PENGARUH KPOP DI MALAYSIA

Tuesday, 28 December 2010
SALAM.. anneyeong..konichiwa..sawadikap..


oish..aku nak start kat ne eh, hmmm..sejak akhir-akhir ni aku tengok dan dengar banyak sangat lagu-lagu dari korea ni, balik cuti sem ni tiba-tiba aku dengar Kelantan FM pasang lagu SuJu (super junior) `sorry-sorry` wah terhenti sekejap aku tengah menyapu masa tu, terkejut kot, radio kelantan pasang lagu korea , KPOP, SuJu pulak tu, wah..advance..jap lagi tak tau la group korea dari mana pulak, maybe 2PM, Beast. U-Kiss..wahhh..tak sangka.

Radio Era pon dah start wat carta K-pop kat radio diorang , haritu aku dengar tempat pertama dalam carta 2PM "i`ll be back" tak ingat dah aku kul berapa,yang aku ingat malam la, sebab masa tu aku tengah concentrate kat exam sampi rasa nak muntah hijau..dengar carta kpop terus segar.. Hot pon sama aku rase..ish2.. nampaknya lagu-lagu dari korea start mendominasi ye, kalu tak da permintaan tak kan ada carta2 ni suma. well ak ok je tak da masalah..music is universal, tak paham pon tak pe janji irama best..bole hilangkan stress aku.

cite2 korea pon sama, aku lebih prefer cite korea dari indon sebab mengarut pastu berpuluh2 episod, sakit jiwa raga aku nak ikut..nak masa tengah hangat cite Bawang Putih Bawang merah..oish..aku rasa menyesal giler aku ikut cite tu, aku start tengok cite korea masa form 1 cite Winter Sonata.. pastu ada banyak lagi. sekarang kat 8tv dan NTV7 pon ada siarkan cite korea.


sampi artis2 dari Malaysia pon terikut2 dengan budaya kpop dan pakaian diorang mereka yang comel2.. well ..satu persaingan yang sangat sihat, aku harap indusri muzik,drama kite pon bole jadi macam industri muzik
 dan drama dari korea.












p/s = diorang ni nsem2..comel2.. kebanyakkanya dah wat wajah baru, operate hidung la bagi mancung cikit, operate mata bagi besar ckit..so jadilah macam barbie doll.

Harimau Malaya Membaham Garuda

yip..yip..yip..hooorey!!!!!!!!!!!!! tahniah pasukan harimau malaya kerana ganyang Garuda, chantek ah..memang semalam aku tengok dari start game sampi abis .

TAHNIAH. TAHNIAH. CONGRATULATION 3-0  MEMBELASAH INDONESIA..

 so, tadi aku buka sesetengah blog, tengok banyak rakyat indon ni tak puas hati, sebagai contoh tentang pacaran laser..memang tak dinafikan memang salah penyokong malaysia tapi tadi dalam berita Utama ada jugak diorang cakap penyokong Indonesia yang ada laser, so salah siapa ni??

 pemain pertahanan negara Muslim, chantek ah tak bagi bolos se gol pon.














 gelagat penyokong malaysia,,meriah sungguh 90 ribu orang membanjiri stadium

 penjaga gol indon marcus yang mencetuskan kontroversi dengan mengajak pasukannya kuar padang selepas insiden laser..blah la weh..

p/s= pesanan kepada penyokong indonesia pastikan korang layan pemain kiteorang dengan baek macam mana kami melayan korang dengan karpet merah, jangan ulangi insiden lagu NEGARAKU depermainkan!
well, we are always the best, u should know we are more educated than yours


WE GOT MARRIED = YongSeo couple

Monday, 27 December 2010
PART 2 : Bulan July aritu aku da review sampi episode 4.sekarang WGM Sweet Potatoes couple(YongSeo) da sampi episod 37.

aku akan overall sumer episode, dari episode 5-35. makin lama couple ni makin rapat. perasaan sayang antara satu sama laen pon dah ada. Skinship antara yonghwa dan Seohyun start dari episode 27 dan makin rapat selepas trip diorang ke Jepun episod 30-31..heheheh.. aku senyum sampi ke telinga tengok diorang. Adeh ..nak meleleh air hidung rasa tengok diorang daripada zero makin lama makin bertambah. seohyun pun dah banyak bercakap tidak hanya menjawap sepatah perkatanan. Aku yang memerhati dari jauh ni pon dah dapat rasa diorang dah start sayang antara satu sama lain. uwaaaaa... best siot la reality show. sweettt... tak dapat nak ungkap dengan kata-kata..

lagu love light dalam album Bluelove Cn blue upanya didedikasikan kepada Hyun Buin, mesti tak tido malam seohyun bila tau tentang ni episode 36 diorang buat couple song yang dicipta oleh Yonghwa masa episod 36. pasal Banmal( cakap informal dengan YongHwa)

episod 4, yonghwa belikan seohyun gitar, mini gitar..
sweetkan diorang macam cincin dengan berlian
episod 5, seohyun berjumpa `brother in law`  anggota kump CN BLUE.






























p/s.. adeh..tiba2 aku rasa penuliasan aku skrg dah tak da rasa garam,gula.. otookajo?

REVIEW WE GOT MARRIED SEASON 1

Monday, 6 December 2010

SEASON 1

 Pasangan paling aku suka dalam season 1 lecttuce kapel.. siyesly suka. Walaupon diorang berbeza umo 6 tahun tapi tak tau kenapa aku rasa diorang sangat sesuai antara hwangbo dengan Kim hyung joong. Bila final aku pon sama menangis, dapat rase ape yang hwangbo unnie rasa, seedy sangat. Walaupon sekejap tapi makin lama perasaan sayang tu akan ada. Aku tak tak leh bayang macam mana hwang bo tengok drama lakonan kim hyung joong oppa yang ada scene romantic.. mesti jeles sikit kan. 
 scene last diorang bersama kat jeju island..sedey siot..
Walaupon hyunjoong macam blur2 sikit tapi perasaan kat hwangbo tu tetap ada, walaupon dia tak tunjuk tapi kita bole rasa yang hyun joong sangat sayangkan hwang bo. Hwang bo bagi gue la, merupakan calon isteri yang paling sesuai. Bole memasak, menjahit,ape lagi..semua perkara pompuan la dia bole buat, tapi sampi sekarang dia belum kahwin kan.  Sekarang umo hwang bo 30 dan hyung joong 24.  Seday sangat bila diorang terpaksa tamatkan WGM sebab schedule hyun joong masa tu sibuk dengan shooting drama Boys Over Flower. 

Jadi setiap kali diorang jumpa mesti hyun joong akan tido .penat dan letih. Banyak scene diorang ..walaupon Nampak segan mula2 tapi lama2 diorang jadi semakin rapat, nak2 hwang bo seorng hepi go lucky orangnya. Sentiasa tersenyum dan gelak tiap kali hyun joong cakap. Sweeeet sangat. Bila hyun joong acting ,dia totally jadi orang berbeza dengan character dia kat luar, eh tak sangka kat luar macam ni upanya character dia..hehehe.. haaaa.. satu lagi lagu yang hyun joong nyayi kat hwang bo masa besday hwangbo episode 26 WGM ada dalam playful kiss episode 4 (tajuk lagu tu i miss you)..agak2 masa dia maen gitar dia ingat kat hwang bo tak? Aishh... Aku nak ikuti perkembangan diorang, hwang bo dan hyun joong, nak tengok diorang akan kawin dengan sape.  
If I really ever get married i think i`ll remember this moment,
No.. if i really get married.. i`m gonna live like this.
Kata-kata hyun joong semasa episode 28 dalam farewell mission..
Really, if i get married later on , i think i`ll think him a lot, if my future husband does something nice for me, i`m sure i`ll remember him.
If he (future husband) buy medicine when i `m sick. I might feel apologetic to my future husband, but i `don’t think i`ll able help myself from remembering
Kata Hwangbo dalam bilik gelap ( interview room)

Well..tak kira diorang akan kahwin dengan siapa, diaorang akan sentiasa ingat saat diorang bersama.. sweet kan..masing2 ada perasaan tapi atas sebab2 tertentu diorang tak mampu nak luahkan.

Rambang Mata nak pilih sigh!!

