,okeh, first memang dah lama tak update blog pasal wifi UTM telah memblok segala blogspot dan google, chek pon tak kenapa, so tuk mencari masa yang hilang aku nak update pasal Take Home Test ( aku buat test kat umah) test islam dan isu2 semasa. dia bagi 3 soalan. soalan first adalah.
Impak Globalisasi Terhadap Masa Depan Agama Dunia
Definisi globalisasi dalam kamus dewan edisi ketiga adalah fenomena yang menjadikan dunia kelihatan mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembangan teknologi maklumat. Memang tidak dinafikan bahawa proses globalisasi pada dunia masa akan datang mencorakkan dunia dan globalisasi bukanlah sesuatu yang baru bagi masyarakat dunia pada hari ini, terdapat dua jenis impak yang berlaku terhadap masa depan agama dunia iaitu impak negatif dan impak positif. Islam suatu ketika dulu pernah mempengaruhi Barat dalam perkembangan ilmu pengetahuan. Tetapi bentuk globalisasi yang barat lakukan terhadap dunia , khususnya umat Islam berlainan sekali dimana perubahan yang ditawarkan bercorak satu pihak dan melampaui batas dan budaya, agama, gaya hidup dan sebagainya.
Impak negatif globalisasi dalam agama dunia hari ini ialah dunia tidak mengamal sebarang agama dunia tanpa batasan , pola hidup ini dipaksakan kepada Negara-negara dan bangsa dunia ketiga. Melalui perkara ini, agama hanya diguna pakai bagi masyarakat yang beragama Kristian ketika lahir untuk dibaptiskan , ketika kahwin dan meninggal dunia. Golongan ini mengharuskan perhubungan seks sebelum berumahtangga, menghalalkan penguguran disamping member penghormatan kepada golongan mak nyah atau golongan homoseksual. Golongan ini merubah pengertian dan definasi keluarga sehingga merangkumi bentuk dan struktur yan diharamkan syarak. Melalui media ,golongan ini menanam kebencian terhadap agama agar membentuk ketakutan dan kebencian terhadap agamawan dan simbol-simbol agama. Hal ini memyebabkan sikap dan budaya warga dunia bersifat anti agamadan secular. Manakala impak positif pula adalah membangkitkan rasa sedar tentang kepentingan beragama dan menjadikan manusia lebih memahami antara satu sama lain disebabkan IT dan komunikasi memperkembangan serta mempercepatkan penyebaran ilmu pengetahuan termasuk ilmu agama. Globalisasi Islam berkembang dengan penyusunan kerja yang sistematik berdasarkan pemahaman agama yang kukuh, memperkukuhkan ketahanan diri menerusi pembinaan insan yang berilmu ,beriman dan bertakwa.
Kesimpulanya, Islam berupaya menggantikan model glibalisasi barat dengan menjana globalisasi Islam yang mantap.
p/s = kalu ada nak tambah ape2 silalah ye..kami budak baru belajar.
0 ikuta toma suka saya:
Post a Comment
satu ikutatoma dah komen