soalan kedua take home test.

Monday, 27 September 2010
from the lost time part two




Masalah Etika Dalam Product Berjenama Halal di Malaysia.
            Kebelakangan ini, kita sering dikejutkan dengan masalah etika produk berjenama halal di Malaysia. Hal ini merangkumi dari segi makanan, pakaian, ubat-ubatan dan sebagainya. Dari segi makanan kita kita mesti mengambil cakna perkara ini kerana makanan merupakan satu keperluan manusia dan setiap makanan mestilah berdasarkan kelulusan syarak. Halal boleh didefinisikan sebagai sesuatu yang dibolehkan dan tidak ditegah syarak manakala etika bererti kelakuan dan tata tertib. Baru-baru ini, JAKIM mengambil keputusan untuk menggantung sijil pengesahan halal Malaysia kepada Syarikat QBI Packaging Sdn.Bhd sehingga JAKIM berpuas hati status kehalalan produk berkenaan berkuatkuasa 19 Ogos 2010. Perkara ini, menyebabkan QBI Packaging Sdn.Bhd dilarang menggunakan logo halal Malaysia pada semua produk berjenama QBB Pure Ghee dan tentang isu Mc Donald pula, JAKIM tidak menarik balik sijil pengesahan halal yang telah diberikan kepada McDonald. Produk – produk berjenama pada hari ini tidak menitikberat tentang halal haram sesuatu bahan yang ingin dipasarkan kerana dikaburi oleh keuntungan tanpa mengetahui ia memudaratkan pembeli dan pengedar. Sebagai contoh, makanan dan ubat-ubatan ,kita perlu memastikan bahan yang masuk ke dalam badan kita bersih dan suci kerana ia menjadi darah daging kita, oleh itu kita perlu memastikan setiap bahan yang masuk adalah halal kerana makanan yang halal lagi baik akan melahirkan insan yang berkualiti dari segi aspek rohani dan jasmani. Jadi produk-produk berjenama Malaysia mestilah menitikberatkan etika dalam memasarkan sesuatu produk demi kepentingan bersama. Masalahnya sekarang adakah masyarakat mempunyai kesedaran tentang halal haram sesuatu produk? Di samping penipuan logo halal yang mengelirukan masyarakat kita di pasaran ketika ini.
            

the lost time!!

,okeh, first memang dah lama tak update blog pasal wifi UTM telah memblok segala blogspot dan google, chek pon tak kenapa, so tuk mencari masa yang hilang aku nak update pasal Take Home Test ( aku buat test kat umah) test islam dan isu2 semasa. dia bagi 3 soalan. soalan first adalah.



Impak Globalisasi Terhadap Masa Depan Agama Dunia
                        Definisi globalisasi dalam kamus dewan edisi ketiga adalah fenomena yang menjadikan dunia kelihatan mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembangan teknologi maklumat. Memang tidak dinafikan bahawa proses globalisasi pada dunia masa akan datang mencorakkan dunia dan globalisasi bukanlah sesuatu yang baru bagi masyarakat dunia pada hari ini, terdapat dua jenis impak yang berlaku terhadap masa depan agama dunia iaitu impak negatif dan impak positif. Islam suatu ketika dulu pernah mempengaruhi Barat dalam perkembangan ilmu pengetahuan. Tetapi bentuk globalisasi yang barat lakukan terhadap dunia , khususnya umat Islam berlainan sekali dimana perubahan yang ditawarkan bercorak satu pihak dan melampaui batas dan budaya, agama, gaya hidup dan sebagainya. 

                
                 Impak negatif globalisasi dalam agama dunia hari ini ialah dunia tidak mengamal sebarang agama dunia tanpa batasan , pola hidup ini dipaksakan kepada Negara-negara  dan bangsa dunia ketiga. Melalui perkara ini, agama hanya diguna pakai bagi masyarakat yang beragama Kristian ketika lahir untuk dibaptiskan , ketika kahwin dan meninggal dunia. Golongan ini mengharuskan perhubungan seks sebelum berumahtangga, menghalalkan penguguran disamping member penghormatan kepada golongan mak nyah atau golongan homoseksual. Golongan ini merubah pengertian dan definasi keluarga sehingga merangkumi bentuk dan struktur yan diharamkan syarak. Melalui media ,golongan ini  menanam kebencian terhadap agama agar membentuk ketakutan dan kebencian terhadap agamawan dan simbol-simbol agama. Hal ini memyebabkan sikap dan budaya warga dunia bersifat anti agamadan secular. Manakala impak positif pula adalah membangkitkan rasa sedar tentang kepentingan beragama dan menjadikan manusia lebih memahami antara satu sama lain disebabkan IT dan komunikasi memperkembangan serta mempercepatkan penyebaran ilmu pengetahuan termasuk ilmu agama. Globalisasi Islam berkembang dengan penyusunan kerja yang sistematik berdasarkan pemahaman agama yang kukuh, memperkukuhkan ketahanan diri menerusi pembinaan insan yang berilmu ,beriman dan bertakwa. 


                       Kesimpulanya, Islam berupaya menggantikan model glibalisasi barat dengan menjana globalisasi Islam yang mantap.


p/s = kalu ada nak tambah ape2 silalah ye..kami budak baru belajar.