Tuesday, 23 November 2010
yoboseyo....

cheq nak tukaq template blog ni.. tapi rambang mata nak pilih..sumer lawa2..
kriteria templates cheq mestilah:

  1. ada 3 colum
  2. warna hijau biru sebab ase meriah cheq tak nak blog cheq nampak muram.    
ada sesape nak bagi cadangan kat mana nak jumpa template hijau biru yang ada 3 colum..macam template blog cheq sekarang.. biasanya cheq cari kat sini , sumer ada pasal tutorial blog, silalah silent reader jenguk kalu ada kesempatan. tapi lepas exam kena wat rombakan besar-besaran kat blog cheq ni. banyak nak kena ubah. haish!!!!..

jane.

Review Harry Potter the Deathly hallows

Sunday, 21 November 2010
salam.........

Dengan bangganya aku cakap kat sini aku baru je balik dari tengok movie Harry potter yang baru je ditayangkan di pawagam di UO mall Taman U start pukul 9 malam abis dekat 11.30 malam. memang best la ..sirius memang best sesangat 4**** aku bagi dari Harry Potter yang lepas.

 kali ini memaparkan Lord Voldemort dan para Death Eater berada di pusat gerakan mereka iaitu di kediaman Lucius Malfoy. Mereka merancang untuk membunuh Harry Pottersebelum Harry dapat bersembunyi kembali. Voldemort telah membunuh tawanannya, Profesor Charity Burbage, guru Pengajian Muggle di Hogwarts, atas alasan pengajaran beliau memberikan pandangan positif kepada golongan Muggle (bukan keturunan ahli sihir) serta menggalakkan anjakan bagi golongan berdarah tulen untuk dihentikan.
Harry telah bersedia untuk melakukan perjalanannya dan beliau telah membaca wasiat Albus Dumbledore; dan diketahui bahawa ayah Dumbledore, Percival, adalah seorang yang benci akan golongan Muggle dan telah menyerang tiga orang Muggle (yang sebenarnya telah menyebabkan Ariana, adik Albus menjadi gila), dan meninggal dunia di Penjara Azkaban atas kejahatannya. Harry kemudian meyakinkan keluarga Dursley bahawa mereka harus segera meninggalkan rumah mereka untuk mengelakkan diri dari serangan para Death Eater setelah Harry mencecah umur dewasa. Keluarga Dursley kemudian lari menyembunyikan diri dengan kawalan sepasang ahli sihir setelah mereka membuat pengakuan bahawa mereka masih risau dan pedulikan Harry.
Bersama-sama dengan anggota Kumpulan Phoenix, Harry kemudian bertolak ke The Burrow. Dalam perjalanan itu mereka telah diserang oleh Voldemort dan Death Eaternya. Serangan tersebut telah menyebabkan Hedwig, burung hantu Harry telah terbunuh akibat terkena sumpahan pembunuh, George Weasley pula kehilangan sebelah telinganya akibat Sihir Sectumsempra dan Mad-Eye Moody pula dibunuh oleh Voldemort sendiri. Harry berjaya meloloskan diri daripada Voldemort yang mengejarnya setelah tongkat sakti milik Harry menghancurkan tongkat sakti yang dipinjam Voldemort dari Lucius dengan sendirinya. Kemudian, Harry mendapatkan tahu yang Voldemort telah menanyakan punca kejadian tersebut kepada En Ollivander, seorang pembuat tongkat sihir.
Beberapa hari kemudian, Menteri Sihir, Rufus Scrimgeour tiba di The Burrow dan memberikan beberapa barang peninggalan Dumbledore yang telah diwasiatkan untuk Harry dan rakan-rakannya, antaranya ialah: "Deluminator" (Pemadam Lampu) untuk Ron ; buku cerita The Tales of Beedle the Bard (Kisah Beedle Si Pujangga) iaitu mengenai buku cerita kanak-kanak untuk Hermione yang sebenarnya mempuyai maksud yang tersembunyi; dan pedang Godric Gryffindor dan Bola Snitch pertama yang ditangkap oleh Harry dalam perlawanan Qudditch pertamanya. Namun demikian, pedang tersebut tidak diserahkan kepada Harry kerana menurut Kementerian Sihir, pedang tersebut bukanlah milik Dumbledore. Ketiga-tiga mereka kemudiannya berusaha untuk mencari maksud tersirat di sebalik pemberian tersebut. Sehari kemudian, perkahwinan antara Fleur Delacour dan Bill Weasley berlangsung.

 Babak dalam movie ni, ni masa ngah lari dari majlis perkahwinan abg ron, cuba tgk beg Hermoine tu..ada macam jenis barang macam poket Doreamon.

 cuba teka..siapa punyer datuk ni??
SUMBER KOPIPES DARI WIKIPEDIA
untuk kisah selanjutnya bacalah kat sini yer...

p/s esok lusa nak exam paper 3 jam kredit malam ni melaghro kat pawagam eloklah..hehehehe.. apecer cite 2 ALAM YA?? 

oh ! my gosh..blog aku!!

Friday, 12 November 2010
anneyeong.. ceit tajuk gedikzs giler..hahaha..

okeh, walaupon blog aku plain kosong,tapi asal eh bila tengok kt STATS, otokajoo?? ramai giler yang jadi silent reader aku, ni aku rase nak letak  FOLLOWER  ni, anda ase macam mane?? patut ke? tengoklah lepas abis exam ni baru cheq pikiq balik. hoohohho..mekasih sebab sudi membaca blog ambe ni...terharu........... waaaawaaa.a ..heehehe.. terutama entry ni ramai giler pak cik2 mak cik2 yang tengok.

okeh ja ne.. ngah musim exam sekarang..wish me best of luck.

Dugaan masa Study week..

Saturday, 6 November 2010
salam.....

agak lama gak tak update blog ambe ni..okeh,

first : selamat hari diwali kepada semua penganut hindu diseluruh dunia!
second : wah banjir kat kedah,Perlis..seronoknya maen air, plus takziah pada keluarga yang kehilangan orang yang tersayang, mintak2 la dah tak ujan hujang minggu depan sebab nak balik umah,yeeey..(nada excited) hehehe..

dua perkara tu nak buat entry sebenarnya tapi kemalasan melebihi segalanya..hohohoh.. aku rase study sem ni la paling sempoi sekali, baca entah berapa kerat,banyak tengok cite,game dan online..ish2..kesian makayah aku.. biane omma,appa..hheheeh

first dugaan:
maraton drama korea, My Girlfriend is Gumiho, adeh,,dalam masa dua hari dah bole abis, kalu la study pon macam ni gak, tak tido malam, kul 5 pagi baru tido pastu bangun balik continue tengok.. tak guna nak menyesal cheq, menda dah jadi.. pernah gak rase nak buang laptop kat tasik UTM, tapi tak da bran eh.. bukan sayang la beli mahal nak buang pulak kan....heeee..eksyen je lebih.


second dugaan:
okeh, aku nak cite menda geli, kalu tak tahan jangan baca.. semalam aku pakai baju Hitam p library, konon studylah tu, tapi tak,membuta je kat library dengan econnya..oishh best tido, okeh ignore, aku sambung, pastu balik petang then sampi malam aku pakai baju, lepas mandi letak la dalam baldi kan baju kotor, baju kotor laen suma aku dah basuh, tinggal yang tu je, betapanya rajinnya aku, baldi tak pernah penuh dengan baju kotor la,hhehehe okeh aku bohong. hohohoho, pastu tido dalam kul 5 pagi, pastu bangun dalam kul 10 pagi, masa tu semangat ni nak study, kemas suma nota, pastu masa nak cari nota lama dalam kotak, aku terpndang something kat baju hitam aku dalam baldi tu, puas aku tilik menda ape, putih je.. supppp.. jantung aku dah start sentak dah, nak tau ape?? ULAT!!!!!!!!!!!!!!!!!! termasuk dengan telur dia macam nasi pastu da lendir, baju hitam of cos la nampak,geli siot.. GELI!!!!!!!!!!! tak tahan aku terus bawak kuar baju, tu pastu tengok lg upanya banyak giler, aku tak tau la sape yang kurang ajar buat sarang kat baju aku tu..aku dapat, aku sembur ridsect abis2, baju tadi aku terus rendam air panas, punyarlah cuak weh, tu suma gara2 bahana fesbok,iyalah amek article pelik2 pastu aku fobia dengan menda ni,iyelah dalam otak aku asyik pikir kan masuk ulat dalam badan aku pastu jadi macam ni pastu macam ni, sumanya fesbok yang bagi article pelik2,pastu kawan aku suka tag,sishhhhhhhhh .. aku apelagi terus call mummy aku, ngadu..iyelah ngadu kat mummy la kan kalu aku ada bf of cos aku ngadu kat bf..hehehe..tanpa bagi salam terus aku ngadu" mummy..mummy.." ( ok, aku bohong, aku panggil mak bukan mummy geli i..) tahap Geli aku sampi meleleh air mata, adeh,,aku memang geli la menda macam ni,kalu lipas bole la aku tekup dengan tangan buang,kalu tikus bole la aku pegang ekor macam hari masa sekolah dolu, pastu tak pasal kena inject dengan doktor sebab kena gigit tikus, hehehehehehe,,tapi ULAT?? aku sangat alah dengan menda ni.. siot betul,terbantut segala mood aku nak study! sampi sekarang aku tak tau menda ape yang bertelur kat baju aku, aku google pon tak jumpa, nak tido malam pon takot..GELI.. tolong la jangan maen geli2 dengan aku..suhhhhhhh..p maen jauh2.

