Rambang Mata nak pilih sigh!!

Tuesday, 23 November 2010
yoboseyo....

cheq nak tukaq template blog ni.. tapi rambang mata nak pilih..sumer lawa2..
kriteria templates cheq mestilah:

  1. ada 3 colum
  2. warna hijau biru sebab ase meriah cheq tak nak blog cheq nampak muram.    
ada sesape nak bagi cadangan kat mana nak jumpa template hijau biru yang ada 3 colum..macam template blog cheq sekarang.. biasanya cheq cari kat sini , sumer ada pasal tutorial blog, silalah silent reader jenguk kalu ada kesempatan. tapi lepas exam kena wat rombakan besar-besaran kat blog cheq ni. banyak nak kena ubah. haish!!!!..

jane.

Review Harry Potter the Deathly hallows

Sunday, 21 November 2010
salam.........

Dengan bangganya aku cakap kat sini aku baru je balik dari tengok movie Harry potter yang baru je ditayangkan di pawagam di UO mall Taman U start pukul 9 malam abis dekat 11.30 malam. memang best la ..sirius memang best sesangat 4**** aku bagi dari Harry Potter yang lepas.

 kali ini memaparkan Lord Voldemort dan para Death Eater berada di pusat gerakan mereka iaitu di kediaman Lucius Malfoy. Mereka merancang untuk membunuh Harry Pottersebelum Harry dapat bersembunyi kembali. Voldemort telah membunuh tawanannya, Profesor Charity Burbage, guru Pengajian Muggle di Hogwarts, atas alasan pengajaran beliau memberikan pandangan positif kepada golongan Muggle (bukan keturunan ahli sihir) serta menggalakkan anjakan bagi golongan berdarah tulen untuk dihentikan.
Harry telah bersedia untuk melakukan perjalanannya dan beliau telah membaca wasiat Albus Dumbledore; dan diketahui bahawa ayah Dumbledore, Percival, adalah seorang yang benci akan golongan Muggle dan telah menyerang tiga orang Muggle (yang sebenarnya telah menyebabkan Ariana, adik Albus menjadi gila), dan meninggal dunia di Penjara Azkaban atas kejahatannya. Harry kemudian meyakinkan keluarga Dursley bahawa mereka harus segera meninggalkan rumah mereka untuk mengelakkan diri dari serangan para Death Eater setelah Harry mencecah umur dewasa. Keluarga Dursley kemudian lari menyembunyikan diri dengan kawalan sepasang ahli sihir setelah mereka membuat pengakuan bahawa mereka masih risau dan pedulikan Harry.
Bersama-sama dengan anggota Kumpulan Phoenix, Harry kemudian bertolak ke The Burrow. Dalam perjalanan itu mereka telah diserang oleh Voldemort dan Death Eaternya. Serangan tersebut telah menyebabkan Hedwig, burung hantu Harry telah terbunuh akibat terkena sumpahan pembunuh, George Weasley pula kehilangan sebelah telinganya akibat Sihir Sectumsempra dan Mad-Eye Moody pula dibunuh oleh Voldemort sendiri. Harry berjaya meloloskan diri daripada Voldemort yang mengejarnya setelah tongkat sakti milik Harry menghancurkan tongkat sakti yang dipinjam Voldemort dari Lucius dengan sendirinya. Kemudian, Harry mendapatkan tahu yang Voldemort telah menanyakan punca kejadian tersebut kepada En Ollivander, seorang pembuat tongkat sihir.
Beberapa hari kemudian, Menteri Sihir, Rufus Scrimgeour tiba di The Burrow dan memberikan beberapa barang peninggalan Dumbledore yang telah diwasiatkan untuk Harry dan rakan-rakannya, antaranya ialah: "Deluminator" (Pemadam Lampu) untuk Ron ; buku cerita The Tales of Beedle the Bard (Kisah Beedle Si Pujangga) iaitu mengenai buku cerita kanak-kanak untuk Hermione yang sebenarnya mempuyai maksud yang tersembunyi; dan pedang Godric Gryffindor dan Bola Snitch pertama yang ditangkap oleh Harry dalam perlawanan Qudditch pertamanya. Namun demikian, pedang tersebut tidak diserahkan kepada Harry kerana menurut Kementerian Sihir, pedang tersebut bukanlah milik Dumbledore. Ketiga-tiga mereka kemudiannya berusaha untuk mencari maksud tersirat di sebalik pemberian tersebut. Sehari kemudian, perkahwinan antara Fleur Delacour dan Bill Weasley berlangsung.

