Review Harry Potter the Deathly hallows

Sunday, 21 November 2010
salam.........

Dengan bangganya aku cakap kat sini aku baru je balik dari tengok movie Harry potter yang baru je ditayangkan di pawagam di UO mall Taman U start pukul 9 malam abis dekat 11.30 malam. memang best la ..sirius memang best sesangat 4**** aku bagi dari Harry Potter yang lepas.

 kali ini memaparkan Lord Voldemort dan para Death Eater berada di pusat gerakan mereka iaitu di kediaman Lucius Malfoy. Mereka merancang untuk membunuh Harry Pottersebelum Harry dapat bersembunyi kembali. Voldemort telah membunuh tawanannya, Profesor Charity Burbage, guru Pengajian Muggle di Hogwarts, atas alasan pengajaran beliau memberikan pandangan positif kepada golongan Muggle (bukan keturunan ahli sihir) serta menggalakkan anjakan bagi golongan berdarah tulen untuk dihentikan.
Harry telah bersedia untuk melakukan perjalanannya dan beliau telah membaca wasiat Albus Dumbledore; dan diketahui bahawa ayah Dumbledore, Percival, adalah seorang yang benci akan golongan Muggle dan telah menyerang tiga orang Muggle (yang sebenarnya telah menyebabkan Ariana, adik Albus menjadi gila), dan meninggal dunia di Penjara Azkaban atas kejahatannya. Harry kemudian meyakinkan keluarga Dursley bahawa mereka harus segera meninggalkan rumah mereka untuk mengelakkan diri dari serangan para Death Eater setelah Harry mencecah umur dewasa. Keluarga Dursley kemudian lari menyembunyikan diri dengan kawalan sepasang ahli sihir setelah mereka membuat pengakuan bahawa mereka masih risau dan pedulikan Harry.
Bersama-sama dengan anggota Kumpulan Phoenix, Harry kemudian bertolak ke The Burrow. Dalam perjalanan itu mereka telah diserang oleh Voldemort dan Death Eaternya. Serangan tersebut telah menyebabkan Hedwig, burung hantu Harry telah terbunuh akibat terkena sumpahan pembunuh, George Weasley pula kehilangan sebelah telinganya akibat Sihir Sectumsempra dan Mad-Eye Moody pula dibunuh oleh Voldemort sendiri. Harry berjaya meloloskan diri daripada Voldemort yang mengejarnya setelah tongkat sakti milik Harry menghancurkan tongkat sakti yang dipinjam Voldemort dari Lucius dengan sendirinya. Kemudian, Harry mendapatkan tahu yang Voldemort telah menanyakan punca kejadian tersebut kepada En Ollivander, seorang pembuat tongkat sihir.
Beberapa hari kemudian, Menteri Sihir, Rufus Scrimgeour tiba di The Burrow dan memberikan beberapa barang peninggalan Dumbledore yang telah diwasiatkan untuk Harry dan rakan-rakannya, antaranya ialah: "Deluminator" (Pemadam Lampu) untuk Ron ; buku cerita The Tales of Beedle the Bard (Kisah Beedle Si Pujangga) iaitu mengenai buku cerita kanak-kanak untuk Hermione yang sebenarnya mempuyai maksud yang tersembunyi; dan pedang Godric Gryffindor dan Bola Snitch pertama yang ditangkap oleh Harry dalam perlawanan Qudditch pertamanya. Namun demikian, pedang tersebut tidak diserahkan kepada Harry kerana menurut Kementerian Sihir, pedang tersebut bukanlah milik Dumbledore. Ketiga-tiga mereka kemudiannya berusaha untuk mencari maksud tersirat di sebalik pemberian tersebut. Sehari kemudian, perkahwinan antara Fleur Delacour dan Bill Weasley berlangsung.

 Babak dalam movie ni, ni masa ngah lari dari majlis perkahwinan abg ron, cuba tgk beg Hermoine tu..ada macam jenis barang macam poket Doreamon.

 cuba teka..siapa punyer datuk ni??
SUMBER KOPIPES DARI WIKIPEDIA
untuk kisah selanjutnya bacalah kat sini yer...

p/s esok lusa nak exam paper 3 jam kredit malam ni melaghro kat pawagam eloklah..hehehehe.. apecer cite 2 ALAM YA?? 

0 ikuta toma suka saya:

Post a Comment

satu ikutatoma dah komen