oooohhhh..lupa, thanks la kat incik azuan yang jadi pengomen setia, bangga i tau, i ni dah la minat u.. eh bukan, minat cara penulisan blog dia, kan tak pasal jadi kontoversi..ceit...aku dah tak ingat bila aku tinggal jejak kat blog dia, dahla blog aku kosong je, segan aku,sebab tu tak nak tinggalkan jejak kalu buat blogwalking sebab ase blog ni kosong, plain dan lebih kurang macam journel... so sape2 silent reader bole kunjung blog Jangan Bukak Blogspot ni, clik kat nuff dia, sebab aku tak serve untuk mana2..hhehehe..promosi ni,

okeh ja ne, nak sambung study sambil pegang ridsect..hohohhohoh..

time is precious.

Monday, 1 November 2010
yoboseyo....

hari ini lagi dalam 7 hari lagi nak exam final. tapi aku asyik ngdap blog je kejenya, blogwalking tanpa meninggalkan tapak kasut, heheheheh tu memang dah jadi tabiat dah tu, hmmm... hati dah tak sakit mana, okey je, no hal la, menda simple je, life is short make it easy and wonderful, ada aku kisah>>?? maybe ada classmate aku dah jumpa blog aku yang suka mengutuk orang ni, tak isah la, ni hak aku tuk luahkan ape yang aku rase, kalu tak puast hati jangan baca, ada aku suruh ko baca?? tak da kan?? okeh ignore je.

akak tu dah okey sikit dah, doctor kat PK cakap bukan kena HERPES tapi KAYAK, tapi tak tau la kan, semoga cepat sembuh kak, rumet dia pon lari balik umah, jiran depan bilik pon bermaustautin kat bilik orang laen, cuba kalu penyakit tu kena kat korang pastu suma kawan2 korang takut nak dekat nga ko, camne rase?? sedih kan?? bayanglah sendiri, rasanya dijauhi rakan2 pabila kena penyakit berjangkit, tapi memang tak boleh nak slahkan diorang la, takut kot, bila aku pikir aku duk kat tempat akak tu, memang sedih giler. tabahkan hati kak, dugaan ALLAH, dia sentiasa memberi dugaan bagi mereka yang mampu kak, sabarlah akak. semoga cepat sembuh.

ja ne, wahai segala semangat kerajinan datanglah kepadaku agar aku dapat study dengan jayanya.. ceit...hehehehe.,

i`m hurting once again.

Sunday, 31 October 2010
salam.. haish ( mengeluh..)

maaflah, aku janji aku tak kan sedih lagi kan haritu, tapi aku , hati aku sangat sakit sekarang, asal la sem ni banyak sangat aku leleh untuk menda yang tak seberapa, sumanya pasal kawan2, hai.. tak tau la bila aku ada pak we jap agi macam ne, mesti leleh jugak ni, hai... aku akui aku memang seseorang yang sensitif,sangat sensitif,.

bohonglah kalu tak terasa tengok kawan yang kita rapat beralih ke arah orang lain, bohonglah kalu aku kata aku tak jeles, bohonglah sape2 kata yang dia tak pernah terasa dengan kawan sendiri, tu namanya tak da hati ,jiwa raga tu. sape tak jeles kalu orang kite makan sekali, pegi kelas sekali beralih kearah orang lain, maybe aku ni bukan kawan yang baik, maaflah.  tapi menda ni memang tak boleh nak paksa, sakitnya ada, tapi masa akan sembuhkan, asal la dia terjadi depan mata aku?? sakit tau tak, biasanya bole je lepak bilik aku tapi hari beralih ke bilik depan, punyalah banyak bilik asal ko pilih bilik depan?? memang nak duga hati aku ke??bila kita dah sayang seseorang tu, perasaan jeles ,marah,sedih mesti ada, bohonglah kalu tak da.

menda macam ni pernah jadi kat masa kat matric time tu suzy rapat giler dengan akma, tapi tak pe la, sebab menda bukan depan mata, tapi aku still jugak jeles tu, aku pon akan jauhkan diri aku dari ko gak, terima kasihlah sebab jadi kawan aku sepanjang satu sem setengah, aku start rapat start sem 2 sekarang dah sem 3, kasih sayang memang boleh berubah, berkurang dan bertambah.. aku terima segalanya. terima kasih tuk segalanya dan mintak maaf for everything i did.

between u and me we have a gap.

ja ne.. last aku sedih, dah tak nak sedih dah..be positif.

STUDY WEEK!!!

Saturday, 30 October 2010
Cepat nya masa berlalu, dah nak abis satu sem di taun 2, banyak perkara yang berlaku dalm sem ni. dapat tau perangai annoying orang, sampi sekarang aku rasa annoying dengan budak tu. aku buat baek dia buat muka, lantak p la, musim study week ni, hati kena jaga, jangan bagi sakit kalu tak efek kita nak study. so ignore je keadaan sekeliling. be yourself.

minggu depan da start exam dah, cuak beb satu ape pon aku tak baca lagi, dahla test photo semalam macam ape ntah, sakit hati giler rase tak leh jawap, rasa nak hantuk kepala kat dinding. aku kena muhasabah diri ni, pikir kot2 ada dosa dengan mak ayah dengan ALLAH, dengan kawan2, tapi aku dah mintak maaf dengan diorang kalu aku ada buat salah silap. direct tau, tak da main fesbok2 ni. tapi diorang belum tentu nak mintak maaf kat aku, tak pe la ,aku maafkan. hehehheeh..
macam ni la tadi, kumpul je buku banyak2..ish... ya ALLAH bagilah hambaMU ni kekuatan dan kedamian.

okehhh..gudluck suma kawan2 yang amek exam SPM,STPM, exam kat U mana2.. do ur best, jangan mudah putus asa. ingat mak ayah, ingat ALLAH, sentiasa berdoa banyak, jaga hati orang lain ( hati kita sape nak jaga??) so all the best!!!

ja ne

hati2 dengan HERPES!!!

Friday, 29 October 2010
Herpes genital merupakan penyakit kelamin yang sangat mudah berjangkit iaitu melalui
hubungan kelamin disebabkan oleh virus herpes simplex (HSV). Dua bentuk herpes dikenal
pasti:

1. Kudis berisi air di mulut atau di muka (herpes mulut atau HSV 2)
2. Kudis berisi air di kawasan kemaluan (herpes genital or HSV 1)

Virus memasuki ialah melalui luka kecil pada kulit atau lapisan mukosa. Apabila dijangkiti,
virus akan tinggal kekal di dalam tubuh. Herpes kemaluan berjangkit melalui hubungan
kelamin tidak selamat (tanpa kondom). Ibu hamil yang menghidap herpes genital boleh
menjangkiti anak di dalam kandungan. Anak yang dijangkiti boleh mendapat komplikasi
radang otak, sawan, buta atau terencat akal.

