Seperti yang dijanjikan kumpulan dari Korea yang menamakan sebagai Beast akan membuat persembahan pada 26 Jun in (esok) di KL Live, Jalan Sultan Ismail. Persembahan yang dinamakan sebagai Beast shock Of The New Era itu akan diadakan pada jam 8 malam. Mereka dijangka mendendangkan enam buah lagu.
Kumpulan ini ditubuhkan pada Oktober 2009 menerusi Cube Entertainment dan mula menjadi ikon serta sebutan di Korea. kumpulan ini dianggotai oleh enam orang ahli DooJoon Yoon, Hyunseung Jang , Joonhyung Yong, Yosub yang,Kikwang Lee (AJ) dan Dongwoon Son.
Disana, ramai pemerhati seni dan industri penyiaran memberikan tumpuan penuh kepada kemunculan kumpulan ini kerana diilhamkan daripada Simon Hong, individu yang bertanggungjawab menjadikan Rain ( Pakwe yang ke 2 selepas Ikuta toma ) , Wondergirl, dan 4minute sebagai fenomena di Korea.
Khabarnya Beast akan datang Ke Malaysia sudah menimbulkan kekecohan apabila ada peminat kononnya tertipu dengan penjualan tiket palsu daripada Syarikat yang tidak bertangungjawab . Maka dengan itu Universal Music mengambil peranan untuk memperbetulkan keadaan.
Syarikat rakaman ini mengadakan undian yang dipanggil Vote Just for Beast untuk mencapai undian 5000 daripada peminat di Malaysia. Malah kerana sambutan baik, ia mencapai 8000 undian daripada peminat dan hal ini memberi keseronokan kepada Cube Entertainment hingga membuatkan mereka menyenaraikan Kuala Lumpur sebagai konsert jelajah B2ST. lalu, bagi Peminat Beast yang mahu menonton konsert ini bolehlah berbuat demikian dengan membeli album pembungkusan semula ,Beast. Sehari selepas membuat persembahan di KL Live, kumpulan ini akan terbabit dengan sesi autograf di 1 Utama , Petaling Jaya jam 5 petang . mahu bertemu mesra dengan mereka bolehlah ke sana.
sumber kopipes = BH ( Hip , 21 Jun 2010)
===========================================================================
mana2 kipas susah mati Beast tu bole la pi ye, cheq tak bole pi sebab jauh, hahaha..lagipun cheq kureng dengan deme-deme ni semua, lagu Bad Girl tak best sangat , diorang ni naek sebab lagu Shock. ok.. ja ne..



0 ikuta toma suka saya:
Post a Comment
satu ikutatoma dah komen