bahana lewat memberi kepada-NYA

Saturday, 19 June 2010
Korang ada terlewat menerima sesuatu tak?? Aku tak pernah terlewat menerima sesuatu tapi aku kadang-kadang terlewat memberi Sesuatu kepadaNya. Apakah yang aku kadang –kadang terlewat tu…

Solat diakhir waktu : rupa-rupanya ada cerita kalu kita lewatkan solat. Jika berpuasa amalan kita terus pada ALLAH. Tapi jika bersolat ,ada ‘posmen’ pula yang sent amalan kita pada-NYA. Setiap kali kita solat , ada malaikat yang hantarkan amalan solat kita pada-NYA ..ia kena melalui ‘tol-tol’ disetiap lapisan langit. Malaikat yang menjaga setiap ‘tol’ ini. Jika solat pada awal waktu ,tak perlu bayar ‘tol’ . maknanya tak sekatan. Tak da jam. Malaikat terus sampai amalan kita pada ALLAH SWT tuk dinilaikan.



Jika solat pada akhir waktu , tak perlu bayar tol juga, tapi sekatannya, masya-ALLAH! Dilangit pertama, penjaga tol marahkan posmen kita. Disoalnya , mengapa lewat poskan amalan kita? Merayu-rayu posmen malaikat kita minta diberi laluan, tapi penjaga langit pertama tidak hiraukan,sebaliknya amalan lewat solat tadi dicampakkan balik ke bumi lalu jatuh berderai!

Maka tak sampailah amalan kita pada ALLAH, seolah-olah kita tak solat jugak. Jadi bersedialah kita menerima pembalasannya, jika tidak diakhirat ,didunia… hilang duit,hati risau, ujian bertimpa-timpa, jadi tidak ada maknanya solat lewat kerana amalannya tak sampai..tak ada nilai , sebaliknya kena azab lagi. Wallahualam..

Agaknya berapa banyak solat aku solat diakhir waktu??, jujur aku Cakap memang banyak, bukan sekali dua tapi berkali-kali, aduyai, mesejnya mudah jangan lewatkan solat!!
P/S = article dari novel Bayangan Rindu.

0 ikuta toma suka saya:

Post a Comment

satu ikutatoma dah komen