Adakah jangkitan berlaku melalui perkongsian mengguna tandas, tuala atau barang-barang
lain yang diguna oleh orang yang mengidap herpes? Jawapannya adalah tidak mungkin atau
susah berlaku kerana virus akan mati di luar tubuh.

Tanda dan Gejala
• Herpes Simplex Jenis 1
Biasanya menyebabkan ruam, kudis berisi air pada bibir atau di dalam mulut.
Seterusnya menyebabkan rekahan kulit (ulser) yang sakit. Ia juga menjangkiti
kawasan kemaluan dan menyebabkan ruam. Mata dan sistem saraf juga boleh terlibat
sama. Gejala ini tidak akan terjadi serta merta selepas terkena jangkitan tetapi
mungkin akan muncul selepas beberapa hari, minggu atau beberapa tahun lagi.
Gejala-gejala lain termasuklah gusi bengkak serta merah, selaput putih pada lidah,
bengkak kelenjar leher, demam dan sakit-sakit otot. Ianya terjadi lewat selepas
dijangkiti, selepas beberapa hari, minggu atau bulan kemudian.

• 2. Herpes Simplex Jenis 2
Biasanya pada faraj, zakar, kerandut zakar, punggung dan dubur. Juga boleh
menjangkiti kawasan mulut semasa seks oral. Bila dijangkiti, orang akan berasa gatalgatal
atau sakit di kawasan terbabit diikuti ruam yang mula timbul menyebabkan sakit
semasa kencing (sekiranya pada zakar). Ruam menyebabkan lelehan cecair atau
berdarah kemudian sembuh dalam tempoh 2 hingga 4 minggu. Gejala lain
termasuklah demam dan pembengkakan kelenjar.

Komplikasi
• Orang dewasa yang sihat, virus herpes tidak akan menyebabkan komplikasi yang
teruk selain ruam pada kulit. Bagi mereka yang ada mempunyai sistem daya tahan
yang lemah (pengidap HIV dan AIDS) akan mengalami jangkitan herpes yang lebih
teruk dan lama.
• Risiko untuk memindah atau mendapat penyakit bawaan kelamin termasuk HIV
adalah tinggi bagi orang yang ada herpes genital
• Ibu dengan ruam pada kemaluan boleh menjangkiti anak yang baru lahir semasa
bersalin melalui salur peranakan. Bayi yang dijangkiti akan mendapat komplikasi
kerosakan otak, kebutaan atau kematian. Kadar jangkitan mudah berlaku dan lebih
tinggi pada bayi sekiranya infeksi herpes sedang aktif pada ibu semasa bersalin.

Rawatan
Tiada ubat untuk menyembuhkan penyakit ini. Walaupun begitu ubatan antivirus oral seperti
acyclovir (Zovirax), famciclovir (Famvir) dan valacyclovir (Valtrex), boleh membantu
menyembuhkan ruam kulit dan mengurangkan jangkitan ulangan. Risiko jangkitan kepada
pasangan juga boleh dikurangkan dengan pengambilan ubat antivirus

Pencegahan
• Jangan kongsi makanan dan peralatan dengan orang yang ada ruam atau rekahan kulit
(ulcer).
• Elakkan sentuhan fizikal dengan orang dijangkiti herpes. Jangan bercium dengan
seseorang yang ada ruam pada bibir!
• Amalkan seks selamat iaitu dengan pasangan sah (suami/isteri). Sekiranya dijangkiti
herpes genital, beritahu pasangan anda segera.
• Kekalkan sistem daya tahan yang kuat melalui senaman berkala, pemakanan sihat dan
rehat yang cukup.
Tunggu sehingga ruam pada kemaluan sembuh sepenuhnya sebelum memulakan hubungan
seks. Gunakan kondom getah bagi mengurangkan kemungkinan jangkitan pada pasangan
anda.

Faktor-faktor yang menyebabkan jangkitan berulang:
• Tekanan (stress)
• Datang haid atau mengandung (perubahan hormon)
• Pemakanan tidak sihat
• Tidak sihat
• Pembedahan
• Geseran alat kelamin melalui aktiviti seks ganas


perkara ni sebagai peringatan kepada semua, tolong jaga kebersihan, dan 80% wanita boleh menhidapi penyakit ni, dia bukan hanya berjangkit melalui hubungan intim saje tapi juga melalui sentuhan dan perkongsian barang, macam kakak senior kat sini, sape2 yang menhidapi penyakit ini akan lebih sensitif dan tolang jangan pulaukan diorang, layan je macam biasa., hikpokrit la kata aku tak takot , aku sangat takot dengan penyakit ini, dia virus bukan bacteria macam biasa, aku tak sanggup nak upload picture, ngeri sangat kot,

jaga diri, kalu tak , tak leh kawin, hheeheheh....sebab dia akan mnjangkiti pasangan dan kalu mengandung efek anak dalam kandungan dan virus ni ada dalam tubuh kite sampi mati. ..sedih sangat pada akak tu, pakwe dia dah tak amek kisah pasal dia, sedih kan.. kite perlu someone tuk support kite dari down, dengar kate diorang rancang nak kawen taun depan tapi bila dah jadi macam ni?? ntahlah.. sedih.. akak, saya doakan akak cepat sembuh, kawan2 suma tolong doakan kakak ni, diorang seorang yang sangat baik.

ja ne.. jadi diri anda.

wake up, wake up from suffering!

Tuesday, 26 October 2010
hello semua..aku hepi hari ni!! hahaha.. gomen minna!! sejak dua mejak ni entry aku sedih2 je kan?? sori kepada  pembaca semua. korang masuk blog aku nak hepi2 kan, tiba2 tengok entry aku yang sedih2 terus mood jadi sedih kan?? hahahaha... sori2.  so aku pon dah tak nak sedih2, nak hepi je, nak sentiasa pikir positif , nak sentiasa be optimis.



pasal kes 4 orang kawan.

aku dah tak isah dah pasal diorang, diorang nak ignore aku ignore lah, nak kutuk pon kutuk lah ,sebab aku tak tau apa salah aku akt diorang. haritu aku dengar daripada rumet budak pelik ( aku gelar dia budak pelik sebab kawan dia cakap dia masa dolu kat matric memang dia pelik dan hari ni aku mengakui kepelikkan dia) dia dah tak boleh masuk nga aku sebab aku ni batu api, whatdahell!! blah la wei... aku sendiri pon tak tau aku ni macam tu,sebab aku akt matric dikelilingi ramai kawan, kat sini je jadi macam ni. okeylah aku tak bole paksa dia nak terima aku, tapi budak pelik weh, datang bilik aku selesaikan salah faham ni, aku sayangkan pershabatan kite , tapi kalu ko dah macam ni, aku pon dah tak nak amek kisah dah, lantak ko la tunggang terbalik hidup ko. jangan jadi bacul weh mitak maaf kat fesbok, aku tak terima, mai la mitak maaf kat depan2. aku doakan semoga korang bahagia dunia akhirat , we are different world right now, kalu ko nak orang jujur nga ko, ko kena jujur nga orang dolu, aku amek problem sebagai ujian yang  DIA nak aku jadi lebih kuat dan matang. Ya Allah, aku terima dugaan Mu ni, maybe sebab aku pon banyak dosa2 dgn-Mu . bagi aku sebulum aku menuduh jari kat orang laen yang melakukan kesalahan baek aku muhasabah diri aku, dimana silapnya sampi orang buat kite macam tu. stay still.

pasal mak cik

mak cik, aku akan layan dia baek2, aku dah tak nak sakitkan hati dia da, sori2 sangat weh, kalu ko ada terasa nga aku. orang buat baek, kite buat baek balik nga orang tu. sometimes aku ni ada perasaan jeles nga dia, tapi aku pikir, perasaan jeles ni akan makan diri aku sendiri dan persahabatan kami, aku akan buang perasaan ni jauh2. suzy , ko pernah cakap kan mak cik akan jadi kawan aku yang paling baik kan?? maybe, sebab aku akan jujur dengan dia, no hard feeling. okeh!! banzai!!!


p/s= ada negroo ni nak guna laptop aku la pulak, ish.. heheeh.. sentiasalah pikir positif... ja ne.

Being alone is awesome.

