DUNIAKU @ J-P0oN

Tuesday, 15 June 2010



Entry cheq kali ni bukan nak cakap cheq penah pi Jepun ke atau sekarang kat Jepun, tak bukan pasai tu . tapi nak cakap sejak cheq kecil sampai besar ni ,kehidupan cheq banyak di pengaruhi oleh Negara Matahari terbit tu. Nak kata kena jajah pun bukan tapi dengan kerelaan sendiri. Sebagai contoh dolu=dolu masa kecik suko bebenor tengok Doreamon tapi bila da besar ni suka tengok drama jepun pulak.

Cheq kenal Doreamon ngan si Nobita, Suneo, Giant dan sizuka sejak zaman tadika lagi. Dolu Doreamon siar kat TV1 sekarang beralih arah ke NTV7 setiap hari sabtu 7.30 malam, dulu kita yang suka tengok tapi sekarang adik-adik pulak mengikut jejak langkah nee-san dia ni,tapi kadang-kadang tu tumpang kelih ugok…hahahah.. masuk sekolah rendah , cheq kenal pulak dengan watak San-Goku and the Gang ( Dragon Ball ) dengan Sailormoon and the gang with Tuxedo Bertopeng,hehehe ingat lagi kata-kata keramat Sailormoon ..”dengan kuasa bulan akan menghukum mu” setiap kali nak lawan ngan musuh,haahha lawak pulak rasa, lagu tema dia dalam bahasa melayu still lagi melekat kat kepala ni macam pakai gam UHU pulak , contoh serangkap lagu Sailormoon “ tiba-tiba keajaiban terjadi.. kekuatan muncul didiri sailormoon…” hahhahaa…(bagusnya aku..) . Dragon ball pulak siar kat Tv2 setiap hari sabtu dan Ahad pukul 9.30 pagi, selepas Sailormoon. Dragon Ball tamat selepas 5 tahun bersiaran masa tu cheq form 2 kalu tak silap tapi cheq tak tengok episode akhir kerna ada kelas tambahan. Sedey tau..hahahaha…