 Babak dalam movie ni, ni masa ngah lari dari majlis perkahwinan abg ron, cuba tgk beg Hermoine tu..ada macam jenis barang macam poket Doreamon.

 cuba teka..siapa punyer datuk ni??
SUMBER KOPIPES DARI WIKIPEDIA
untuk kisah selanjutnya bacalah kat sini yer...

p/s esok lusa nak exam paper 3 jam kredit malam ni melaghro kat pawagam eloklah..hehehehe.. apecer cite 2 ALAM YA?? 

oh ! my gosh..blog aku!!

Friday, 12 November 2010
anneyeong.. ceit tajuk gedikzs giler..hahaha..

okeh, walaupon blog aku plain kosong,tapi asal eh bila tengok kt STATS, otokajoo?? ramai giler yang jadi silent reader aku, ni aku rase nak letak  FOLLOWER  ni, anda ase macam mane?? patut ke? tengoklah lepas abis exam ni baru cheq pikiq balik. hoohohho..mekasih sebab sudi membaca blog ambe ni...terharu........... waaaawaaa.a ..heehehe.. terutama entry ni ramai giler pak cik2 mak cik2 yang tengok.

okeh ja ne.. ngah musim exam sekarang..wish me best of luck.

Dugaan masa Study week..

Saturday, 6 November 2010
salam.....

agak lama gak tak update blog ambe ni..okeh,

first : selamat hari diwali kepada semua penganut hindu diseluruh dunia!
second : wah banjir kat kedah,Perlis..seronoknya maen air, plus takziah pada keluarga yang kehilangan orang yang tersayang, mintak2 la dah tak ujan hujang minggu depan sebab nak balik umah,yeeey..(nada excited) hehehe..

dua perkara tu nak buat entry sebenarnya tapi kemalasan melebihi segalanya..hohohoh.. aku rase study sem ni la paling sempoi sekali, baca entah berapa kerat,banyak tengok cite,game dan online..ish2..kesian makayah aku.. biane omma,appa..hheheeh

first dugaan:
maraton drama korea, My Girlfriend is Gumiho, adeh,,dalam masa dua hari dah bole abis, kalu la study pon macam ni gak, tak tido malam, kul 5 pagi baru tido pastu bangun balik continue tengok.. tak guna nak menyesal cheq, menda dah jadi.. pernah gak rase nak buang laptop kat tasik UTM, tapi tak da bran eh.. bukan sayang la beli mahal nak buang pulak kan....heeee..eksyen je lebih.