Saturday, 23 October 2010
konichiwa ..( hah! nak p mana tu?? ni bukan blog orang jepun, silalah masuk jangan segan2 dan jangan lupa tinggalkan tapak kasut, at least bole la aku menjejaki korang.)
  post ni ak tulis minggu lepas lagi, tapi blogger buat hal, tu yang tangguh2 tu..eiii..tak sukanya.!!!

being alone sometimes is awesome, siyes aku cakap, sejak kat matrik lagi aku tak pernah sorang2, kalu nak makan berteman, nak kuar joging, maen berteman, outing pon sama, tapi bila masuk U ni, terutama sem ni, kebanykkan masa aku sorang2. tu memang plan aku pon masa mintak bilik single aritu.  makan sorang, nak p mana2 sorang, mula2 memang rasa something tau ,lama2 dah ok da, kesian pulak kat mak cik, aku tau dia banyak terasa nga aku, mintak maaf sangat. time nak pegi kelas bila aku siap lambat, aku suh dia p dolu, tapi dia tak endah pon cakap aku, konon nak maen nga lembu la( lembu adalah nama kucing kat blok H11, asal?? tak caya??), nak timbang berat la (bilik aku ada penimbang konon nak jaga berat badan, alih2 makin macam tong drum pulak..hahaah) , mesti dia terasa gila nga aku..apa masalah aku pon tak tau, orang buat baek nga kita, buat baek nga orang balik, tapi aku ni banyak putus urat or fius kat otak aku ni.

tapi sebenarnya, aku buat macam tu supaya aku tak bergantung sangat dengan mak cik, sampi bila dia nak ada nga aku, dan aku sebenarnya tak suka orang tak berdikari ni. in case kalu mak cik sakitkan hati aku, tak da aku terasa sangat kot. aku dah serik nak rapat nga orang sebenarnya,susah nak percaya dengan orang sekeliling, tak tau ape yang diorang cakap betul ke tak, memang stress giler2 aku duk kat U ni, nasib baek aku tak sama aras nga orang yang menyakiti hati aku, kalu tak lagi la tensen sangat.

senior aku satu blok tak sama cos pernah cakap kat aku, kalu lapar , p makan, kalu rase nak kuar, kuar, tak yah nak tunggu orang, thanks kak ma, saya memang dah start buat macam tu dah, kalu dolu aku tunggu diorang, tunggu mak cik bila nak makan nak kuar, kali ni ,aku ikut hati pedal aku, bila nak print assingment aku print dan aku dah tak tunggu mak cik dah sekarang, bila aku nak makan aku makan je, kalu mak cik antar mesej nak ajak makan aku suh dia makan dulu. bila aku nak p mana2 aku tak mitak tolong mak cik teman, aku suh dia balik dolu. aku tau mak cik sangat terasa dengan aku, ayat dia kat aku bila aku tolak ajakan dia nak p mana2 " ko eksyen nga aku eh" nampak sangat dia terasa nga aku.kadang2 aku rindu time aku matrik dolu, dikeliling ramai kawan2. hepi sangat. dolu kalu aku nampak orang sorang2 aku rasa kesian dalam otak aku pikir, dia ni tak da kawan ke?? asyik sorang2 tapi sebenarnya dia sangat selesa sorang. aku nak diri aku yang dolu hidup dikeliling kawan yang jujur, bila tak puas hati cakap, bukan hikpokrit tahap gila babeng.

ok la. ja ne..

mesyuarat PEMETA + Dinner AGM(Anual Grand Meeting)

Monday, 18 October 2010
anneyeong.... bila hati dah tak senang, hanya blog tempat tuk meluahkan segalanya,

semalam, selepas abis Geomatic Family day, majlis diteruskan dengan pemilihan ahlijawatankuasa dan majlis tertinggi Pemeta yang baru, tampuk pemerintahan kali ini diserahkan kepada second year ( taun kamilah ) kalu taun lepas dibuat di Hotel, tapi kali dibuat di Dewan Senat kat Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim. Makanan pon biase2 tapi bole la tahan dia punya rasa. Calon yang menang bagi kerusi taun 2 adalah

Presiden = Johan Iskandar ( calon pertama tak datang , jadi kemenangan milik dia)
Setiaushasa = Izzati Karim ( tahniah , mak cik pon ada betanding gak tuk jawatan ni, tapi nasib tidak menyebelahi dia)
Bendahari  = Koh Wen Ying
Exco Taun dua = ikram , norhidayah , siti norzulifa (sorang lagi tak ingat )

tahniah semua, aku tak kisah sape2 janji bole buat keja. Ganbatte kudasai

hmmm... semalam aku p dewan senat jalan kaki, sebab KTF dekat je dengan HEP (Bangunan Canseleri SI) tapi orang yang menyakiti hati aku p naek keta, sewa ketalah kiranya, mula2 agak terasa sebab diorang tak ajak pon, kalu dolu nak p mana2 kalu tak da aku pujuk bagai nak rak, mulut manusia memang tak boleh dipercayai! pastu lama2 aku dah tak kisah, kan aku pernah cakap nak jadi orang yang hati kering paling berjaya. Yang aku tak tahan diorang pegi 6 orang salah sorang dolu,orang yang diorang kutuk dan maki lah, dan aku ni tak termasuk dalam senarai diorang tuk naek keta, so jalan kakilah, ada aku kisah, hidup ni ibarat roda beb... aku nak tengok time korang pulak macam mane. kalu korang tak nak kawan suda. aku hidup bukan untuk dipuji dan mati tuk dikeji (betul tak ni?? layan je la) .. aku doakan kebahagian korang semua. semoga bahagia. Ape2 hal korang nangis la sorang2 sebab aku dah tak nak amek kisah. Credit to best friend, thanks for being at my side...

hati yang kau sakiti..

Sunday, 17 October 2010
part 2

salam... adeh, sakitnya badan, sakit semua, kan semalam cakap lepas maen bola tampar terus nk post entry baru kan??tapi malangnya, tenet lembap, bola tampar straight kalah, tapi tak kisah pon kiteorn maen tuk bergembira, ada  sesetengah batch bergadoh, siot betul. taun akhir gado ngan first year, ase macam bodoh tak?? korang dah la da besa gado pulak dengan budak berhingus, macam orang bangang, umumnya aku tak kisah pon, dan futsal semalam pon kalah. 1 seri,1 menang,1 kalah. plus referee macam taik, masuk gol cakap tak masuk gol, hampeh betul.

hati tak da sakit mana sekarang, sebab sedang melatih diri tuk menjadi 'HEARTLESS' ko buat la aku ape2 ak dah tak kisah daa.. layan je semua. hati kering kadang2 ada juga baeknya. semalam masa kuar makan dengan senior bukan sama course (senior dari sport sains dengan fakulti pengurusan) plus mak cik pon ada sekali, mak cik bole cakap, aku paling senang tuk dibaca fikirannya, iye je, aku tak percaya, tapi dia cakap , aku memang tak boleh nak tipu dia, hahaha aku tak caya la mak cik, ko belum kenal sape lg aku yang sebenarnay, sebab aku sendiri tengah train diri aku tuk membina benteng sekeliling aku, supaya aku dah tak disakiti lagi. jangan sebab ko pernah nampak aku nangis haritu, ko cakap macam tu,even  banyak yang ak simpan dari ko dari luahkan. sori la. kawan aku pernah cakap maybe mak cik akan jadi kawan paling baek aku masa aku duk kat u. so.. ?? hahahaha..nanti aku sambung lagi, siyesly badan aku sangat sakit sekarang.


p/s=tunggulah kisah ku selanjutnya (ceit macam iklan drama pon ada gak..hahahahah)

hati yang engkau sakiti.

Saturday, 16 October 2010
salam.. dah 6 hari tak update blog, gara tenet lembap mcm siput..sakit hati dowh..

first, nak ucapakn takziah kepada semua keluarga mangsa yang terlibat dalam kemalangan ngeri pada tarikh 10/10/10. al fatihah.

second, hati aku ngah sakit dengan ragam manusia, sakit sangat2. korang bayangkanlah kena ignore dengan kawan sendiri, macam mana rase?? dada ni sangat sesak rase, mencucuk. yang aku tak pahamnya, kalu tak puas hati asal tak cakap depan2?? kenapa??wae???

third, nanti aku sambung entry ni, lepas aku abis tournament bola tampar kul 8.15 pg jap lagi. ja ne...

