VeRsUS

Saturday, 12 June 2010


Buat awak yang mahu berubah,
Berubahlah ,walaupun payah..
Berubahlah kearah hidup lebih indah,
Hidup dan masa muda sekali Cuma..
Sanggup nak sia-siakan tanpa redha-Nya??”

---------- hlovate-------8-<@ Akhirnya , penulis yang aku kagum telah kembali dengan buah tangan baru , bertajuk VERSUS, kesinambungan dari novel terdahulu PELANGI. Ape-ape hal kalian kena baca Ked`s story dalam novel PELANGI dulu kot, klau nak lebey faham, sape ked flop, ed`sassin, Wrath n the gang..kalu dulu Hlovate bercerita melalui Ked Flop or Khalid dengan Hadiah (Nawal) kali dari sudut Minn Edina or Ed`sassin dengan AO (Ashraff Omar), Kali ni Hlovate bercerita macam mana dari budak jalanan berubah menjadi seorang insan yang diredhaiNya. Sungguh menyentuh perasaan terasa macam cheq berada dalam cerita tu..hehhehe..(Perasan) Al-kisahnya bermula dengan Minn kena jadi mentor kepada AO tuk menyiapkan assignment yang diberi Mr.Fernando. AO ni kaki skater ,kaki bola keranjang dan segala kaki la..hari first da lewat tuk temujanji dengan Minn tuk menyiapkan tugasan tu jadi Minn ni naek angin la sebab lewat dari masa yang ditetapkan dan bermulalah segala perang dingin dan perisa-perisa masam,masin dan manis dalam kehidupan mereka berdua. AO ni pulak konon-konon nak mentor yang bergetah alih-alin dapat mentor macam ustazah dan ala-ala Hitler gitu. Mesti kalian suma nak tau macam mana Minn bole berubah dari budak jalanan kepada insan yang sebegitu rupa kan?? Kena la baca novel ni. Macam mana AO bole berubah sehingga meninggalkan dunia skate, pool dan segala benda yang menjadi darah daging dia. Macam mana diorg berdua bole jatuh chenta daripada tak suka kepada suka, banyak rencah dalam Versus ni. Memang susah nak berubah secara drastic tapi kite bole bertekad dan sentiasa istiqamah, InsyaAllah… Bacalah bagi anda yang ingin berubah. Bagi cheq yang tak baca Versus dalam blog Hlovate novel ni memang bagus. Bacalah. Macam biasa banyak buku-buku dan kitab-kitab yang diperkenalkan oleh Hlovate.. insyaAllah ada masa cheq akan cuba dapatkan sumber ilmiah tersebut. Cheq pernah berubah sekali dalam hidup , zaman peralihan dari sekolah menengah kepada zaman matrik. Memang susah nak berubah terutama nak tinggalkan menda-menda yang lagho ni. Tapi sekali seumur hidup berubahalah tuk kebaikan… Doakan cheq supaya bole berubah kearah kebaikan. Amar makruf nahi mungkar. “ bukan mudah untuk berubah
Dari tanpa arah ke sajadah,
Dari tepi jalanan ke sujud menghadap Tuhan”
___ Hlovate__

0 ikuta toma suka saya:

Post a Comment

satu ikutatoma dah komen