second dugaan:
okeh, aku nak cite menda geli, kalu tak tahan jangan baca.. semalam aku pakai baju Hitam p library, konon studylah tu, tapi tak,membuta je kat library dengan econnya..oishh best tido, okeh ignore, aku sambung, pastu balik petang then sampi malam aku pakai baju, lepas mandi letak la dalam baldi kan baju kotor, baju kotor laen suma aku dah basuh, tinggal yang tu je, betapanya rajinnya aku, baldi tak pernah penuh dengan baju kotor la,hhehehe okeh aku bohong. hohohoho, pastu tido dalam kul 5 pagi, pastu bangun dalam kul 10 pagi, masa tu semangat ni nak study, kemas suma nota, pastu masa nak cari nota lama dalam kotak, aku terpndang something kat baju hitam aku dalam baldi tu, puas aku tilik menda ape, putih je.. supppp.. jantung aku dah start sentak dah, nak tau ape?? ULAT!!!!!!!!!!!!!!!!!! termasuk dengan telur dia macam nasi pastu da lendir, baju hitam of cos la nampak,geli siot.. GELI!!!!!!!!!!! tak tahan aku terus bawak kuar baju, tu pastu tengok lg upanya banyak giler, aku tak tau la sape yang kurang ajar buat sarang kat baju aku tu..aku dapat, aku sembur ridsect abis2, baju tadi aku terus rendam air panas, punyarlah cuak weh, tu suma gara2 bahana fesbok,iyalah amek article pelik2 pastu aku fobia dengan menda ni,iyelah dalam otak aku asyik pikir kan masuk ulat dalam badan aku pastu jadi macam ni pastu macam ni, sumanya fesbok yang bagi article pelik2,pastu kawan aku suka tag,sishhhhhhhhh .. aku apelagi terus call mummy aku, ngadu..iyelah ngadu kat mummy la kan kalu aku ada bf of cos aku ngadu kat bf..hehehe..tanpa bagi salam terus aku ngadu" mummy..mummy.." ( ok, aku bohong, aku panggil mak bukan mummy geli i..) tahap Geli aku sampi meleleh air mata, adeh,,aku memang geli la menda macam ni,kalu lipas bole la aku tekup dengan tangan buang,kalu tikus bole la aku pegang ekor macam hari masa sekolah dolu, pastu tak pasal kena inject dengan doktor sebab kena gigit tikus, hehehehehehe,,tapi ULAT?? aku sangat alah dengan menda ni.. siot betul,terbantut segala mood aku nak study! sampi sekarang aku tak tau menda ape yang bertelur kat baju aku, aku google pon tak jumpa, nak tido malam pon takot..GELI.. tolong la jangan maen geli2 dengan aku..suhhhhhhh..p maen jauh2.

oooohhhh..lupa, thanks la kat incik azuan yang jadi pengomen setia, bangga i tau, i ni dah la minat u.. eh bukan, minat cara penulisan blog dia, kan tak pasal jadi kontoversi..ceit...aku dah tak ingat bila aku tinggal jejak kat blog dia, dahla blog aku kosong je, segan aku,sebab tu tak nak tinggalkan jejak kalu buat blogwalking sebab ase blog ni kosong, plain dan lebih kurang macam journel... so sape2 silent reader bole kunjung blog Jangan Bukak Blogspot ni, clik kat nuff dia, sebab aku tak serve untuk mana2..hhehehe..promosi ni,

okeh ja ne, nak sambung study sambil pegang ridsect..hohohhohoh..

time is precious.

Monday, 1 November 2010
yoboseyo....

hari ini lagi dalam 7 hari lagi nak exam final. tapi aku asyik ngdap blog je kejenya, blogwalking tanpa meninggalkan tapak kasut, heheheheh tu memang dah jadi tabiat dah tu, hmmm... hati dah tak sakit mana, okey je, no hal la, menda simple je, life is short make it easy and wonderful, ada aku kisah>>?? maybe ada classmate aku dah jumpa blog aku yang suka mengutuk orang ni, tak isah la, ni hak aku tuk luahkan ape yang aku rase, kalu tak puast hati jangan baca, ada aku suruh ko baca?? tak da kan?? okeh ignore je.

akak tu dah okey sikit dah, doctor kat PK cakap bukan kena HERPES tapi KAYAK, tapi tak tau la kan, semoga cepat sembuh kak, rumet dia pon lari balik umah, jiran depan bilik pon bermaustautin kat bilik orang laen, cuba kalu penyakit tu kena kat korang pastu suma kawan2 korang takut nak dekat nga ko, camne rase?? sedih kan?? bayanglah sendiri, rasanya dijauhi rakan2 pabila kena penyakit berjangkit, tapi memang tak boleh nak slahkan diorang la, takut kot, bila aku pikir aku duk kat tempat akak tu, memang sedih giler. tabahkan hati kak, dugaan ALLAH, dia sentiasa memberi dugaan bagi mereka yang mampu kak, sabarlah akak. semoga cepat sembuh.

ja ne, wahai segala semangat kerajinan datanglah kepadaku agar aku dapat study dengan jayanya.. ceit...hehehehe.,