10 OKTOBER 2010 =10/10/10 = Tragedi Oktober

Sunday, 10 October 2010
Salam..............pembuka bicara ( ceit bermadah puisi la pulak..heheheh)

Bila buka fesbook arini ,ramai yang post pasal tarikh harini, unik sangat ke?? ape yang unik tu?? habaq mai sat. maybe sebab nombor dia lawa kot, bagi aku sama je takda yang berbeza, ramai yang post nak lakukan sesuatu yang bermakna sempena tarikh ni, contohnya kawan aku ni salah satu post kat fesbok nak terjun bagunan kat kolej 11, merempit, klu laki aku bole tahan lagi ni pompuan, ape punya kenangan bahadol la, aku baca pon rase nak bagi penampar je kat kawan aku ni. Kalu ada masalah bukan tu cara penyelesaian dia, ish2 tak tau la ak nak kata ape, susah bercakap nga orang yang tak reti bahasa ni.


okeh,just ignore pasal tu, hari ni ramai yang melangsungkan majlis perkahwinan, kat masjid UTM ni semalam dan harini ada orang nikah, siap pakai pembesar suara lagi , satu UTM dengar aku yang ngah buat Field work bole dengar, heheheeh.. kiteorang pulak yang excited bila dengar "aku terima nikahnya..."  pertama kali kot dengar dalam tempoh 10 tahun ni.. suma orang akan mengalami perkara ni, tapi aku rasa takot nak mengalaminya, ntah..tak tau kenapa ..takot dengan tanggungjawab ,amanah..walaupon bukan masanya lagi yang pasti suma orang akan tempuhi pengalaman ni. ignore! aku ngah berangan2 nak kawin ni. hahaah..

oh ya, malam ni akan berlangsungnya majlis perkahwinan Dr.SMS angkasawan negara kita dengan juga seorang doktor, semoga berbahagia sehingg ke akhir hayat. Jangan lupa tengok pada jam 10 mlm di TV3 ye. aku pon teringin nak tengok malam ni, Wedding of the decade.
bagai cincin dan permata,bagai pinang dibelah dua

memang grand la majlis diorang ni
aku suka sangat gmbr ni..sweet je kan. ahahaha
kalu nak mjlis kawin macm ni kena kawin nga millionair 


p/s = picture aku amek kat blog kukubesi tu.

mencari sahabat umpama memcari sebutir berlian dalam timbunan pasir.

jam 1.35 pagi. hari selasa nak test tapi ak..tapi tak study pon lagi,asyik nga tenet je.. terutama fesbook, td baru je ak update status aku kat fb 'off for a while from fb, spe2 nk berhubung nga sya sila guna skype,ym dan blog'
24 jam aku buka fesbook, maybe satu hari aku patut wat entry pasal fesbook, kebaikan dan keburukan. okeh, bukan nk pasal fesbok ye tuan puan sekalian, cuba baca tajuk kat atas, panjang tak?? panjang kan. dah lama dah tulis tajuk ni, pastu hari ini baru nak tulis isi2 nya, (tolang la ketuk ak yang pemalas ni ni!!)

macam mana eh nak mulakan
nya.. hmmm... suma antara kita ni ada sahabat baek masing2, sahabat yang korang akan share segala jenis menda ngan diorang, contoh bagi kami yang pompuan ni, masalah cinta cintun.. maybe la. tapi nak mencari seseorang yang ad 'kimia' nga kita tu susah, sebab tu kite ada ramai kawan tapi sahabat hanya beberapa ketul je. yang beberapa ketul nilah yang berguna pada kite, saat kita suka,hepi,sedih,duka..kita akan cari diorang kan?? ke korang cari sape klu korang frust?? mak ayah? kalu aku nangis pon mak bapak aku tak kan tau sebab aku tak nak diorang risau pasal aku.

tapi untuk mencari orang serasi nga kite ni susah. SUSAH. macam mencari berlian dalam timbunan pasir yang banyak. kalu tak cari betul2 kita tak kan jumpa menda berharga dalam diri kite. Macam kat U ni aku rasa banyak sangat orang hikpokrik,bermuka2..depan tunjuk baek tapi belakang mengumpat kite bagai nak rak. bagi aku agak susah nak cari seorang sahabat kat U ni, aku bagi contoh la, dia memang baik nga kite tapi baek demi kepentingan diorang, saat kite susah ..langsung tak amek kisah. tapi bukan semua la macam tu kan. kalu dapat spot soalan tuk exam tu, kalu boleh nak sembunyi tak nak bagi orang laen tau, ya, dia memang kawan tapi bukan sahabat kite. so nak dekat2 exam ni banyak la orang bermuka2.

aku dah jumpa sahabat aku, sahabat saat aku susah senang seorang kat UKM amek oleokimia,seorang kat USM bakal audiologi seorang lagi kat UTEM amek engineering. aku sayang korang suma. tapi , tuk menambahkan seorang sahabat kat U ni aku akan amek masa yang lama. sebab aku susah nak percaya kat orang. dah cukup la masa kat matrik dolu aku makan hati nga 3 orang ni, terasa hati,merajuk,jeles.. tu tandanya kite sayang kat diorang. penat aku aku makan hati beulam jantung nga diorang tuk sampi tahap yang betul2 rapat mcm sekarang. ak percaya kat korang yang korang tak kan khianati aku. so thanks for being my sahabat .

tolang la bagi aku kerajinan..

Saturday, 9 October 2010
sekarang 9/10/10 masa 4.40 ptg di skudai.. last post bila?? bulan 9 kan?? tengok betapa jauhnya jarak ..punyalah pemalas tahap petal ke 18 aku ni nk mengupdate blog?? update fesbok bole pulak..tiap2 hari pulak tu. banyak menda aku nak post kat blog ak yang kuit miut ni..tapi kerajianan tara.. zero plus eseimen bertimbun, minggu depan ada test dan dua report tak siap lagi dan esok kena buat balik field work ape maknanya cuti kalu hari mingguku dipenuhi dengan field work.. aduyai, ni pon paksa rela taip blog..tulis je ape yg terlintas kat kepala ni.
eksen je lebey ni.. bukan study sangat pon..hahaha


apecer kawan2 suma?? esok dr.SMS nak kahwin.selamat pengantin baru kepada angkasawan negara dan bakal isterinya, jangan lupa tengok wedding of the year or maybe wedding of the decade mengantikan majlis perkahwinan dato Siti NurHaliza dan Datuk K

 comey kan?? kan?? ish... 

.oh ya lupa pulak 7/10/10 aritu besday 'asben'cheq ikuta toma! hahahaah selamat hari jadi, dengar kabo kamu curang dengan saya ye?? ada scandal dengan yui (alamak tak ingat nama madu pulak..)okeh la ..nak continue komen fesbok pulak..ahahahah..daaaaa

soalan kedua take home test.

Monday, 27 September 2010
from the lost time part two




Masalah Etika Dalam Product Berjenama Halal di Malaysia.
            Kebelakangan ini, kita sering dikejutkan dengan masalah etika produk berjenama halal di Malaysia. Hal ini merangkumi dari segi makanan, pakaian, ubat-ubatan dan sebagainya. Dari segi makanan kita kita mesti mengambil cakna perkara ini kerana makanan merupakan satu keperluan manusia dan setiap makanan mestilah berdasarkan kelulusan syarak. Halal boleh didefinisikan sebagai sesuatu yang dibolehkan dan tidak ditegah syarak manakala etika bererti kelakuan dan tata tertib. Baru-baru ini, JAKIM mengambil keputusan untuk menggantung sijil pengesahan halal Malaysia kepada Syarikat QBI Packaging Sdn.Bhd sehingga JAKIM berpuas hati status kehalalan produk berkenaan berkuatkuasa 19 Ogos 2010. Perkara ini, menyebabkan QBI Packaging Sdn.Bhd dilarang menggunakan logo halal Malaysia pada semua produk berjenama QBB Pure Ghee dan tentang isu Mc Donald pula, JAKIM tidak menarik balik sijil pengesahan halal yang telah diberikan kepada McDonald. Produk – produk berjenama pada hari ini tidak menitikberat tentang halal haram sesuatu bahan yang ingin dipasarkan kerana dikaburi oleh keuntungan tanpa mengetahui ia memudaratkan pembeli dan pengedar. Sebagai contoh, makanan dan ubat-ubatan ,kita perlu memastikan bahan yang masuk ke dalam badan kita bersih dan suci kerana ia menjadi darah daging kita, oleh itu kita perlu memastikan setiap bahan yang masuk adalah halal kerana makanan yang halal lagi baik akan melahirkan insan yang berkualiti dari segi aspek rohani dan jasmani. Jadi produk-produk berjenama Malaysia mestilah menitikberatkan etika dalam memasarkan sesuatu produk demi kepentingan bersama. Masalahnya sekarang adakah masyarakat mempunyai kesedaran tentang halal haram sesuatu produk? Di samping penipuan logo halal yang mengelirukan masyarakat kita di pasaran ketika ini.
            

the lost time!!

