hati2 dengan HERPES!!!

Friday, 29 October 2010
Herpes genital merupakan penyakit kelamin yang sangat mudah berjangkit iaitu melalui
hubungan kelamin disebabkan oleh virus herpes simplex (HSV). Dua bentuk herpes dikenal
pasti:

1. Kudis berisi air di mulut atau di muka (herpes mulut atau HSV 2)
2. Kudis berisi air di kawasan kemaluan (herpes genital or HSV 1)

Virus memasuki ialah melalui luka kecil pada kulit atau lapisan mukosa. Apabila dijangkiti,
virus akan tinggal kekal di dalam tubuh. Herpes kemaluan berjangkit melalui hubungan
kelamin tidak selamat (tanpa kondom). Ibu hamil yang menghidap herpes genital boleh
menjangkiti anak di dalam kandungan. Anak yang dijangkiti boleh mendapat komplikasi
radang otak, sawan, buta atau terencat akal.

Adakah jangkitan berlaku melalui perkongsian mengguna tandas, tuala atau barang-barang
lain yang diguna oleh orang yang mengidap herpes? Jawapannya adalah tidak mungkin atau
susah berlaku kerana virus akan mati di luar tubuh.

Tanda dan Gejala
• Herpes Simplex Jenis 1
Biasanya menyebabkan ruam, kudis berisi air pada bibir atau di dalam mulut.
Seterusnya menyebabkan rekahan kulit (ulser) yang sakit. Ia juga menjangkiti
kawasan kemaluan dan menyebabkan ruam. Mata dan sistem saraf juga boleh terlibat
sama. Gejala ini tidak akan terjadi serta merta selepas terkena jangkitan tetapi
mungkin akan muncul selepas beberapa hari, minggu atau beberapa tahun lagi.
Gejala-gejala lain termasuklah gusi bengkak serta merah, selaput putih pada lidah,
bengkak kelenjar leher, demam dan sakit-sakit otot. Ianya terjadi lewat selepas
dijangkiti, selepas beberapa hari, minggu atau bulan kemudian.

• 2. Herpes Simplex Jenis 2
Biasanya pada faraj, zakar, kerandut zakar, punggung dan dubur. Juga boleh
menjangkiti kawasan mulut semasa seks oral. Bila dijangkiti, orang akan berasa gatalgatal
atau sakit di kawasan terbabit diikuti ruam yang mula timbul menyebabkan sakit
semasa kencing (sekiranya pada zakar). Ruam menyebabkan lelehan cecair atau
berdarah kemudian sembuh dalam tempoh 2 hingga 4 minggu. Gejala lain
termasuklah demam dan pembengkakan kelenjar.

Komplikasi
• Orang dewasa yang sihat, virus herpes tidak akan menyebabkan komplikasi yang
teruk selain ruam pada kulit. Bagi mereka yang ada mempunyai sistem daya tahan
yang lemah (pengidap HIV dan AIDS) akan mengalami jangkitan herpes yang lebih
teruk dan lama.
• Risiko untuk memindah atau mendapat penyakit bawaan kelamin termasuk HIV
adalah tinggi bagi orang yang ada herpes genital
• Ibu dengan ruam pada kemaluan boleh menjangkiti anak yang baru lahir semasa
bersalin melalui salur peranakan. Bayi yang dijangkiti akan mendapat komplikasi
kerosakan otak, kebutaan atau kematian. Kadar jangkitan mudah berlaku dan lebih
tinggi pada bayi sekiranya infeksi herpes sedang aktif pada ibu semasa bersalin.

Rawatan
Tiada ubat untuk menyembuhkan penyakit ini. Walaupun begitu ubatan antivirus oral seperti
acyclovir (Zovirax), famciclovir (Famvir) dan valacyclovir (Valtrex), boleh membantu
menyembuhkan ruam kulit dan mengurangkan jangkitan ulangan. Risiko jangkitan kepada
pasangan juga boleh dikurangkan dengan pengambilan ubat antivirus

Pencegahan
• Jangan kongsi makanan dan peralatan dengan orang yang ada ruam atau rekahan kulit
(ulcer).
• Elakkan sentuhan fizikal dengan orang dijangkiti herpes. Jangan bercium dengan
seseorang yang ada ruam pada bibir!
• Amalkan seks selamat iaitu dengan pasangan sah (suami/isteri). Sekiranya dijangkiti
herpes genital, beritahu pasangan anda segera.
• Kekalkan sistem daya tahan yang kuat melalui senaman berkala, pemakanan sihat dan
rehat yang cukup.
Tunggu sehingga ruam pada kemaluan sembuh sepenuhnya sebelum memulakan hubungan
seks. Gunakan kondom getah bagi mengurangkan kemungkinan jangkitan pada pasangan
anda.

Faktor-faktor yang menyebabkan jangkitan berulang:
• Tekanan (stress)
• Datang haid atau mengandung (perubahan hormon)
• Pemakanan tidak sihat
• Tidak sihat
• Pembedahan
• Geseran alat kelamin melalui aktiviti seks ganas


perkara ni sebagai peringatan kepada semua, tolong jaga kebersihan, dan 80% wanita boleh menhidapi penyakit ni, dia bukan hanya berjangkit melalui hubungan intim saje tapi juga melalui sentuhan dan perkongsian barang, macam kakak senior kat sini, sape2 yang menhidapi penyakit ini akan lebih sensitif dan tolang jangan pulaukan diorang, layan je macam biasa., hikpokrit la kata aku tak takot , aku sangat takot dengan penyakit ini, dia virus bukan bacteria macam biasa, aku tak sanggup nak upload picture, ngeri sangat kot,

jaga diri, kalu tak , tak leh kawin, hheeheheh....sebab dia akan mnjangkiti pasangan dan kalu mengandung efek anak dalam kandungan dan virus ni ada dalam tubuh kite sampi mati. ..sedih sangat pada akak tu, pakwe dia dah tak amek kisah pasal dia, sedih kan.. kite perlu someone tuk support kite dari down, dengar kate diorang rancang nak kawen taun depan tapi bila dah jadi macam ni?? ntahlah.. sedih.. akak, saya doakan akak cepat sembuh, kawan2 suma tolong doakan kakak ni, diorang seorang yang sangat baik.

ja ne.. jadi diri anda.

0 ikuta toma suka saya:

Post a Comment

satu ikutatoma dah komen