aku ni nk mengupdate blog?? update fesbok bole pulak..tiap2 hari pulak tu. banyak menda aku nak post kat blog ak yang kuit miut ni..tapi kerajianan tara.. zero plus eseimen bertimbun, minggu depan ada test dan dua report tak siap lagi dan esok kena buat balik field work ape maknanya cuti kalu hari mingguku dipenuhi dengan field work.. aduyai, ni pon paksa rela taip blog..tulis je ape yg terlintas kat kepala ni.
eksen je lebey ni.. bukan study sangat pon..hahaha


apecer kawan2 suma?? esok dr.SMS nak kahwin.selamat pengantin baru kepada angkasawan negara dan bakal isterinya, jangan lupa tengok wedding of the year or maybe wedding of the decade mengantikan majlis perkahwinan dato Siti NurHaliza dan Datuk K

 comey kan?? kan?? ish... 

.oh ya lupa pulak 7/10/10 aritu besday 'asben'cheq ikuta toma! hahahaah selamat hari jadi, dengar kabo kamu curang dengan saya ye?? ada scandal dengan yui (alamak tak ingat nama madu pulak..)okeh la ..nak continue komen fesbok pulak..ahahahah..daaaaa