,okeh, first memang dah lama tak update blog pasal wifi UTM telah memblok segala blogspot dan google, chek pon tak kenapa, so tuk mencari masa yang hilang aku nak update pasal Take Home Test ( aku buat test kat umah) test islam dan isu2 semasa. dia bagi 3 soalan. soalan first adalah.



Impak Globalisasi Terhadap Masa Depan Agama Dunia
                        Definisi globalisasi dalam kamus dewan edisi ketiga adalah fenomena yang menjadikan dunia kelihatan mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembangan teknologi maklumat. Memang tidak dinafikan bahawa proses globalisasi pada dunia masa akan datang mencorakkan dunia dan globalisasi bukanlah sesuatu yang baru bagi masyarakat dunia pada hari ini, terdapat dua jenis impak yang berlaku terhadap masa depan agama dunia iaitu impak negatif dan impak positif. Islam suatu ketika dulu pernah mempengaruhi Barat dalam perkembangan ilmu pengetahuan. Tetapi bentuk globalisasi yang barat lakukan terhadap dunia , khususnya umat Islam berlainan sekali dimana perubahan yang ditawarkan bercorak satu pihak dan melampaui batas dan budaya, agama, gaya hidup dan sebagainya. 

                
                 Impak negatif globalisasi dalam agama dunia hari ini ialah dunia tidak mengamal sebarang agama dunia tanpa batasan , pola hidup ini dipaksakan kepada Negara-negara  dan bangsa dunia ketiga. Melalui perkara ini, agama hanya diguna pakai bagi masyarakat yang beragama Kristian ketika lahir untuk dibaptiskan , ketika kahwin dan meninggal dunia. Golongan ini mengharuskan perhubungan seks sebelum berumahtangga, menghalalkan penguguran disamping member penghormatan kepada golongan mak nyah atau golongan homoseksual. Golongan ini merubah pengertian dan definasi keluarga sehingga merangkumi bentuk dan struktur yan diharamkan syarak. Melalui media ,golongan ini  menanam kebencian terhadap agama agar membentuk ketakutan dan kebencian terhadap agamawan dan simbol-simbol agama. Hal ini memyebabkan sikap dan budaya warga dunia bersifat anti agamadan secular. Manakala impak positif pula adalah membangkitkan rasa sedar tentang kepentingan beragama dan menjadikan manusia lebih memahami antara satu sama lain disebabkan IT dan komunikasi memperkembangan serta mempercepatkan penyebaran ilmu pengetahuan termasuk ilmu agama. Globalisasi Islam berkembang dengan penyusunan kerja yang sistematik berdasarkan pemahaman agama yang kukuh, memperkukuhkan ketahanan diri menerusi pembinaan insan yang berilmu ,beriman dan bertakwa. 


                       Kesimpulanya, Islam berupaya menggantikan model glibalisasi barat dengan menjana globalisasi Islam yang mantap.


p/s = kalu ada nak tambah ape2 silalah ye..kami budak baru belajar.

i know what u did last raya!!

Wednesday, 22 September 2010
okeh, i pinjam tajuk movie ni..hhehehe, lagipon nk story pasal raya taun ni je kat blog ni, ada yang lucu,yang sedey yang hepi.. macam iklan astro tu macam-macam ada..hohohho.

Raya pertama 

  • dengan tak malunya saya terlepas solat sunat aidilfitri, hohohoh, sebab ingat kul 9 tp upanya 8.30 pagi, kul 8 tu tak siap lagi, mandi tak lagi baju tak iron asyik sibuk buat kek, alih2 kek bagi kambing makan,hikhikhik. so, saya telah ditinggalkan oleh my dad, uwaaa.. sedey, untuk pengubat hati yang lara buka tv 1 tengok para2 negarawan solat sunat aidilfitri.
  • buat pertama kali, cheq menjejakkan kaki ke rumah jiran cheq yang sudah berjiran selama 5 taun. alih2 kena sound dengan tuan rumah, anak dara ni baru nampak raya taun ni,hohohho.. dolu malu sekarang dah tak malu sebab anak jantan dia tak da kat umah ( eksyen je tu, konon malu, aku  ni muka tembok, ada sebab2 dia )
  • hari raya first, my mum buat nasi tomato, best... rugi sape tak datang beraya umah cheq. 
Raya kedua.

  • hari raya kedua mak cheq buat mee goreng, ramai giler orang datang, tangan memang tak kering la sebab asyik duk basuh pinggan mangkuk (err..bukan nak tunjuk rajin tapi memang terpaksa..hohho)
  • petang pegi makan kenduri umah sedara, pastu cheq dapat panggilan fon, kawan2 laki classmate UTM nak datang beraya kat umah, ingt bergurau sampailah diorang sampi kat umah cheq. terkejut jugak la. kekok pon ada sebab tak tau nak layan macam mana biasa kat kelas maen taram je nga diorang, ni depan mak bapak cheq kena sopan sikit, hohoho. ada pulak ayah saya cakap, saya wat mai menantu kat umah pastu suh mak saya pilih salah sorang, ada ke patut. ish2.. malu i ..hahahaha..( otoosan , saya dah ada orang saya suka la, nanti dia datang jugak suatu hari meminang terus saya..ding dong..angan2 dalam mimpi, hahaha)
  • malam tu ada lagi orang datang, mmg puas hati la.
Raya ke3

  • duk kat umah je, tunggu orang datang, tapi jiran sebelah ada wat kenduri doa selamat tuk my childhood friend yang nak p Rusia esok 22/9/2010. belajar elok2 ti, jaga diri molek duk tempat orang, aku balik cuti ni, tak teman nak bual nga aku dah la.sedey weh, bukan dekat, jauh tu. nak jumpa pulak bukan senang, kuar nanti jadilah seorang doctor yang bebakti pada bangsa dan negara.
  • dan petang aku gadoh besa nga adik laki ak, well my mistake i think. so sad, tak pernah aku marah orang sampi mengeletar satu badan. amek masa jugak la mak bercakap dengan dia, laki biasala ego sikit. 
raya2 seterusnya macm biasa..orang masih lagi ramai, duit raya pon banyak dapt ( jangan jeles..hohoh ) okeh ja ne.

tiba di Destinasi

Monday, 20 September 2010
ahaks.. tak tau nk nak fikir tajuk ape skrg sebab otak tengah tepu, penatttttttttttttttt,layan je la kanak2 ribena suma tajuk ape janji menda yang nak disampaikan samapi ke otak menusuk ke hati..ceit..hahaha, aku kul 11.30  baru je sampai di UTM, penat giler, sebab dah rindu sangat kat blog terus buka, tengok kat kotak menjerit tu, penuh dengan pengunjung2..hohohohho, tapi tak sempat la nak buat blogwalking sekarang tunggu esok2 ye kawan2 suma, naek bas tadi macam naek roller coaster nak terputus urat perut, bayanglah duk kat belakang sekali, bila laju sikit, badan terangkat sampi ke bumbung bas, mula2 gelak la lagi, tapi bila nak tidor tiba2 jadi macam tu, boleh terkena serangan jantung! kuss..semangat2.

secondly, memang rindu giler nak baca entry2 dari blog2 pujaan, tak nak link diorang kat sini, nanti diorang tau, aku kan silent reader terhormat,hohohhoho.. okeylah, mata dah ngantuk,sakit kepala giler2 sekarang ( nasihat tuk diri sendiri jangan ambek panadol, paracetamol tak elok tuk kesihatan ) okeh, ja ne..

the passion and surveyor love...

Monday, 6 September 2010
Post Tertangguh since last year ..

Disebabkan kemalasan dan asyik2 tangguh je kejenya,lama-lama tak ingt nak tulis pasal post, so bila dah teringat ni, cepat2 cheq tulis entry ni,yang pasti tak da kaitan dengan bulan ramadan or aidilfitri.. is about my course, my future ..bla..bla.. ehee


yup, first masa masuk UTM dolu tak tau, ape punyer course la ak dapat ni, blur2 je , pastu makin lama makin jelas, kerja kami mengukur ape yang bole diukur di muka bumi, dari tanah, laut, langit dari suma segi aspek, kalu tanah dipanggil land surveyor, kalu laut hidrography kalu langit bulan dan bintang it called geodesy or field astronomy, walaupon penat tapi seronok..i`m enjoy, tak kenal maka tak cinta ..hehhee..

my lecturer Professor Madya Kamalluddin or En.din said that " you are the small group from around the world so lucky because chosen this course  , you all bole belajar undang2, computer programming, astronomy, what else?? many more.. you are the chosen one, so appreciate it, dolu saya masa study kat UTM city campus malu bila dapat course ni , nak buat macam mana orang laen masuk kuliah pakai lawa2, kami pagi2 dah kena pikul theodolite, dulu panggil ukur tanah tapi sekarang Geomatic Engineering because of our field more bigger"

makin lama, makin seronok dengan course ni, walaupon tak femes kan, baguslah tak femes, peluang keje lebey terbuka untuk kami, dan senior2 yang lepas cakap kalu ada projek duit skali masuk 5 angka,hoohohho..so gud luck to myself and 66 orang classmate.. gud luck. ja nee..















balik kampung oo.. balik kampung.

Thursday, 2 September 2010
Blok H11 , Kolej Tun Fatimah da start sunyi,,, hukhukhuk, mak cik ko tinggalkan aku sorang2 kat sini, menyesal giler aku jadi budak skema ni, konon ingat sampai hari Jumaat ada kelas , upanya harapkan panas ditengahari upanya hujan pada waktu petang (erk..ada kena mengena ke??) huh, aku sungguh buhsan.. B.O.S.A.N!!! 

mak cik, awal2 lagi dah blah dah lepas test Hidrography (menyesal weh,aku tak tido semalaman ,bukan bole jawap pon ) tinggal aku je stuck kat sini . tiket bas aku esok.

 3/9/10 ari Jumaat bersamaan 24 ramadhan. 
 kul 8 malam .
tempat naek kat Tasik U

hohohho, semalam dah balik 6 orang , arini bertambah lagi, aras aku ni dah start sunyi dah, bilik depan tepi suma dah balik petang tadi, tinggal 2 bilik je yang ada penghuni kat aras aku ni, dah la bilik sorang. hish...kat aras atas lagi la, senyap sunyi tinggal 2,3 ketul je. so esk jom la kite konvoi Bas bersama pulang ke Klate Ganu ye. tak sabarnya, hati dan perasaan dan roh aku suma dah ada kat umah dah, yang tinggal kat sini jasad yang tidak berperasaan.

list ape aku nak buat sepanjang 2 hari ni dan barang nak buat balik umah
LIST -TO-DO
  • basuh baju, selimut yang kepam tu - setel
  • kemas bilik - esok la
  • jemur baju - jap lagi
  • kemas beg - esok 
BARANG NAK BAWAK BALIK 
  1. kerepek nak buat raya. ( jauh beli ni kat Pontian )
  2. kad selamat hari raya, nak post kat sipah.  nak post kat sini tak da masa ..hohoho
  3. baju,nehi hei, ambe tak kan bawak balik baju.
  4. beg besar gedabak nak cilok kuey raya balik UTM.
  5. ya, kertas test Islam Dan Isu2 semasa (kiteorang amek test kat umah dah macm eseimen dah )
  6. pingat emas hoki, nk bawak balik menunjuk..hahaha

okeh, harap suma setel la, to silent reader , ambe tau ad sebab traffic dua tiga bulan naek mencacak bila tengok kat Stats. selamat menyambut HARI RAYA AIDILFITRI!!!

nota kaki tangan - ngah layan my lovely Kim sam soon, maraton cite tahap dewa.bosan punye pasal.

sejarahku terlakar di UTM!!

Wednesday, 1 September 2010
yup, aku dengan bangganya telah memecahkan rekod aku sendiri dengan tidak tidor tuk semalaman  kerana test, tak pernah aku buat kat sekolah ke, ke matrik ni first tau..huish bangga..hahaha.. mintak2 la masa test jap agi mata ni tak buat hal, maunya ngantuk masa jawab test mampus ak.

well. mata aku still lagi tak mengantuk masa buat entry ni, mak cik best je conquer katil aku, hahaha..ko tido la puas2 mak cik.

so gudlu ck tuk suma budak kelas aku esk, yang pasti dalam kepala aku sekarang lepas je test ni ,aku akan qada tido puas2 ..tengokla, membuta la ak petang ni.

makan besar digerai taman U

Tuesday, 31 August 2010
minggu ni , minggu last aku kat UTM, wah, tak sabar weh nak balik, nak request kerang dengan ayah aku, plus ayam golek, bukan kat bazar  tak da tapi kalu beli kat sini of cos la kena pakai duit aku..hohoho.. so, tahan je la nafsu makan sampi balik umah nanti.

petang tadi, mak cik ajak makan kat luar, mula2 berat hati jugak nak p sebab esk test, pastu kalu p dengan teksi rugi duit je, lagipon aku dengan mak cik je kan, tak berbaloi.  so, nak tolak tak sampi ati sebab dia cakap arini last buka pose dengan dia sebab esk lepas test dia terus balik umah ..jeles aku. menyesal pulak tak beli tiket awal2, ni hari rabu dengan kamis dah la tak da kelas membuta je la keje aku plus maraton cite., so aku menganggukan kepala je la. demi ko mak cik, aku tak kisah.

petang tu , sebab dah tak da orang nak ikut, kteorang amek keputasan pinjam moto classmate kteorang Keram, mekasih keram jasamu akan ambe kenang, hahaha.. kteorang ada dua pilihan tempat untuk berbuka, satu kat Cek Mek satu lagi kat tempat jual satey, aku pon tak tau bab2 tempat makan, suma pasal makan ni aku serah kat mak cik je. aku ikut je kat mana2 pon.

mak cik ambek keputusan nak berbuka kat kedai jual satey tu, kteorang ingat tak ramai orang la kn,alih2 upa2 nya diorang suma dah tempah tempat awal2 dah. oppss .. sebelum tu kteorang order ikan siakap masak 3 rasa, sayur kailan masak ikan masin, telur bungkus, tom yam seafood , asal ?? korang terkejut ke kteorang makan banyak.. biasala tu , kteorang memang selera besar pon, badan aku pon besar kecuali mak cik la, maintain je.. hahahahah..
aku yang abiskan sayur dalm telur ni sebab mak cik dia tak makan sayur sejuk beku tu.

dalam tom yam kteorang makan tu, ada ketam,kupang,sotong,udang

ikan siakap kteorang besar,makan tuk 4 orang,tapi kteorang dapt habiskan berdua je..hebat tak??
sayur kailan kteorang tak da la byk macam ni.
nasi ,siyesly mmg banyak..blurrrp..sendawa lagi,kenyang2,
aku order teh o ais... meleleh...slurppp
mak cik order tembikai laici, sori la tak letak picture kat cini, lambat loading la.

maaf la korang suma, gambar ni aku jumpa pak cik google , gambar sebenar tak dapt nak ambek cos bateri nset aku dah mati, nak je aku buang ko kat lombong nset,harap ko berjasa kat aku je..

kteorang orang makan bukan tuk dua orang ni, tapi tuk 4 orang ..memang kenyang la, kesian mak cik nak bawak moto, aku dahla berat tambah2 bila dah kenyang tu ..lagi la. heheheh.. harga suma kteorang makan adalah RM 37.50. ikan siakap tu dah harga RM 20. tapi ok la kan.